Kakak Diyana,

WW45 :: Tido tertonggeng

September 30, 2015 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum




Kakak ni memang dari kecik lagi kalau nak tido asal boleh jer.. tengah tertonggeng pun boleh tertido.. hahaha.. nasib ibu dilah perasan.. kalo tak sampai ke pagi ler tertido mcm tu.. huhu


1 comments:

Adik Baby,

WW44 :: Terbang

September 23, 2015 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum

Saje nak share habit baby fattah anas yg terkini.. suka wat aksi terbang gini..

 Lama tau baby fattah leh wat cam ni..

 Bukan main suka lagi bila dapat wat aksi cam ni..


Bila dah penat.. mcm ni la.. terus letak kepala... hahaha.. rehat jap jer tu..


Kepada semua pembaca dan kawan2 ibu dilah, selamat hari raya aidiladha ye.. hati-hati bila drive balik kampung ye.. baby fattah anas beraya rumah tok ma jer raya ni.. 
byee..




1 comments:

Adik Baby,

Bila anak moody ketika dihantar ke rumah babysitter

September 18, 2015 Ibu Dilah 9 Comments

Assalamualaikum

Pernah tak korang rasa malas nye nak pegi kerja bila anak2 dah meragam tak nak pergi rumah babysitter? Dilah selalu jugak rasa mcm ni tau.. lagi2 bila kakak cakap
“ibu tak yah la pegi keje”,
 “kakak tak suka la ibu keje”

Amboi, suke2 jer tak bagi ibu pegi keje.. dia ingat kite ni boleh suka2 keje or suka2 tak nak masuk keje ke.. “ ibu pun kalo boleh tak nak pegi kerja, nak duduk2 kat rumah, lepak2 ngan anak2, hantar kakak pegi sekolah.. ambik kakak balik sekolah.. masak utk anak2..” ok, tu ibu jawab dlm hati jer la.. haha.. tp ngan anak2 ni kena guna psikologi sikit bila bercakap kan…

“Kakak, kalau ibu tak kerja mcmana ibu nak dapat duit.. nak belikan kakak baju, buku, maianan.. hah, mana nak dpt duit tu kalo ibu x keje..”
Kadang2 dia pandai menjawab,
“ayah kan da.. suruh la ayah bayar”
“ Suruh la ayah bagi duit kat ibu..”

Anak-anak ibu, kalau la anak2 tau zaman skrg ni nak buat apa semua kena pakai guna.. harga semua mahal.. membesarkan anak2 pada zaman skrg mmg jauh beza dgn zaman dahulu..



Sebenarnya motif kakak nak ibu ada temankan dia kat rumah ngan adik2.. tak nak pegi rumah babysitter.. tu yg kalau mood tak baik, kalau dia bangun pagi dah merengek2 tak bagi ibu pegi keje.. macam pagi tadi la.. dia buat perangai.. si abg faris elok x meragam pagi nit p kakak pulak yg buat perangai.. adehhh.. sampai sedu sedan dia menangis tak bagi ibu pegi keje.. bila hantar rumah babysitter pun, bila ditinggal dia berlari ikut kite sampai ke pagar.. sayu hati ibu.. but ibu kena kuat kan hati…


Dilah paling tak suka kalau dilah yg kena hantar anak2 pegi ke rumah babysitter sebelum pegi keja.. mesti ada drama2 sebabak yg tak diingini berlaku.. kalau tak abam yg meragam, mesti kakak yg meragam.. tak nak turun kereta la.. menangis melalak2 la.. tak bagi ibu pegi keja la.. boleh stress dibuatnya.. tp dilah pikir balik tu tandanya anak2 memang perlukan kita.. nak bermanja ngan ibu dia.. huhu..


Tapi dilah paling suka part ambil anak2 dari rumah babysitter.. sbb bila sampai jer depan pagar rumah babysitter dah dengar suara anak2 dah bersorak2 happy...
"Yeahhh.. yeayyy.. ibu dah sampai..."
"Ibu.. ibu.. ibu,,,"

Masing2 panggil ibu.. bila ibu turun kete masing2 serbu ibu.. peluk2 ibu.. nak cium2 ibu.. wahhhh.. heavennya rasa.. lupa kejap perangai moody anak2  time tu.. hahaha.. betul2 rasa mcm dalam drama tv tu.. "sayang menyanyang.. cinta dikenang.. la..laalala..." (haha.. siap nyanyi lagi ko..) berpelukan mcm dah lama tau x jumpa kan.. rindu ler tu.. hihi..

Pastu mula la kakak potpetpotpet tanya nape ibu lambat? jalan jem eh ibu?? lama kakak tunggu ibu tau... adehh.. ni yg wat ibu x tahan ni.. rasa mcm anak tu tak sabar nak jumpa kite sgt kan.. (padahal dia harap kite balik cepat sbb nak balik rumah tgk kartun.. agaknya la.. hahaha). pastu mengadu apa yg berlaku seharian kat rumah nenek aritu.. abg kaco baby la.. baby main ngan kakak la.. cikgu hantar kakak la.. mcm2 dia bagi laporan kat ibu.. hihi..


Then giliran abam faris pulak, nak ibu peluk cium dia jugak.. pastu potpet2 cakap apa ntah dgn bahasa yg x jelas sgt.. yg pasti dia akan cakap " cipe abam ane??"  "cipe abam xdeeee.." pastu angkat abam masuk kete..


Abam dah masuk kete baru angkat barang2 dan borak2 ngan babysitter jap.. tanya hal anak2 la.. last sekali baru angkat baby bucuk2 ibu yg sorg tu pulak.. makin bijak skrg ni.. bila ditegur ngan babysitter terus tersenyum2 bagi respon.. hihi.. melting sgt bila tgk dia senyum2 tau..



Kan best macam tu kan.. happy2 jer... tu yg dilah lagi suka ambil diorg dari hantar diorg.. tapi kadang2 time amik pun huru hara jugak bila budak diorg tu asyik nak bergadoh jer.. sbb berebut hp ibu la.. berebut nak duduk depan la.. berebut nak baby la.. berebut makanan la.. alahai.. macam2 ragam la anak2 ni kan.. 


Tapi kalau bukan anak2 yg menghuru-harakan hidup kite siapa lagi kan..hihi.. diorg jugak yg menceriakan kita.. yg buat hidup kita jadi sempurna..

Ibu sayang anak2 ibu sangat2 tau...

9 comments:

Aktiviti bersama family,

Bila Kakak Excited Nak Belajar Menulis dan Mengira

September 15, 2015 Ibu Dilah 2 Comments

Assalamualaikum

Arini dilah nak share keterujaan ibu dan anak daraku yg sorang ni bila dia dah pandai mengira dan menulis... kakak imani ni bulan november ni baru nak masuk 5 tahun. tapi dilah dah start hantar dia ke sekolah tahun lepas. so kalau ikut tahun time tu dia dah 4 thn. tp memandangkan besday dia hujung tahun, bermakna masa dia masuk sekolah tu umur dia baru 3 thn 2 bulan..

Kalau ikut umur kecik lagi. tp kalau kat rumah dia la yg paling becok dan kepoh.. hahaha.. sbb kakak imani ni petah sgt bercakap. cakap pun terang. tak mcm faris yg lagi 3 minggu nak masuk 3 thn ni pun cakap pelat lagi dan baru pandai nak buat ayat2.. 

