Adik Baby,

Breastfeeding :: Rezeki Fattah Anas

August 14, 2015 Ibu Dilah 2 Comments

Assalamualaikum

Salam jumaat buat semua.. Alhamdulillah.. rezeki di pagi jumaat yg indah ni.. Sesi pam utk pagi tadi jam 12tghari.. dapat 9.5 oz... Rezeki untuk anak syurga ibu Fattah Anas.. semoga Allah murahkan rezeki kepada anak ibu agar ibu dapat fully breastfeed fattah anas sehingga 2 tahun.. amin...


Lately ni dilah perasan bila pam time pagi kat opis mmg boleh dapat 8 ~ 10 oz.. penah sekali dapat 11.5 oz.. tapi bila petang dapat 4oz ke 5.5oz jer.. boleh la.. bersyukur masih ada rezeki untuk adik baby..

Skrg ni dapat pam 2x jer sehari time kat opis.. balik rumah dah x pam dah.. sebelum pegi keje pun dah x dan nak pam... huawaaa... malas betul yer... hahaha.. banyak sebab nape x pam pagi dah balik keje.. sebabnya 1) tak sempat.. 2) pastu stok ebm fattah anas dah banyak giler.. dah penuh deep freezer dah.. 3) last sekali malas... hahaha... So skrg ni sehari dapat la dlm 12 ~ 15 oz untuk 2 kali perahan.

Ala.. sebenarnya bukan la malas dan x sempat sangat pun.. boleh jer arrange masa tu lagi.. sebelum ni pam 4 or 5 kali sehari.. bangun pagi, kat opis 2x, balik keje.. dan malam kalau sempat or rasa breast dah penuh.. 




Tapi bila ebm fattah dah penuh deep freezer, dilah mula kurangkan sesi mengepam tu.. tapi lebih kan direct feeding. Macam sebelum ni fattah anas kurang sangat menyusu, samada direct feeding atau pun masa kat rumah babysitter.. dan fattah bukan jenis yg ngempeng.. so demand tu memang kurang sgt tapi supply alhamdulillah tetap banyak.. Tapi sejak fattah masuk 4 bulan ni, dia dah pandai ngempeng.. dan kat rumah time malam tu kerap menyusu.. kat rumah babysitter pun menyusu 3 or 4 botol sehari.. So, untuk memastikan susu tetap cukup untuk fattah anas, dilah tetap akan mengepam sekurang2nya 2x sehari.. 

Memandangkan stok ebm pun dah banyak tp tak tersusun dalam df tu, mintak2 wekeend ni sempat la nak kemas dan check stok ebm tu.. last susun time 2 minggu masa naik keje.. so bayangkan la macamana keteraburan ebm tu dlm tu.. tp at least stok sampai pertengahan bulan 5 aritu dah abis guna.. so kena check dan susun balik stok tu supaya xde ebm yg expired sbb tak sempat minum nanti..

okla.. doakan dilah berjaya breastfeeding baby fattah anas sehingga 2 tahun ye..


2 comments:

Adik Baby,

Fattah Anas Suka Tidur Meniarap

August 12, 2015 Ibu Dilah 3 Comments

Assalamualaikum

Baby Fattah Anas start meniarap masa 3 bulan.. bila masuk 4 bulan last week, fattah dah start angkat montot dia pulak.. dah nak move ke depan.. dan terbaru ni dah pandai terlentang balik lepas meniarap.. kadang2 perasan memang kedudukan adik fattah dah berpusing 90 deg dah.. hahaha...



Sejak masuk umur 4 bulan ni pulak, baby fattah dah suka tidur meniarap.. kadang2 lepas menyusu dia meniarap sendiri.. biasanya ibu dilah just mengiringkan dia jer time tido.. tp nanti tau2 jer dia dah meniarap sendiri.. pastu  tido balik.. 


Bila tido meniarap ni memang baby selesa sangat dan lebih lena.. bila dah lena tu dah tentu la lebih lama tido kan.. kadang2 sampai x bangun menyusu tgh malam tau.. hahaha..



Alahai... geramnya ibu tengok adik tido lena mcm ni.. patut la abam, kakak dan ayah wan suke kacau adik time tido.. tak tahan tengok budak cumel ni tido.. hihi..


Nak tau x, abam faris tu kalau tgh malam x boleh tido kejap2 dia datang kat baby.. cium baby.. jap lagi datang lagi.. sayang sangat kat adik dia yg sorg ni.. tp kalau setakat cium tu ok lagi ni.. ni kadang2 di boleh ketuk kepala adik guna penumbuk dia.. aduhaiii... stress mak nak tido malam2.. respon adik???? kepala gerak2 sikit pastu sambung tido... hahahaha.. dah lali kena buli ngan abam faris...

Rileks brader... brader rileks..
rileks brader.. brader rileks..
hahaha....


3 comments:

Anak-anak,

Kek Birthday Impian Kakak Imani & Abam Faris

August 10, 2015 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum

Hari Khamis lepas, sekolah kakak imani ada buat Jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Jadi. Seminggu sebelum majlis tu, cikgu sekolah tadika kakak ada bagi surat.. Ibu bapa yg nak bagi sumbangan masa majlis tu memang sangat2 dialu2kan.. dan siap ada list apa yg boleh disumbangkan. Dalam list tu, kakak imani kena bawa jajan dlm 60 packs. Dilah pikir ok jugak bawak jajan, ala2 birthday kakak la nanti kan.. jajan tu untuk kawan2.

Mak nye punya excited, minggu lepas dah siap packing jajan tu.. tp ada citer sebaliknya.. kan hari Selasa sebelum tu nenek dilah meninggal. malam yg sepatutnya kitorg balik melaka tu dilah dah plan nak pegi beli jajan utk buat goodies tu..tapi bila dah balik kg, dah x jadi.. dilah pun terpikir, xpela, xde rezeki nak bagi kawan2 kakak goodies tu.. sebab pikir dah x sempat nak wat goodies tu, sbb khamis tu dah jamuannya kan..

Nak dijadikan cerita, ptg sebelum balik JB hari rabu tu, dilah terpikir nak ajak ayah wan pegi cari jajan utk wat goodies.. sempat la cari jugak 4, 5 jenis jajan. balik jb malam tu, anak2 dah tido. so dilah pun cepat2 la packing goodies tu.. siap pukul 1.30 pagi.. 

Pagi tu hantar kakak imani pegi sekolah pakai baju raya.. sekali sampai sekolah rasa mcm lain mcm.. terperasan ada sorg budak tu pakai baju sekolah.. ahhhh.... sudahhhh.. bila tengok kat white board depan pagar tadika tu tulis date 6.8.15 majlis tu.. huawaaaa... ibu dah salah tarikh... cikgu kakak imani siap cakap mesti tak tengok tarikh ni.. hahaha.. memang betul pun... 

So khamis lepas gi jamuan tu dah senang la sebab goodies tu dah siap.. Malam tu sebelum tido dilah tanya la kakak macamana majlis jamuan hari raya ngan hari jadi kat sekolah kakak.. kakak pun cerita ada banyak makanan kat sekolah.. 

"pastu masa nak potong kek, cikgu panggil kakak naik atas pentas. tapi cikgu suruh kakak berdiri kat belakang. kawan2 kakak, takiyah, ngan (2 org lagi nama kwn kakak) berdiri kat depan.. lepas nyanyi lagu Allah selamatkan kamu, diorg potong kek.. nape cikgu tak bagi kakak potong kek ibu??"

Alahai.. kesian anak ibu.. kakak asyik tanye nape dia tak potong kek..  sebab time tu ada 3 kek jer.. yg diraikan 4 org. dilah memang x bawak kek sebab cikgu dia xde bgatau pape. birthday kakak 1hb nov. lama lagi.. tu yg x tau sambutan hari jadi tu termasuk birthday kakak sekali.. dah la last year ibu x beli kan kakak kek.. 

