Anak-anak,

Ibu Jari Abg Faris Tersiat

March 18, 2015 Ibu Dilah 4 Comments

Assalamualaikum

Minggu lepas memang minggu yg paling mencabar sekali.. Penuh dengan dugaan dan cabaran... anak beranak semua sakit.. penutup ni ibu dilah pulak yg tengah tak sihat sekarang ni..

Nak dijadikan cerita, time kakak imani demam panas tu, terjadi sesuatu perkara yg tak diingini kepada abg faris.. jari kaki dia dia tersiat.. time tu ibu dilah dekat dapur tgh buat susu utk abg kecik tu.. dia pulak baru keluar bilik air, baru lepas cebok sebab berak.. so, abg pun berjalan2 riang ria masuk bilik dia nak amik pampers.. ayah wan ikut skali..

Tetiba dengar suara abg menanges.. mula2 dilah wat x tau jer.. sbb biasa la budak2 ni kan, jatuh sikit menangis.. bila kite gosok2 sikit terus baik dah.. tp bila nanges dia x benti dan makin kuat, cepat2 dilah lari masuk bilik.. Ya Allah, tengok2 jari kaki dia dah penuh darah.. byk sgt darah yg keluar..dilah yg tengok pun ngeri.. tetiba blank tak tau nak wat apa bila tgk darah byk sgt.. rupa2nya kaki abg faris terlanggar bucu dinding yg belah bawah tu.. biasakan ada tile belah bawah tu, kan tajam sikit.. dia terlanggar kat situ la sampai tersiat sikit kulit jari kaki tu..


Dilah tersedar bila ayah wan jerit suruh amik kain.. nak bersihkan kesan darah tu.. faris masih nanges tak berenti.. pastu dia x bagi usik kaki dia yg berdarah tu... ayah wan baring kan faris betul2 dekat bantal.. pastu dilah bg dia minum susu.. pastu baru dia tenang sikit.. dah x nanges tp bila kite nak bersihkan luka tu dia merengek x bagi.. last2 biarkan jer dulu tempat luka tu.. darah beku pun ada tp dah xde darah yg keluar lagi..


Tengah malam masa dia tgh tido, dilah curahkan minyak gamat pulak.. masa mula2 dia nak tido tu ayah wan dapat bersihkan sikit2 tempat luka tu.. okla sikit dari keadaan sebelum tu.. kitorg mmg x balut pun tempat luka tu.. nak bagi dia kering sendiri dan cepat baik..

Disebabkan luka  tu jugak, tetiba abg faris jadi budak yg sgt sopan.. xde dah nak terkinja2.. terlompat2.. ganas2.. semua berubah.. dia cuma baring jer.. nak apa2 semua ayah ibu yg buatkan.. nak bergerak pun ayah wan kena angkat.. 

2 hari lepas kejadian.. time ni dekat hospital masa menunggu kakak nak check up ngan doktor sblm masuk wad.. dalam sakit2 kaki pun bukan main aktif lagi dia duk jalan sana sini.. tp xnak pakai selipar.. takut kena jari dia yg luka tu.. pastu dilah ajar dia pakai selipar slow2 baru dia nak pakai.. lagi panjang la langkah dia.. huhu

Alhamdulillah, seminggu selepas kejadian tu tempat luka tu semakin baik.. kulit pun dah nak bercantum semula.. tinggal sikit jer lagi yg nampak merah2.. tp kalo dah nama budak kan, mana penah serik... dia tetap aktif mcm biasa.. kadang2 ingatkan jugak kat abg tu kaki dia sakit.. benti la sekejap dari keganasan.. tak sampai 5 minit dah melompat dan berlari2 balik... hahaha.. abg..abg...

Hopefully lepas ni xde la kejadian2 mcm ni berlaku lagi.. ngeri ibu dilah tengok darah banyak2 tau..
^___^


 

You Might Also Like

4 comments:

  1. Adoii. Dilah...mcm dlm jugak luka tu.
    Nasib baik xde pape. Syukur abg faris pun dh ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak.. memang dalam pon.. tp alhamdulillah la, lepas seminggu ni tempat luka tu dah bercantum balik.. tinggal sikit jer lagi yg nampak bekas luka tu..

      Delete
  2. teruknya kesan luka tue...siannya kat faris...cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  3. ttq kayrul.. alhamdulillah, luka tu dah nak sembuh dah.. dah bercantum balik, tinggal sikit jer lagi...

    ReplyDelete