Kek Birthday Impian Kakak Imani & Abam Faris
Assalamualaikum
Hari Khamis lepas, sekolah kakak imani ada buat Jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Jadi. Seminggu sebelum majlis tu, cikgu sekolah tadika kakak ada bagi surat.. Ibu bapa yg nak bagi sumbangan masa majlis tu memang sangat2 dialu2kan.. dan siap ada list apa yg boleh disumbangkan. Dalam list tu, kakak imani kena bawa jajan dlm 60 packs. Dilah pikir ok jugak bawak jajan, ala2 birthday kakak la nanti kan.. jajan tu untuk kawan2.
Mak nye punya excited, minggu lepas dah siap packing jajan tu.. tp ada citer sebaliknya.. kan hari Selasa sebelum tu nenek dilah meninggal. malam yg sepatutnya kitorg balik melaka tu dilah dah plan nak pegi beli jajan utk buat goodies tu..tapi bila dah balik kg, dah x jadi.. dilah pun terpikir, xpela, xde rezeki nak bagi kawan2 kakak goodies tu.. sebab pikir dah x sempat nak wat goodies tu, sbb khamis tu dah jamuannya kan..
Nak dijadikan cerita, ptg sebelum balik JB hari rabu tu, dilah terpikir nak ajak ayah wan pegi cari jajan utk wat goodies.. sempat la cari jugak 4, 5 jenis jajan. balik jb malam tu, anak2 dah tido. so dilah pun cepat2 la packing goodies tu.. siap pukul 1.30 pagi..
Pagi tu hantar kakak imani pegi sekolah pakai baju raya.. sekali sampai sekolah rasa mcm lain mcm.. terperasan ada sorg budak tu pakai baju sekolah.. ahhhh.... sudahhhh.. bila tengok kat white board depan pagar tadika tu tulis date 6.8.15 majlis tu.. huawaaaa... ibu dah salah tarikh... cikgu kakak imani siap cakap mesti tak tengok tarikh ni.. hahaha.. memang betul pun...
So khamis lepas gi jamuan tu dah senang la sebab goodies tu dah siap.. Malam tu sebelum tido dilah tanya la kakak macamana majlis jamuan hari raya ngan hari jadi kat sekolah kakak.. kakak pun cerita ada banyak makanan kat sekolah..
"pastu masa nak potong kek, cikgu panggil kakak naik atas pentas. tapi cikgu suruh kakak berdiri kat belakang. kawan2 kakak, takiyah, ngan (2 org lagi nama kwn kakak) berdiri kat depan.. lepas nyanyi lagu Allah selamatkan kamu, diorg potong kek.. nape cikgu tak bagi kakak potong kek ibu??"
Alahai.. kesian anak ibu.. kakak asyik tanye nape dia tak potong kek.. sebab time tu ada 3 kek jer.. yg diraikan 4 org. dilah memang x bawak kek sebab cikgu dia xde bgatau pape. birthday kakak 1hb nov. lama lagi.. tu yg x tau sambutan hari jadi tu termasuk birthday kakak sekali.. dah la last year ibu x beli kan kakak kek..
So malam tu ada drama la sikit.. kakak asyik cakap bila ibu nak beli kek kakak.. nape birthday kakak lambat lagi.. puas la ibu ni duk pujuk3 dia.. sedih pulak rasanya sbb last year time birthday abam dah celebrate potong kek. time birthday kakak x sempat nak beli kek dan celebrate.. tu yg sampai skrg ni dia ingat birthday dia belum sampai lagi. sampai la ni dah nak masuk birthday 5 thn pulak.
So, untuk menyedapkan hati kakak dan ibu, tahun ni hope ibu dapat belikan kek birthday kakak.. tanya la dia nak birthday kek apa.. dia jawab nak frozen.. okla.. nanti ibu survey2 dulu ye.. tapi dilah dah inform kat kakak, yg ibu akan cuba cari kek frozen tu, tapi kalau time birthday kakak tu x ada kek frozen, ibu belikan kek yg lain.. bagi dia pilihan.. so, pilihan ke dua kakak kek birthday robocar. dan pilihan ketiga kek birthday ..
Kakak siap tanya abam faris lagi dia nak kek apa nanti.. abam nak kek bocar (robocar) atau pun kek "apam tebam" ( read as kapal terbang) hahaha.. time kakak pikir2 nak pilihan kek yg ketiga tu, dia siap cakap nak kek robocar, nanti boleh sama2 abang faris. mcm masa birthday ke 3 thn dan faris 1 thn dulu.. time tu wat birthday party.. kek gambar upin dan ipin. sampai skrg diorg ingat.
image from google
Ni ibu tulis kat sini pun supaya ibu x terlupa permintaan anak ibu..
Birthday cake pilihan kakak;
1) Frozen
2) Mickey Mouse
3) Robocar
3) Robocar
Birthday Cake pilihan abam faris;
1) Robocar
2) Kapal terbang
Nak tau tak sebab apa dilah minta pilihan kat diorg.. sebab kalau kek tu x dapat dilah still ada pilihan lain utk bagi kat anak2.. alhamdulillah..diorg paham.. selalu kalau nampak iklan2 makanan or mainan kat dalam tv tu diorg cakap nak jugak.. nak coklat la, nak menan itu la.. tp dilah selalu cakap kat diorg mcm ni..
"Kalau ibu dah gaji nanti baru ibu belikan.. tu pun kalau barang tu tak mahal sangat dan ibu ada duit lebih.. kalau mahal ibu tak boleh la nak belikan kakak sebab nanti duit tak cukup nak bayar yg lain2.."
ataupun
"nanti kita pegi kat kedai tu (tesco ke), kalau barang tu ada ibu belikan, kalau dah xde ibu x boleh beli tau..."
Dilah nak terapkan kat anak2 yg bukan semua benda yg mereka nak boleh dapat. dan kita kena bekerja keras untuk dapatkan sesuatu. dilah nak diorg tahu bukan senang nak cari duit dan tak nak manja kan diorg dengan bagi jer apa yg diorg nak.
Hope tahun ni dapat la tunaikan impian anak2 utk belikan kek birthday diorg..
Amin...
Hope tahun ni dapat la tunaikan impian anak2 utk belikan kek birthday diorg..
Amin...
Sekali sekala tunaikan hajat anak kan. Hihi. Moga dipermudahkan jumpa org yg terima tempahan kek sebagaimana yg dikehendaki, ameenn :)
ReplyDelete