Aktiviti bersama family,

Cerita 1st Ramadhan

June 18, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, arini dah masuk 1 Ramadhan 1436H.. 
Sana sini org duk sibuk citer pasal sahur la.. pasal terawikh la... dilah??      
macam2 yg berlaku semalam dan pagi ni..

Semalam ayah wan pegi solat terawikh kat mesjid.. dilah memang x dapat nak ikut la sbb ada baby fattah kan.. teringin sangat benonya nak pi solat terawikh kat mesjid.. sejak kawen ni mmg susah nak ikut.. mana xnye, tiap2 tahun ada anak kecik jer.. rindu betul nak solat kat masjid mcm kat asrama dulu.. kat matrik solat dekat dataran.. kat utm pun sama.. huawaaa.. rindunya..

Ok.. lepas ayah wan gi solat, yg dua beradik ni bergaduh.. time tu dilah nak solat isyak.. kakak pun nak ikut solat sekali.. dah pakai telekung ikut dilah solat kat sebelah.. tuptup.. datang si faris kaco dia.. tarik2 telekung.. pukul2 kakak.. mula2 dia boleh tahan lagi, tp lama2 sakit jugak kena beduk ngan faris tu.. last2 dia nangis... bukak telekung gaduh ngan faris.. beduk faris pulak.. cakau muka faris... hahaha.. ganaz budak berdua tu bergaduh tau... tak kusyuk betul ibu dilah nak solat tau.. ada jer budak berdua ni tau..

Lepas solat pun mcm tu jugak.. asyik bergaduh jer kejenya.. dilah tgh masak dapur asyik terjerit2 nak redakan diorg gaduh.. kejap kakak kaco abg.. abg kaco kakak.. nasib baik baby jenis yg cool jer.. kalau dia pun jenis yg meragam mmg pengsan ibu ni tauuu... hihi..



Masak malam tu lebih sikit utk sahur sekali.. ala, masak simple jer pong.. goreng ayam ngan masak sayur.. anak2 dah makan lebih dulu.. selera diorg bukan main lagi skrg ni tau.. kalau dilah yg suap ni mau 2 pinggan diorg makan.. ibu makan sikit2 je yg dapat.. hahaha.. dasat kan...

Kul 11 dilah baru siap wat  semua keje.. masak, basuh pinggan mangkuk, basuh botol susu baby yg banyak, buatkan diorg susu siap2, siapkan barang keperluan anak2 utk keesokkan harinya... pastu baru dapat baring dan rehatkan badan jap.. tu pun sambil menyusukan baby fattah anas... abg & kakak confirm tido lambat.. kul 12 lebih dilah x larat dah.. tertido jugak..

Tapi dekat kul 2 pg faris datang.. nak tido.. nak gosok.. nak itu.. nak ini.. faris ni memang macam2 sikit perangainya bila nak tido.. nasib  baik la baby fattah jenis yg senang tido dan tak menangis.. kalau tak huru hara ibu dilah tau.. ada masa yg baby fattah meragam sikit memang kelam kabut dilah.. mana nak pujuk baby dan bf dia.. sebelah tangan lagi nak melayan si abg nak tido, nak kena gosok2.. belum lagi si kakak yg merajuk x dapat tido kat ibu sekali.. memang huru hara betul time tu..



Di sebabkan x cukup tido dah rehat, makan sahur utk hari pertama ramadhan pagi tadi dilah dah terbabas.... hahaha... kul 5.48am baru terjaga.. tu pun sebab biasa baby menyusu time tu.. padahal baby dah terjaga awal dah.. tp disebabkan dia jenis yg x menangis.. makanya dilah pun x sedar.. hahaha...

Dah tu bangun pam susu, bf baby fattah.. nak solat faris pulak dah terjaga.. nak ibu jugak.. layankan kejap je pastu dilah pujuk dia sbb nak solat jap.. bila dilah tinggalkan lagi dia mengamukk... menangis2 sampai bengkak mata.. memang urut dada 100x la nak melayan kerenah dia pagi2 ari ni.. dah tu ngan x sahur lagi.. makanya pukul 7.30am perut dah bunyi.. hahaha...

Dilah ni kalau x makan ok lagi.. boleh tahan.. tp air tu yg penting kat dilah.. jenis yg kuat minum air masak tau.. tu kalau berbuka x makan sampai sampai kul 10 pun ok lagi janji dapat minum air dulu.. kali ni still bf sepanjang bulan puasa kan.. so kena kuat la sikit kan..

Arini nak buka apa?? hurmmm.. ayah wan beli kat pasar ramadhan jer nanti.. kitorg walaupun beli kat PARAM tapi beli ala kadar jer.. xdela jenis yg membazir beli banyak2 pastu x makan.. tp kali ni kena beli lebih sikit la sbb anak2 dah kuat makan kan.. hihi.. tengok la apa yg ayah wan beli arini nanti..

Okla.. tula cerita huru hara dilah harini..
apa2 pun still puasa lagi sampai skrg ni.. nasib baik x buat keje berat.. kalo x melepek jugak kat opis ni.. hihi..

Selamat Berpuasa Semua...





You Might Also Like

0 comments: