Resepi :: Ayam Masak Kicap Versi Ibu Dilah - Ceritera Ibu

Resepi :: Ayam Masak Kicap Versi Ibu Dilah

ASSALAMUALAIKUM

Sape suka makan ayam masak kicap?? sila angkat keyboard!!!
hahaha.. ok2.. actually arini dilah nak share resepi ayam masak kicap.. menu ni adalah menu fabret ayah wan.. sangat fav tau.. anak2 pun sama.. kalo dah x tau nak masak lauk apa, mmg lauk ni jer la yg dia akan request.. yg boleh menambah selera makan dia.. al-maklum la, tekak ayah wan tu kan high taste sgt.. ada masa mmg payah dia nak makan... tp kalo dilah wat ayam masak kicap ni, kejap2 dia dah menjengah ke dapur tau.. hahaha...

ok.. x mau bebel banyak2.. meh dilah share resepi dilah.. ni ayam masak kica versi ibu dilah ye.. lain org lain caranya kannn..

AYAM MASAK KICAP


Bahan untuk menggoreng:
5-6 ketul ayam
serbuk kunyit
garam
sebiji kentang
minyak untuk menggoreng/menumis

Bahan untuk menumis :
* sebiji bawang besar
* 3 ulas bawang kecil
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1 btg kayu manis
* 3,4 cili api (kalau nak pedas letak lebih)
3 sudu kicap pekat / manis
1/2 cawan air
1 sudu besar gula
1 keping asam keping

Cara penyediaan :
1) Goreng ayam bersama garam dan kunyit. jangan garing sangat.
2) Goreng kentang separuh masak. jangan sampai garing.
3) Kurangkan minyak. Tumis bahan2 bertanda * sampai naik bau.. 
4) Masukkan kicap dan air.. kemudian masukkan gula dan asam keping.
5) Bila dah mendidih, masukkan ayam dan kentang yg telah digoreng.
6) Tunggu dalam 2 minit then tutup api. Siap!!

# Kalau rasa kurang masin baru tambah sedikit garam.. 

Alhamdulillah.. kalau dilah masak ayam masak kicap ni memang bertambah2 ayah wan dan anak2 makan.. memang selera sangat...

SELAMAT MENCUBA!! 


4 comments:

  1. alahai sedapnya! terus lapa..huhu

    ReplyDelete
  2. sori ciknaa.. wat ciknaa lapar.. lari diet ciknaa nanti.. hihi

    ReplyDelete
  3. alamak dah teringin ayam masak kicap pulok dah..haihhh laaa pantang nmpak mkanan skang, semua pun teringin..kihkih

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas recipe nya
    nanti saya nak coba masak :)

    ReplyDelete