3rd Pregnancy :: Check up @ 35 weeks - Ceritera Ibu

3rd Pregnancy :: Check up @ 35 weeks

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari rabu aritu dilah check up jumpa doktor sekali.. biasa dilah amik appointment utk check up sebelah pagi.. tak kira la check up biasa yg jumpa nurse saje kat KD ataupun yg siap jumpa doktor kat KK. tp kali ni saje try amik appointment belah petang pulak..

Actually bila amik belah petang tu ada agenda tersembunyi.. kononnya kalo abis awal boleh la gi jalan2 meronda dekat Aeon Taman U.. hahaha... sebab KK tu  x sampai 0.5km pun dari Aeon tu.. saje nak gi jalan shopping sorang2 nak cari barang baby utk kali terakhir kononnya.. baru feel sikit.. kalau ada budak2 dah sibuk nak perati dan kejo2 diorg jer.. terbantut nak shopping nanti.. hehe..

Ok.. back to topic.. dilah sampai dekat2 pukul 2 ptg.. amik nombor.. pastu nurse suruh pegi kencing dulu.. time tu mmg org sikit sgt... yg pregnant ada la 2,3 org jer kot.. memang cepat sgt.. siap test urine.. nurse panggil check bp, timbang berat.. pastu suruh gi makmal utk amik darah utk check hb.. alhamdulillah, pregnant kali ni hb x penah rendah.. semua atas 11.5, penah sekali dpt 13.. cam x caye jer..

Alhamdulillah, semua kaunter jadi org 1st.. syok sgt sbb cepat giler... lepas check darah terus bg buku kat bilik doktor.. x lama lepas tu sampai turn dilah.. nasib x menyebelahi dilah kali ni kena check ngan doktor laki pulak... huawaaaa... rasa nak lari jerr.. tp nak wat camne kan, pegi klinik kerajaan bukan boleh pilih2.. redho jer la.. iskkk...

Doktor scan baby.. lam jugak dia scan.. sbb dah 35 weeks kan.. nak check betul2 kedudukan baby..alhamdulillah, kepala baby dah kat bawah.. berat adik baby pulak dah 2.45kg.. dah semangat anak ibu.. teringat time kakak imani dulu, time scan 35weeks berat dia 2.5kg.. sekali bila lahir berat dah 4kg.. hahaha... hope adik baby ni jangan la besar sgt mcm kakak dia.. tp abg faris x ingat pulak, balik nanti nak check la.. tp kena godek2 buku lama la nanti..

Setel check up dalam pukul 2.40 ptg.. hoyehhh... kejap jer.. memang x sangka sangat boleh cepat mcm tu.. tu pun siap jumpa doktor gigi lagi.. kalo x mau 2.30 dah siap.. tp kira ok la tu.. jumpa doktor gigi pun cepat jer.. even time tu tgk ramai gak org kat klinik gigi tu.. tp doktor panggil dulu sebab dia tau check gigi utk ibu pregnant ni kejap sgt.. just check jer kan, mana boleh cabut gigi ke tampal ke bila dah 35weeks ni..

Siap awal sempat la jalan2 kat Aeon.. nak cari towel baby.. dan jugak towel kecik.. puas pusing2 dapat jugak.. beli sekali sabun basuh baju baby.. pastu hampir2 nak terambik baju baby lagi.. tp nasib baik cepat2 teringat yg xnak dah beli baju lagi.. tunggu adik baby dah 3 bulan ke baru tambah lagi.. tengok keadaan baby time tu..

Before balik rumah singgah pasaraya Sayangku pulak.. nak cari sandle dan beli stokin utk ibu pakai time pantang nanti.. total dah ada 4 ke 5 pasang stokin.. cukup la tu kan.. pasni nak beli nursing bra jer..

Barang adik baby rasanya dah cukup kottttt.. weekend ni boleh basuh 1 trip lagi.. tuala2 dan bantal2 baby.. pastu boleh packing baju baby siap2 masuk dalam beg utk bawak pegi hospital..

Perkembangan janin baby untuk 35 minggu.
(Sumber babycenter)


Berat bayi anda sekarang 2.4kg dan panjangnya ialah lebih kurang 45sm dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran.

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan.

Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 11kg ke 13.6kg, dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar.

Anda mungkin terasa agak
sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap.

Masih belum mendapat nama bayi? Cuba rujuk
nama-nama bayi kami untuk mendapatkan idea-idea baru.

Doktor anda mungkin mahu berjumpa dengan anda setiap minggu sekarang sehingga anda melahirkan.
  • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
# Dapat msg dari opismate dilah yg sama2 pregnant semalam.. dia due 8 mac ni.. semalam dah selamat bersalin.. lepas 7x induce dari hari isnin.. kira 4 hari lepas 1st induce baru bersalin.. 7x tau.. ngeri pulak bila dengar.. hope dilah nanti xde la kena induce.. takut jugak sbb x penah kena induce.. pasni turn dilah pulak... nebes bebbb..

No comments