So, bila dilah hantar si  kakak ni pegi sekolah, 3 bulan jugak dia nak adapt suasana sekolah tu tau sbb time tu dia 'kecik' lagi.. blajar pun slow sikit la.. so dilah xdela push dia sgt. just nak dia berkawan jer kat sekolah. sampai tahun ni pun dilah still tak push dia sgt utk belajar. ada masa dilah ajar.. tp lebih banyak masa dia tak nak diajar. 'menjawab' dia dah pandai.. padahal dia tak tau pun.. haha.. tp dilah still xnak push dia sgt.. time mood elok dilah ajar la dia sikit2. time mood x elok tak yah ajar, nanti dia 'menjawab' mak nye yg sakit hati.. haha


Satu hari dlm 2 minggu lepas, tetiba dilah dengar dia baca buku.. 'baca' read as sebut huruf. ok, before this mmg dia tak kenal huruf sgt. dia boleh menulis, boleh hafal tp dia tak kenal huruf sgt. so, bila dengar kakak 'baca'  buku tu, ehh.. mak is teruja ok!! terus perhati dari jauh.. pastu dtg dekat dengar dia 'baca'. pastu betulkan mana yg salah2.. banyak jugak perkataan yg dia eja. bila dilah start join dia baca, kakak pulak rasa seronok.. sampai nak tido pun dia still nak belajar lagi.. bawak buku kat ibu yg tgh nak tdo kan baby.. dia baca dekat ibu.. ajar dan betulkan mana yg salah.. alhamdulillah,. lama2 dia improve...


 Pastu dilah ajar dia menulis pulak.. eja nama dia dah pandai.. pastu eja perkataan yg simple2 pun dah boleh... bila dilah bgtau ayah wan, ayahwan pun teruja dan terkejut. sbb sblm ni kat rumah kakak mmg tak tunjuk yg dia dah boleh baca dan kenal huruf.. so bila anak dah pandai sikit mesti la mak ayah pun teruja, excited dan bangga kan.. hahaha.. maklum ler anak 1st kan...


Pastu Ibu dilah mula ajar mengira pulak.. actually, kakak yg mula Tanya ibu, soalan yg ni mmg dia dah kerap tanya.. terpikir mesti kat sekolah dia ada belajar tambah2 ni..

“ Ibu, 4 + 1 berapa?
“ Hah, cuba kakak kira sendiri”


Mula la ajar dia kira guna jari.. guna dua2 jari, dia boleh kira tp macam tak Nampak sgt.. lagi3 bila nak kira angka yg banyak mula la terkial2 tangan dia.. so dilah pun ajar kakak mengira dgn conteng kat buku.. bermula dgn 1 soalan, then dilah ajar dia jawab dgn cara tulis dot dot dan tambahkan.. ehh.. kakak rasa excited tau bila ajar mcmtu.. dia siap minta soalan lagi.. cepat jer dia mengira menambah2..


Sedar tak sedar hampir 6 muka surat dia blajar kira2 mlm tu tau.. punya la semangat.. hihi.. ibu  pun semangat bagi soalan sambal nak tidokan baby Fattah pun sanggup melayan tau..
Dari nombor yg kecil2 sampai penambahan nombor yg besar sikit.. Alhamdulillah, kakak cepat tangkap dan cepat belajar.. sungguh dilah x sangka tau, sbb sblm ni x pernah force dia utk beria2 belajar..



So weekend aritu dilah belikan dia buku baru.. buku matematik, buku suku kata.. dia memang excited sgt nak belajar skrg ni.. so ibu layan kan dan akan bantu dan ajar dgn cara yg paling mudah..

Lepas ni nak ajar kakak suku kata pulak.. yg sebutan ‘ a e I o u’ tu dia dah boleh sebut dan eja dah.. tu pun dah sibuk nak buat soalan yg suku kata yg 2 huruf tp bila sebut jd 1 huruf jer.. haha.. ehh.. korang paham x ni?? Ala.. mcm  ni la..
                a  bunyinya   ‘aaaa’
                ba bunyinya  ‘ baaa’
tapi kakak sebut ‘ba’ bunyinya ‘aaa’ jugak.. dia bunyi yg huruf belakang jer.. so, ba @ ca @da @ka semua bunyinya sama ‘aaaa’.. hahaha.. xpela.. slow2 ajar kan.. ni pun dlm 2 minggu rasa dah banyak sgt improvement yg dilah Nampak.. excited mak tau.. hihi..

okla.. nanti dilah share lagi cerita anak dara ni blaja ye.. mak yg terlebih excited ni.. hihi.. sori la dah panjang nau entry ni.. nanti2 kite sambung lagi ye..
bye


2 comments:

Adik Baby,

Entry santai..

