Diary 3rd Pregnancy : Senak & Pedih Ulu Hati @27 Weeks - Ceritera Ibu

Diary 3rd Pregnancy : Senak & Pedih Ulu Hati @27 Weeks

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah.. lagi seminggu jer lagi kandungan dilah nak masuk trimester ke-3. Sepanjang trimester ke-2 ni selera makan dilah dah kembali seperti sediakala.. semua benda boleh makan... badan un rasa aktif sikit dari sebelumnya..

Tapi dah hujung2 trimester ke2 ni dilah dah start sakit2 kat dada balik.. pastu rasa senak kat bawah dada tu.. rasa pedih ulu hati.. semuanya sebab baby makin besar kan.. dan dah mula menolak2 kat dada.. memang x selesa sangat...

Sepanjang masa keje rasa senak perut.. rasa nak baring jer utk release kan rasa sakit tu.. time nak balik keje lagi teruk rasanya.. rasa cam nak nangis jer time drive tu sebab menahan sakit.. bila rasa senak kite x lalu nak makan sebab takut lagi senak.. tp dalam masa yg sama time2 mcm tu dah mula rasa lapar.. tu yg rasa pedih ulu hati tu..

Untuk mengurangkan rasa senak tu, dilah kena control makan time lunch.. jangan makan banyak sgt dan jangan kenyang sgt.. ambil portion yg sikit jer.. kalo makan banyak akan rasa senak yg teruk sgt.. pagi utk  breakfast pun dilah makan sikit jer.. makan kuih2 jer.. kalo makan makanan berat mmg confirm sepanjang hari tu rasa x selesa sgt bila senak..

Di bawah ni pula perkembangan baby dalam kandungan untuk 27 minggu..


Bayi anda sekarang seberat 875g dan berukuran 36.6sm dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan jaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jarinya.

Si kecil anda juga mungkin sudah mula bermimpi! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak.

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah bayi anda sedang mengalami sedu. Perkara ini kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu benang di dahi tidak akan menghilangkan sedunya, namun sedu-sedu itu hanya berlanjutan untuk seketika sahaja. Sensasi itu mungkin agak aneh bagi anda, tetapi ia bukanlah sesuatu yang tidak menyenangkan.

Oleh kerana uterus anda sekarang sudah naik dan hampir dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin rasa susah bernafas atau anda sudah merasa kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin mengalami kejang betis, buasir, urat simpul dan gatal-gatal pada perut. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda.

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada minggu ke-36 kehamilan.
  • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Sumber : http://www.babycenter.com.my/a1044609/perkembangan-fetus---hamil-27-minggu#ixzz3OHooFgKN 

Kalau ikut perkembangan baby skrg ni pun, baby memang dah naik ke sangkar rusuk.. menolak2 kat rusuk tu.. tu yg buat kita rasa senak dan sakit dada.. kadang2 mmg ada rasa susah nak bernafas..

Selain dari tu, baby pun sangat aktif skrg ni.. kejap2 tendang.. memang rasa ketara sangat pergerakan baby skrg ni.. tu yg wat kitorg x sabar nak gi scan weekend ni.. nak tengok budak kecik yg aktif sgt dalam tummy ibu dia ni.. hehe..

Bila malam pulak kaki kadang2 kejang.. ohhh.. azabnye rasa time tu.. tp nasib baik x kerap kena kejang tu.. baby ppun time tgh malam aktif sgt.. mcm tau2 jer kakak & abg slalu tido lewat... hihi..

Okla.. tu jer perkembangan dilah dan baby utk minggu ke 27 ni.. update utk diri sendiri jer ponnn.. hihi..
Nanti dilah share pasal scan baby pulak next week ye..
Agak2 adik baby boy ke girl?????

^__^


No comments