Anak-anak,

Kisah Wean Off / Cerai Susu Abg Faris Zakwan

December 18, 2014 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Hari ni genap sebulan abg kecik wean off... Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan untuk faris cerai susu.. tak sesusah nak wean off kakak imani dulu sampai syahdu2 ibu dan anak.. mungkin situasi time tu tak sama macam masa wean off faris. Sebab time tu susu dilah tengah meriah sgt, maklum la dilah kan wat tandem nursing faris ngan kakak imani.. so mungkin kakak imani terkejut bila terpaksa benti menyusu.. tu yg banyak drama sikit... macam2 cara try baru berjaya.. dilah ada share sikit tips time tu..

TIPS :: Bercerai Susu Part II
TIPS :: Bercerai Suau Part I


Berbeza dengan time nak wean off faris aritu.. time tu susu dilah memang dah xde.. kan dilah dah stop pam susu time faris 1 thn 10 bulan sebab susu dah kurang sgt bila dilah pregnant lagi.. lama2 susu pun xde.. tp faris still ngempeng lagi bila nak tido malam.. tp lama2 dilah makin x tahan sebab rasa pedih sgt bila faris isap sbb susu dah xde kan.. so balik dari cameron aritu dilah tekad untuk wean off faris.. 

Apa yg dilah buat untuk benti menyusukan faris?? Senang jer.. dilah just letak asam jawa jer kat nipple sebelum faris nak menyusu.. biasanya balik dari keje jer kan faris terus nak menyusu.. so, sebelum dia mintak dilah dah get ready la letak asam jawa sikit kat kedua2 belah.. so bila dia nak menyusu dia nampak asam jawa tu dia wat muka pelik... dilah pun apa lagi, dilah cakap la "eeerkkk... apa tu dik??? gelinya.... erkkkk... tek ibu sakit la dikkkkk" hahhh..    lebih kurang gitu la.. bila dia tengok yg sebelah pun sama jugak.. dilah bagitau yg tek dilah sakit.. dia terus x jadi nak menyusu dan tutup baju..

Dilah cuma letak asam jawa tu 2 hari jer tau... memang faris terus benti menyusu.. tapi walaupun dah x letak asam jawa lagi, tiap kali faris request nak menyusu dilah akan cakap tek dilah sakit.. kalo dia nak tengok pun tengok la tp pastu dilah wat muka geli2 dan sakit.. terus dia tutup balik.. hahaha... 

Dalam masa yg sama dilah try ajar faris minum susu time kat rumah.. sebab before this faris refuse minum susu botol time kat rumah.. dia cuma boleh minum susu fm kat rumah babysitter jer.. tu pun macam kena paksa nak minum.. hahaha.. tp sejak dah benti bf ni dia dah nak minum susu kat rumah babysitter 3x sehari.. 

Dan sekarang ni pulak dilah try bagi faris minum susu dugro vege & fruits pulak.. nampaknya dia dah boleh terima minum susu tu.. time malam kat rumah dia boleh minum sampai 3 or 4x.. tengah malam pun bangun merengek minta susu.. alhamdulillah.. tp buat susu dia kena campur susu coklat kakak sikit.. nak bagi kaler coklat sikit.. kalo dia tengok kaler putih plain tu dia x nak minum... try wat susu dugro coklat terus dia xnak minum pulak.. macam2 betul la abg kecik ni kan..

Tapiiiiii.... sejak dah wean off ni timbul masalah lain pulakkkkk... faris susah nak tido malam... resah gelisah jer... tido pun lewat.. kul 1 or 2 pagi baru leh tido.. tu pun lepas dipaksa2 suruh tido... pastu kul 4 or 5 pagi dia dah bangun.. mintak susu lagi.. tp kadang2 lepas minum susu x boleh tido sampai kul 7 pagi... huawaaaaa... nak nanges ibu ko ni dikkkk.. rabak mata ibu melayan anak yg x nak tido..  ok.. tu nanti kite citer lain.. dilah kena cari solution cam ner nak atasi masalah tu.. dah dapat nanti dilah share yer..



Habit terbaru skrg ni.. duduk bertenggek atas sofa.. tu slamber jer makan atas tu.. sejak benti wean off, makin kuat makan faris ni.. sepanjang masa nak makan.. kejap2 minta "kut..kutttt".. kejap2 minta roti.. ada skali tu dia x bleh tido dia asyik sebut "tiii....tiiii.." ibu x paham apa dia nak.. tetiba ayah wan cakap "roti" .. pastu dia terus angguk kepala dan sebut "tiiii.." sampai terjaga dari tido pun terus mintak roti... sabo jer la budak ni..

okla.. tu la kisah serba sikit mengenai proses nak bercerai susu faris zakwan... dilah dah ada 2x experience dah... yg ketiga nanti macamana pulak???? opsssss

You Might Also Like

0 comments: