Kisah Selepas Kelahiran Fattah Anas - Ceritera Ibu

Kisah Selepas Kelahiran Fattah Anas

Assalamualaikum

Jom nak sambung citer lepas bersalin baby Fattah Anas aritu kat  SINI ..  kalau lambat sambung takut lupa dah nanti nak sambung.. hahaha... sindrom mak2 memang asyik lupa jer... mcm citer bersalin abam Faris Zakwan dulu sampai ke sudah tak continue citer lps bersalin tu.. hahaha... ok2, jom sambung.....



Pagi tu lepas masuk wad, dalam kul 8 pg gitu, nurse datang tanya ok ke x? mmg dilah nampak ok sgt la.. muka pun x lesu.. cuma lapo jer.. hahaha.. so nurse pun suruh pegi bilik belakang utk doktor check jalan.. kalau semua ok, baby pun dah berak kencing, boleh ler kitorg kuar awal.. x yah la bermalam kat hospital kan... tapiiiiii....

Dilah pun pegi bilik tu utk check jahitan.. bila doktor yg 1st ni check muka dia mcm cuak2.. dia inform doktor lagi satu mcm ada benda yg tak kena.. dilah dah mula risau.. ape pulak yg x kena.. then doktor sorg lagi pulak check.. dia ckp dia pun rasa apa yg doktor 1st tu rasa.. then diorg pun explain kat dilah.. diorg rasa mcm ada terlebih jahit kat tmpt koyak tu.. betul2 dekat tmpt buang air besar.. (ehh.. sopannya bahasa..hihi). effectnya takut nanti lubang tu dah sempit.. nanti lagi sakit kalau nak berak.. hahhh.. lebih kurang cam tu la kesnya.. 

So diorg decide utk 'REPAIR' balik... hahh kau..kena repair balik tmpt jahit tu.. maknanya, diorg akan bukak jahitan tu dan jahit balik.. mula2 dengar tu dilah mmg dah cuak.. tp lepas tu diorg ckp dilah akan masuk OT utk utk repair balik.. maknanya bukan la kena jahit hidup2 tanpa bius.. so dilah pun lega dan boleh rilex2..

Siyes, bersalin kali ni dilah rasa cergas jer.. mungkin sebab rasa sakit tu kejap je, so dilah xdela kehilangan tenaga yg banyak.. dan cepat boleh bergerak ke sana sini.. cuma nya, lps dari jumpa doktor tu diorg suruh dilah puasa sbb nak masuk OT.. dah la sarapan sempat minum air milo je tadi, makanan yg ayah wan beli pun x sempat makan lagi.. pastu diorg dah suruh puasa.. nurse tu ckp lagi lambat dilah start puasa lagi lambat la kena wat operation tu nanti.. So dilah pun puasa la.. tp mmg lapar sgt.. nasib baik baby behave jer.. x nanges pun..

Dilah dijangka masuk OT dalam pukul 4 or 5 ptg.. so tghari tu ayah wan mmg x dpt tgk, dia uruskan hal kat rumah dan rehat dulu.. ptg baru dtg bawak barang sikit.. dekat pukul 4 ptg nurse suruh dilah bersiap nak ditolak masuk OT.. dilah inform ayah wan suruh dia tunggu kat wad nanti..  bila nak mauk OT tu baru la rasa berdebar2.. teringat masa bersalin kakak imani dulu kena czer.. kali ni kena masuk OT lagi walaupun dah bersalin normal.. redha jer la..

Situasi lebih kurang sama.. dengan kesejukan yg amat sgt.. mula2 doktor bius kat tulang belakang.. proses nak tu yg amik masa sikit.. proses jahit menjahit tu kejap je.. dlm 15 minit je.. siap semua dlm kul 5.20ptg.. dilah ckp sempat la nanti jumpa ayah wan.. doktor tu ckp kena rest kejap kat situ dlm stgh ke sejam utk stabilkan balik dan monitor patient kejap.. tapi lagi 5 min pukul 7 baru diorg hantar pegi wad balik.. time tu dah abis waktu melawat.. ayah wan pun dah keluar.. tp dilah call dia suruh masuk kejap.. hantar barang yg dipesan.

Lepas operation tu, dilah kena tunggu lagi 3, 4 jam baru boleh makan dan minum.. mak aiii... ni dah lebih dr puasa sebenar ni.. perut mmg dah x tahan sgt dah.. lapar dan haus sgt.. kaki kebas pun lepas 3 jam dah boleh rasa semula.. then, sampai masa boleh makan cepat2 makan.. minum air panas 1 mug, makan roti, makan bubur hospital bagi.. hahaha.. mcm dah seminggu x makan... hahaha



Lepas masuk wad tu nurse hantar baby semula.. baby ibu sgt baik, jenis yg x menangis dan kurang menyusu.. puas ibu tonyoh2 pun dia tutup mulut jugak.. hahaha... alhamdulillah.. malam tu boleh tido dengan tenang.. kejap2 bangun tengok baby..

Alhamdulillah.. walaupun buat minor operation utk repair, tp dilah x rasa pape pun.. boleh bergerak mcm biasa.. dan jauh beza lepas bersalin faris dulu, kali ni dilah lebih mudah bergerak dan bertenaga..

Keesokan harinya dilah dan baby dah boleh discharge.. balik tu kitorg singgah rumah amik barang dan amik anak2 kat rumah babysitter.. then terus balik melaka.. tp singgah rumah MIL kat Sedenak sekejap.. sebelum Magrib kitorg sampai rumah Bunda..
Alhamdulillah..

Dilah percaya setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..
Allah permudahkan urusan dilah semasa nak bersalin tp dia bagi ujian dilah kena minor operation pulak..
ALLAH berikan anak yg mudah dijaga seperti Fattah Anas yg jenis x meragam dan x menangis tp Allah uji Fattah kena 'kuning' sampai kena tahan wad.. 

Dilah redha atas apa yg berlaku.. Ujian yg Dia berikan mungkin hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan org lain yg diduga dgn penyakit yg teruk..
Bila kita redha dan ikhlas, kita x kan rasa terbeban dan akan rasa kuat.. 
InsyaAllah..

Next, dilah akan share citer pasal Fattah Anas yg kena admitted sebab kuning dan 'kencing berdarah'.. yg ni mmg dilah nak share sgt sebagai ingat dan panduan pd ibubapa yg lain..
Tunggu yer...


No comments