3rd Pregnancy :: Masalah Keputihan Ketika Hamil - Ceritera Ibu

3rd Pregnancy :: Masalah Keputihan Ketika Hamil

Assalamualaikum

Siapa pernah mengalami masalah keputihan ketika hamil?? Mesti korang rasa tak selesa dan rimas kan... Keputihan ketika hamil ni normal sebenarnya sebab perubahan hormon ketika mengandung kan.. Walaupun normal tapi tetap rasa x selesa kan.. lagi2 kalau sampai tahap gatal dan berbau...


Semasa mengandungkan kakak imani dan abg faris, dilah takde masalah keputihan.. tapi untuk pregnant kali ni, dilah alami masalah keputihan seawal kandungan 8 minggu.. memang x selesa sangat.. kadang2 ok.. kadang2 gatal.. kadang2 berbau.. tp keadaan tu bukan la sepanjang masa macam tu.. ada waktu2 tertentu saje..


Minggu lepas dilah pergi klinik kesihatan untuk monthly check up.. skrg ni dah 22 weeks.. kali ni kena jumpa doktor.. so alang2 jumpa doktor tu dilah bgtau la masalah dilah tu.. so doktor bagi satu ubat anti kulat.. ubat ni dalam bentuk pil tp bukan untuk makan yer.. ubat ni untuk dimasukkan dalam faraj.


Masukkan ke dalam faraj sebelum tido malam.. lepas insert tu kita tak boleh banyak bergerak.. kena baring jer.. terus tido la sampai pagi.. dilah penah baca kat internet yg doktor akan bagi 3 pil utk pakai 3 hari.. tp doktor yg dilah jumpa ni cuma bagi sebiji jer untuk sekali insert..

Pagi tu masa kat opis still ada keluar keputihan lagi.. tp bila tengok tekstur keputihan bukan mcm biasa.. lebih kepada ubat yg insert tu tp keluar dlm bentuk keputihan.. tp tu jer la sekali, lepas dah bersihkan tu memang dah xde keluar keputihan lagi.. bau2 pun dah xde.. gatal pun dah xde.. 

Alhamdulillah sangat.. nampaknya ubat tu berkesan.. hope xdela keputihan lagi lepas ni.. sebab dari apa yg dilah baca kat internet, ada yg masih mengalami keputihan lepas diorg try mcm2 jenis ubat.. Apa2 pun better dapatkan nasihat dari doktor sebelum beli sebelum menggunakan sebarang jenis ubat.. iyela.. takut ada effect kat baby ker kita x tau kan... 

Oklah.. tu jer yg dilah nak share hari ni..
bye..
^__^

 

8 comments:

  1. memang berkesan..ciknaa pernah guna sekali.. baik terus..hihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Salam singgah. Sy ada masalah sama jugak ms 2nd pregnancy dulu. Sgt merimaskan & sgt x selesa. Doc bg ubat yg sama jugak. Alhamdulillah, sekali pakai je xde dah masalah keputihan yg teruk smpai bersalin :)

    ReplyDelete
  3. sy baru pakai malam td..betul la...pg ni da x gatal2..ubat tu keluar warna putih2 kan...sy kena insert 2 malam lagi...arap2 berkesan la...

    ReplyDelete
  4. Salam, pen utk masukkan ubat tu, kene basuh dulu x?

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum maaf nak tanya...sy bru pakai...puan ad rsa skit ari2 x selepas pakai ubat tu?ubat tu ganggu tido sy

    ReplyDelete
  6. Salam,saya baru guna yg ini semalam,tp yg tolong insert encik somi,taktau la kenapa pagi ni ubat tu tak kuar lg,biasanya kalau saya yg insert ubat tu akan kuar the next day,saya risau ubat tu termsk kedlm sgt,mohon pencerahan cik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm sis.. hmm.. sy tak pasti pulak sis.. better sis tanya doctor. sbb sy penah guna ubat ni sekali tu shj.. maaf ye sy x dpt nak bantu sis..

      Delete
  7. Salam kak guna masa tgh mengandung ke?akk masukkn ubat tu gune alat putih tu atau jari ye?sy jd takut nk masukkn ubat tu sbb da nk msk mggu ke 37 mengandung..tp ada mslh keputihan..

    ReplyDelete