September 11, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Salam jumaat semua.. Alahai.. rindunya nak menulis kat sini.. tp bila click je ‘new post’ otak terus blank.. padahal byk je benda nak share.. tak pun baru taip sikit dah xde idea nak taip lagi.. makanya banyak la entry dalam draft shj.. hahaha…
Tengok la, bulan lepas Cuma ada 4 entry jer.. bulan ni ntah bape la pulak.. padahal ada jer benda nak share.. contohnya mcm citer baby Fattah warded sbb kencing berdarah.. entry tu dah separuh jalan dah ditaip, tp sampai skrg tak abiskan lagi.. sampai baby dah nak masuk 6 bulan dah.. hahaha.. nasib la…

Pastu, kalo share pun banyak pasal baby Fattah jer.. org baca pun mesti boring.. mcm takde cerita lain jer.. haha..  citer ada tp malas naik taip.. haha.. memang dasyat betul penyakit ‘M’ ni la… mungkin lagi satu sbb skrg ni tgh sibuk nak berbisnes.. masa lebih banyak reply whatsapp dari customer, tu yg  tetiba blank bila nak taip entry.. kihkihkih.. abis2 pun masuk draft balik..

Okla.. tu intro jer untuk cari mood nak menaip balik lepas ni.. doa2kan la lepas ni dilah rajin update blog.. jangan korang asyik tengok entry ni aje sudah nanti.. hahaha…


Sebelum tu, layan kan gambar budak kecik sorang ni lagi.. geram sangat kat budak kecik ni tau.. smlm dia sgt behave.. x meragam, x menangis.. sample kitorg confuse Fattah anas ni ada kat rumah ke x??? pasal pa x dengar langsung suara dia, baik menangis or merengek or ketawa  or membebel sorg2.. hahaha.. dia jadi pemerhati  jer smlm tau.. memang behave sgt… hihi..


ok bye.. 

0 comments:

Aktiviti bersama family,

Reunion after 9 years

September 04, 2015 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum

Cuti Merdeka yg lepas kitorg pergi berjalan ke Sungai Besar, Kuala Selangor.. yer, mmg jauh perjalanan kali ni.. perjalanan makan masa 7 jam lebih.. ayahwan cakap dah boleh sampai t'ganu kalo camni punya jauh.. memang la boleh, tp kan kita berjalan ni ada tujuan.. bukan suka2 kan..


Tujuan utama kitorg ke Sg Besar ni adalah untuk menghadiri jemputan kawen coursemate dilah masa di UTM Skudai.. yg betul2 coursemate dilah  (SMI) cuma 6 org shj perempuan.. ni kawan dilah yg last kawen.. iyela, kos mekanikal mmg tak ramai perempuan time tu..  tu pun kalau dah campur course2 yg lain dalam Fakulti Kej. Mekanikal (FKM) adalah x sampai 30 org perempuan shj drp. 200++ student batach tu.  kadang kalo pegi kuliah, 1 dewan kuliah yg boleh isi 70 ~80 org tu, adalah 5-6 org je pompuannye.. hahaha.. mmg sikit sgt.. kadang2 1, 2 org pun ada tau.. 


Ok.. back to topic. dah alang2 pegi jemputan Ed (nama kwn dilah tu), kitorg pun dapat la wat small reunion.. yg dpt join majlis tu 6 org.. tp 3 org jer yg dpt stay kat sana lagi, sbb yg lain ada hal keesokan harinya.  kitorg gerak dari JB kul 9.30 pagi hari Sabtu. sampai rumah Ed kul 5 ptg.. wahhh.. pitamm.. time tu pengantin dah selesai menikah..


Memang sesuai sgt kitorg dapat pegi time tu sbb time tu org x ramai, so dapat la kitorg borak2 lama sikit.. dengan pengantin yg gamble sekali.. hahaha... memang seronok sgt tau, after 9 years bila dapat jumpa kawan2 balik.. ada yg kitorg dah jumpa 2,3 kali jugak dlm tempoh 9 thn ni.. yg sorg, every year mesti jumpa sbb sama2 duk jb. so memang happening sgt la..


Actualy dilah dah penah datang bermalam sekali kat rumah Ed ni masa kitorg belajar dulu.. time tu ayah dia baru meninggal, so kitorg dtg nak temankan ibu dilah la kiranya.. yg bestnya rumah Ed ni betul2 dekat ngan sawah padi. depan rumah dia sawah padi.. tp syg time tu bukan musim padi yg tgh menghijau sgt or tgh menguning.. kalau time tu mesti lagi cantik...

Malam tu kitorg tido hotel yg berdekatan rumah Ed. Anak2 bukan main seronok lagi dapat tido kat bilik ekon.. hahaha.. sori la, umah  kitorg mmg x guna ekon sbb depan rumah kitorg mmg redup sbb banyak pokok2. pastu ptg lak matahari belah belakang.. so kalau time cuaca panas pun rumah kitorg x terasa panas dan bahang sgt.. tu yg x pakai ekon..

Malam tu kitorg kuar makan.. makan biasa2 jer.. dah la service restoren tu lambat.. haiihhh.. malas nak cite la pasal restoren tu.. balik tu masing2 terus tido.. ehh.. kena paksa tido beno nye.. iyela, bilik kecik, budak2 ni pulak jenis cakap kuat2, kalo x tido sure bising.. baby nak tido pun asyik terjaga jer...


2nd day, kitorg breakfast ala kadar jer.. pastu terus siap2.. kul 10 pg dah check out. pastu jalan2 kat pekan dia dulu.. pastu jalan2 pusing kampung tengok sawah padi.. anak2 memang seronok.. sampai rumah pengantin kul 11 pagi, terus masuk.. ehh.. rupanya org kat sg besar ni jenis jemputan awal ye.. kalo kat jb kul 11 xde org lagi.. kat sini dah ramai dah..  




Sementara tunggu kwn dilah yg sorg lagi, kitorg makan dulu.. lps kawan sampai tu kitorg lepak2 jap.. pastu nak balik jumpa pengantin.. sempat jugak tgk dia bersiap dan bersanding kejap.. memang sama padan sama sempoi la pasangan pengantin ni.. hihi

Dalam kul 12.30 tgh ari, kitorg pun bergerak balik.. konvoi 2 kereta ngan kawan yg kat jb ni.. tp masing2 x balik jb pun.. diorg terus g putrajaya, kitorg pulak balik melaka.. kalau pegi kat kuala selangor ni tmpt makanan yg glamer cendol bakar dan juga mentarang bakar.. ayahwan dah pesan awal2 dia nak try makan mentarang bakar..


Sepanjang jalan area sekinchan mmg banyak gerai2 jual mentarang bakar.. mmg femes la kat situ mentarang bakar ni.. kitorg singgah 1 gerai kecik kat tepi jalan jer.. tanya harga dulu, tengok dulu camne mentarang tu.. harga sekilo RM30.. Ada  dlm 10 ketul kot lebih kurang.. ehh.. x tau nak sebut ketul ke ekor ke biji.. hahaha.. 


