Ganti Puasa
Assalamualaikum
Salam jumaat semua.. alhamdulillah, semalam dilah berjaya ganti puasa untuk hari yg ke-2. ada 4 hari lagi nak ganti.. hope next week boleh ganti lagi 2 ari dan next 2 weeks lagi 2 hari.. kena cepat2 ganti puasa ni sbb dilah dah nak masuk 36 weeks.. dah makin sarat nanti lagi tak larat nak ganti..
Alhamdulillah, dah 2 hari ganti puasa ni Allah permudahkan urusan dilah di siang hari.. bersyukur sgt2.. keje pun x banyak sgt.. so time siang yg berpuasa tu dilah masih larat lagi.. takde la lapar sangat2.. cuma bila dah petang sikit, time nak balik keje tu dah start rasa penat sgt.. bila sampai rumah terus baring jer.. exhausted sgt rasanya.. nak bangun pun tak larat...
Berbuka pun dengan air milo jer secawan.. dah dapat minum tu lega la sikit.. bila puasa ni memang kita akan kekurangan air.. tu yg bila berbuka dapat minum air pun dah lega sangat.. makan2 tu nanti2 jer.. masa 1st day puasa tu ayah wan dah tapau kan makanan.. okla.. tp semalam ayah wan lupa pulak nak tapau makanan.. dilah pun memang x larat nak masak2 nasi dan lauk bagai.. so rest la dulu lepas buka tu..
Lepas solat isyak baru la pikir nak makan apa.. last2 teringat ada roti.. so buat la sesuatu dengan roti ni.. tu la jadinya roti cheese sosej roll bersalut nestum.. memang dah lama teringin nak wat gini.. tp baru ni dapat buat.. alhamdulillah, menjadi.. anak2 suka, ayah wan pun suka jugak.. next time boleh buat lagi..
Ehh... ada machine terbakar la kat production floor kilang dilah ni.. semua kena berkumpul kat luar.. nanti la dilah share resepi mudah sosej roll tu.. nak kena turun bawah ni.. bye...
Okje pun tak habis lagi ganti puasa ni....ingat minggu depan nak pose berderet hihi....Mak ai sedapnya roti tu
ReplyDelete