Anak-anak,

Good Bye 2014

December 31, 2014 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Apa khabar korang semua?? ecehhh.. xpenah2 mukadimah tanya khabar korang kan.. hihi... iyela.. seminggu ni kan semua berita kat tv ke fb ke semua org cerita pasal banjir teruk yg melanda Pantai Timur dan negeri2 lain di semenanjung dan juga kisah pesawat Air Asia yg hilang tu kan... semoga mereka semua tabah menghadapi ujian daripada Allah swt ni..

Tahun ni memang tahun yg paling mencabar kan.. dengan kehilangan pesawat MH370 dan juga MH17 yg ditembak jatuh.. kemudian, banjir teruk yg melanda pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang, juga negeri2 lain di semenanjung. Lepas tu kehilangan pesawat Air Asia pulak.. bertimpa2 ujian yg Allah turunkan kepada kita semua kan.. tapi kejadian tu semua sebagai peringatan kepada kita semua.. tandanya Allah masih sayangkan kita.. Dia ingatkan kita sebelum kita terlambat..

Mari lah sama2 kita membantu mereka yg memerlukan.. Banyak pusat bantuan yg dibuka samada dari kerajaan dan NGO.. Kita bantu la mana yg termampukan.. masa ni ujian untuk mereka, mana tau akan datang masa kita pulak kan.. Kalau x mampu memberi sumbangan berbentuk barangan dan wang tunai, boleh bantu dari segi lain pulak.. mungkin jadi sukarelawan ke atau kalau semua x boleh, kita berdoa jer la agar bebanan mereka dikurangkan.. 

Bagi diri dilah dan family, alhamdulillah, tahun ni kitorg x banyak sgt menghadapi cabaran yg besar.. awal2 aritu ada la juga isu kewangan.. tp alhamdulillah, kitorg dpt uruskan dengan baik.. dan bulan ni dapat wat full settlement untuk 2 loan.. loan kereta dilah pulak tinggal setahun jer lagi.. x sabar nak habiskan..

Dari segi anak2 pulak, alhamdulillah, anak2 membesar dengan baik.. masa bulan april aritu faris demam panas sampai warded 5 hari.. tp alhamdulillah, lepas demam tu dia dah ok terus.. kakak pulak masalah kat sekolah..  dia xnak bercakap time kat sekolah.. masuk bulan ke 4 baru dia boleh bercakap2 kat sekolah.. dan kitorg dapat berita gembira jugak tahun ni bila dilah disahkan mengandung kali ke-3.. alhamdulillah... semoga anak2 kami membesar dengan sempurna..

Tahun 2014 dah sampai ke penghujungnya.. esok dah masuk tahun baru.. semoga tahun 2015 memberi sejuta kebaikan kepada kita semua.. x mau cakap pasal azam.. yg pasti tahun 2015 mesti berubah kepada yg lebih baik dalam segala segi.. hahhhh..senang kan.. 1 misi boleh guna pakai untuk semua.. hahaha..

 GOOD BYE 2014!!!

You Might Also Like

0 comments: