Resepi :: Sosej Cheese Roll bersalut Nestum
Assalamualaikum
Semalam entry pasal makanan.. arini entry makanan lagi.. dah kenapa awal2 bulan ni asyik citer makan2 jer?? hahaha... awal bulan kan, makan jer la.. hujung bulan karang duit dah xde senyap2 jer la.. kihkihkih...
Actually arini dilah nak puasa ganti lagi.. dah sahur dah pun.. sahur pizza.. tp time nak siap2 g keje rasa sakit perut sangat.. memulas2.. then dilah msg boss cakap nak masuk lambat sikit sbb sakit perut.. boss ok jer.. rupa2nya sakit perut tu nak membuang.. adoii.. wat suspen jer la... then dilah pun pegi keje..
On the way gi keje tu perut rasa mencucuk2.. rasa lapar sangat2.. alahai.. dah la nak puasa ganti tp baru pukul 10 dah rasa lapar sgt2.. boleh ke nak tahan sampai petang ni?? last2 kwn dilah cakap buka jer la puasa tu.. takut memudaratkan baby pulak... Dilah sayang nak bukak, tp bila pk kan adik baby, okla.. buka jer la puasa ni.. takut pulak pape jadi nanti kan.. so, skrg ni dilah dah x puasa... dah makan tanpa henti dari tadi.. hahaha.. lapo sgt gamaknyerrr..
OK2.. arini nak share resepi mudah sosej roll yg dilah buat masa buka puasa last week.. Senang sangat.. bahan pun senang. selalu kalau beli roti asyik wat roti telur jer.. kali ni nak buat lain pulak.. tukar selera sikit.. niat nak wat sosej roll ni dah lama dah, tp baru last week dapat buat.. sadis betul kann.. nasib baik ni bukan menu org mengidam.. hahaha..

Ok.. jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya..
Sosej Cheese Roll Bersalut Nestum
Bahan-bahan :
6 keping roti potong
6 keping cheese
6 btg sosej
1 biji telur
Nestum secukupnya
secubit garam/lada sulah
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya :
1) Gelek roti sehingga nipis. (Tujuan supaya bila goreng roti tak serap minyak)
2) Rebus sosej sekejap saje. (Ada org x rebus pun.. dilah mmg rebus sekejap)
3) Pecahkan telur.. masukkan sedikit garam or lada sulah..
4) Ambil sekeping roti yg sudah digelek. letakkan sekeping cheese di atasnya dan letak sosej.
5) Gulung roti tadi dan dihujung roti sapukan sedikit telur.. (tujuan utk melekatkan roti supaya tak terbuka semasa menggoreng)
6) Then, golekkan roti roll tadi ke dalam telur dan kemudian ke atas nestum.
7) Goreng sosej roll dalam minyak yg panas. goreng sehingga kuning keemasan. (sekejap jer sbb nestum tu cepat hitam).
8) Ulang langkah 4-7 sampai habis.
8) Siap.. boleh potong sosej roll kepada dua.
Boleh dimakan dengan sos dan mayonis..
Tp dilah x sempat nak makan cicah sos dan mayonis, anak2 dah berebut2 makan.. maknye takut x dapat makan jugak, tu yg sanggup x pegi amik sos.. makan mcm tu jer pun dah sedap.. haha.. [teruk betul perangai ibu dia ni kan..hihi]
anak2 dan ayah wan cakap best.. so lain kali boleh buat lagi..
SELAMAT MENCUBA..
Salam hi ibu dilah..buat sarapan ni pun ok jgk ye..hehe..jmput dtg blog sy..
ReplyDelete