'Makwek' dah takde - Ceritera Ibu

'Makwek' dah takde

Assalamualaikum

Hari Selasa lepas, 28 Julai 2015 bersamaan 12 syawal 1436H, nenek dilah telah meninggal dunia. petang tu time nak balik keje dapat wassap dari Bunda kat group Family Hj Ramtan (group family keluarga belah bunda la ni) yg mengatakan 'makwek'a.k.a nenek dah takde. time tu pukul 6.15 ptg.. Innalillahiwainnalillahirahjioun...

Nenek dilah tu dah tua dah, 77 tahun.. arwah ni dah lupa2 dah mcm dah nyanyuk.. tapi walaupun keadaan beliau mcm tu tapi zikir2 ni x penah lekang dari mulut dia.. raya aritu masa salam ngan 'makwek' ni, lepas dilah minta maaf, dengar la dia menjawab cam kumat kamit mulutnya.. ingatkan dia membalas ucapan dilah, rupanya dia tgh berzikir.. Allahuakhbar... sejuk hati dengar dia sentiasa berzikir..

Cara kematiannya pun mudah.. sebab sakit tua.. masa tu dalam jagaan makcik dilah.. dia rasa nenek tak bergerak.. cepat2 dia telefon adik beradik mak, suruh cepat2 datang rumah dia.. pastu call ambulans.. bila  ambulans sampai, check nenek dulu.. dia cakap nenek dah xde.. bila check guna alatan dlm ambulan tu pun tgk dah line lurus jer.. means memang dah meninggal dunia..

Dalam sebulan dua ni memang nampak kesihatan nenek tu makin merosot.. makin lupa dan makin lemah.. tapi nenek xde masalah kesihatan yg lain2.. so badan nenek ni berisi sikit..makan still boleh makan suap sendiri.. mandi biasanya anak2 mandikan.. bukan sebab dia tak larat tp sebab dia dah nyanyuk.. jadi bila anak2 yg mandikan rasa bersih la kan..

So  malam tu jugak dilah balik melaka.. sampai melaka pukul 1 pagi.. sampai lambat bukan sebab jem tapi sebab banyak kali benti sbb ayah wan mengantuk.. pagi tu dalam pukul 9.30 pagi, jenazah selamat dikebumikan..alhamdulillah, 1st time jugak dilah tengok proses kebumikan  jenazah dari mula sampai habis.. sebelum ni xde peluang nak tengok betul2 dari mula.. malam tu kitorg balik lepas majlis tahlil selesai.. 

Sekarang dilah tinggal sorang jer atok yg ada.. suami pada nenek dilah ni la.. nenek belah abah dilah dah lama meninggal. atok pula tahun lepas meninggal. belah ayah wan pun tinggal sorang jugak.. nenek belah mak mentua dilah (mak kpd mil la)..


Mohon kawan2 semua sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah nenek dilah, Hjh Senipah bt Taat. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.. aminnn    


1 comment:

  1. takziah buat dila sekeluarga...alfatihah buat nenek.....

    ReplyDelete