So malam tu ada drama la sikit..  kakak asyik cakap bila ibu nak beli kek kakak.. nape birthday kakak lambat lagi.. puas la ibu ni duk pujuk3 dia.. sedih pulak rasanya sbb last year time birthday abam dah celebrate potong kek. time birthday kakak x sempat nak beli kek dan celebrate.. tu yg sampai skrg ni dia ingat birthday dia belum sampai lagi. sampai la ni dah nak masuk birthday 5 thn pulak.


image from google

So, untuk menyedapkan hati kakak dan ibu, tahun ni hope ibu dapat belikan kek birthday kakak.. tanya la dia nak birthday kek apa.. dia jawab nak frozen.. okla.. nanti ibu survey2 dulu ye.. tapi dilah dah inform kat kakak, yg ibu akan cuba cari kek frozen tu, tapi kalau time birthday kakak tu x ada kek frozen, ibu belikan kek yg lain.. bagi dia pilihan.. so, pilihan ke dua kakak kek birthday robocar.  dan pilihan ketiga kek birthday ..


image from google

Kakak siap tanya abam faris lagi dia nak kek apa nanti.. abam nak kek bocar (robocar) atau pun kek "apam tebam" ( read as kapal terbang) hahaha.. time kakak pikir2 nak pilihan kek yg ketiga tu, dia siap cakap nak kek robocar, nanti boleh sama2 abang faris. mcm masa birthday ke 3 thn dan faris 1 thn dulu.. time tu wat birthday party.. kek gambar upin dan ipin. sampai skrg diorg ingat.


 image from google


Ni ibu tulis kat sini pun supaya ibu x terlupa permintaan anak ibu..
Birthday cake pilihan kakak;
1) Frozen
2) Mickey Mouse
3) Robocar

 image from google

Birthday Cake pilihan abam faris;
1) Robocar
2) Kapal terbang



Nak tau tak sebab apa dilah minta pilihan kat diorg.. sebab kalau kek tu x dapat dilah still ada pilihan lain utk bagi kat anak2.. alhamdulillah..diorg paham.. selalu kalau nampak iklan2 makanan or mainan kat dalam tv tu diorg cakap nak jugak.. nak coklat la, nak menan itu la.. tp dilah selalu cakap kat diorg mcm ni.. 

"Kalau ibu dah gaji nanti baru ibu belikan.. tu pun kalau barang tu tak mahal sangat dan ibu ada duit lebih.. kalau mahal ibu tak boleh la nak belikan kakak sebab nanti duit tak cukup nak bayar yg lain2.."

ataupun

"nanti kita pegi kat kedai tu (tesco ke), kalau barang tu ada ibu belikan, kalau dah xde ibu x boleh beli tau..."

Dilah nak terapkan kat anak2 yg bukan semua benda yg mereka nak boleh dapat. dan kita kena bekerja keras untuk dapatkan sesuatu. dilah nak diorg tahu bukan senang nak cari duit dan tak nak manja kan diorg dengan bagi jer apa yg diorg nak.   

Hope tahun ni dapat la tunaikan impian anak2 utk belikan kek birthday diorg..
Amin...



1 comments:

Aktiviti bersama family,

Buah Hati Dunia Akhirat

August 06, 2015 Ibu Dilah 2 Comments

Assalamualaikum

Dah lama nak amik gambar 3 beradik ni.. tapi ada jer yg taknak bagi kerjasama.. sorang gerak la.. sorang xnak pandang kamera la.. memang susah nak dapat gambar yg cantik dan elok sikit.. 



Baru2 ni dapat la amik gambar yg elok sikit.. semua pandang camera.. ibu dilah pun dah suka la.. tp bila tengok gambar, alamakkkkk... apsal ada biru2 bawah mata diorg ni??? ntah tertukar setting apa la kat kamera tu boleh jadi cam tu.. tu pun kakak imani yg perasan tau.. pastu dia cakap ada hantu... hahaha....



xpela.. lain kali kite ambil lagi gambar banyak2 yer.. nanti ibu nak frame kan gambar adik beradik..
sayang anak2 ibu sgt2..


2 comments: