Aktiviti Kami di Kampung - Ceritera Ibu

Aktiviti Kami di Kampung

Assalamualaikum

Cuti CNY aritu kitorg balik kampung Dilah di Melaka.. Biasanya balik kampung jarang kitorg kuar berjalan2 kat bandar melaka.. sebabnya jalan mesti jammed.. ni kan pulak public holiday kan.. memang confirm2 la jammed.. memang x kuasa nak keluar rumah dengan jalan jammed gitu.. so, kitorg lebih banyak buat aktiviti kat rumah Bunda jer..

Hujung bulan march nanti adik dilah nak kawen.. time tu dilah dah 38weeks.. x tau la time tu ntah dah bersalin ke belum.. kalo boleh biarlah bersalin lepas majlis tu nanti.. so, balik CNY aritu balik last before majlis.. so agak bizi tolong2 apa yg patut..


Hari Khamis kitorg buat goodies/survenir untuk org sebelah.. ari jumaat pulak Bunda buat bacaan yasin dan tahlil ngan adik beradik bunda.. so petang tu dah sibuk2 masak untuk kenduri tu.. tp pagi tu kitorg pegi tengok lembu dulu.. nanti time adik dilah kawen ada buat aqiqah sekali ramai2.. kumpul 7 bahagian dapat seekor lembu.. tu yg kitorg pegi survey lembu ari jumaat tu.. bawak kakak ngan adik, ayah wan, ibu dilah dan bunda jer yg pegi..


Hari Sabtu pulak, dilah keluar ngan adik beradik pompuan ngan anak memasing.. nak pegi cari bahan utk wat hantaran kononnya.. tp yg lebih barang kitorg.. hahaha.. mana tak nye, pegi MR DIY yg kat Shopping complex baru yg kat melaka tu, The Shore.. kalau gi DIY tu kompem ler barang lain yg terbeli.. tp lebih banyak beli barang mainan anak2 la.. oh ye.. dilah ada beli mainan TONGCAI untuk anak2.. memang dah lama cari.. nanti dilah share ye..

Lepas pegi DIY kitorg pegi Nagoya pulak.. adik dilah yg nak kawen tu nak cari kain untuk wat sarung bantal 4 persegi tu untuk bilik pengantin nanti.. pastu dilah pulak nak kain untuk wat bedung & barut baby.. semalam kan dilah ada citer pasal kain tu kan kat SINI.. minta bunda tolong jahitkan jer nanti..

Hari ahad xde wat aktiviti pape sbb tengahari tu dah nak balik JB.. Tp sepanjang cuti aritu ayah wan ada tugasan penting tau..  dia kena tolong Bunda cat 1 rumah.. al-maklum ler nak dapat menantu.. dah lebih 10 tahun x tukar cat rumah tu.. so kali ni bunda nak tukar cat rumah pulak.. alhamdulillah.. siap jugak..


Kalau ayah wan dengan aktiviti mengecat rumah, anak2 pulak sibuk dengan aktiviti diorg bermain dengan sepupu2 diorg... memang heaven betul la diorg, rasa bebas dapat bermain kat kampung.. dengan ada ayam,  kucing, ikan dan macam2 lagi.. pastu main basikal... lari keliling rumah.. pastu gaduh2... ehhh.. memang riuh sgt la rumah bunda tu kalo anak cucu semua berkumpul..

Tu yg wat kita rindu nak balik kampung kan.. suasana meriah tu yg wat kita tertunggu2 nak balik kampung kan.... lepas ni balik kampung time adik dilah kawen.. or silap2 balik kampung sebelum tu sbb dah bersalin.. hihi... doakan la adik baby keluar lepas majlis tu.. kalo x kelam kabut jugak nanti...hihi..

OKla.. tu jer aktiviti kitorg yg padat pada cuti CNY aritu..
Jumpa lagi hujung bulan 3 nanti..
tata..




No comments