Ni la dia mentarang bakar tu.. macam mix kupang ngan kerang kan.. isi dalam dia pun  mcm mix kupang dan kerang gak. rasa nya pun lebihkurang sama tp lebih lembut dr kupang.. kupang kan cam liat2 sikit.. yg ni x liat.. 1 st ni makan tau...


Next kitorg beli cendol durian borhan pulak.. akak gerai mentarang tu yg bgtau cendol borhan ni lagi sedap dar cendol bakar.. dan lagi yg kitorg baru tau cendol bakar tu sebenarnya nama owner tu bakar bukan sbb ada bahan2 dlm cendol tu yg dibakar.. hahaha.. matik2 ingat ada bahan yg digunakan tu yg dibakar.. kira mcm special sikit la kot.. rupanya sama mcm cendol biasa gak.. cuma cendol bakar tu dah femes la sbb ada drive thru lagi.. hihi.. so kesimpulannya cendol durian borhan tu mmg lagi sedap..

2 makanan/minuman ni la yg rasa nak try bila pegi ke kuala selangor.. tempat jarang pegi kan, so sekali kite pegi cuba la jugak dapatkan benda yg jarang ada kat tempat lain.. ataupun org ckp makanan yg sedap dan  femes di sana..

Alhamdulillah.. happy sgt dapat jumpa kawan2 aritu.. lepas ni ntah bila la lagi dapat jumpa korang semua kan.. ada rezeki kite jumpa lagi.. nasib baik zaman skrg ni ada wassap segala kan.. so senang nak berhubung.. terasa dekat walaupun dah lama x jumpa kan...

So, pada pengantin a.k.a ED a.k.a Radin Faizah, 
Selamat Pengantin baru, 
semoga ikatan perkahwinan berkekalan sehingga ke jannah..
cepat2 dapat baby tau..
kejor kitorg yg dah beranak ramai ni..
hihi





1 comments:

Adik Baby,

Fattah Anas 5 bulan..

September 02, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Alahai.. rindunya nak tulis kat blog.. abis bersawang dah blog ni.. bizi beno lately ni.. hihi.. ala, bukan ada yg kesah pun kan kalo x berupdate.. cuma tuan blog jer la yg terasa sunyi.. bila bukak asyik la entry ebm fattah anas tu saje.. hehehe...


Alhamdulillah.. arini fattah anas genap 5 bulan.. masa 4 bln x sempat nak update, so kite update la perkembangan utk 5 bulan ni.. tadi pagi pun dah pegi check up kat klinik dan dah dapat injet utk 5 bulan.. hihi...

Alhamdulillah.. . baby fattah sihat walafiat skrg ni.. walaupun berat cuma naik 100g jer.. jadi 5.7kg @ 5 bulan.. tp syukur baby sihat, xde masalah.. tu yg penting.. tangan ibu pun xdela lenguh sbb baby ringan jer.. hihi.. ibu pekak kan jer telinga kalo org cakap anak ibu ni halus.. ringan.. x beso-beso.. hihi.. apeadehal.. anak2 ibu tiga2 org semua mmg mcm tu.. masuk 4 or 5 bulan berat maintain x mau naik2.. naik pun setakat 100~300 gram jer sebulan.. so, ibu xde la risau sgt.. memang jenis anak haluih...hihi .. berat pun dah nak masuk line kuning.. misi pun dah tegor.. tp ibu wat2 x dengar jer.. haha...  lagipun, baby masih fully breastfeed, so xde ape yg nak dirisaukan...


Perkembangan 5 bulan ni.. baby dah angkat montot.. kaki dah kuis2.. dan dah ada movement sikit.. kalo tengok bila meniarap tu dah boleh berganjak sikit.. pastu suke main ailio... ngences tak sudah.. hahaha.. (ibu x dapat makan apa la agaknye ni ye.. hihi)

Skrg ni lebih suka nak menggigit/hisap jari org dari isap jari sendiri.. tak dapat jari, tudung ke kain ke pun boleh jari bahan hisapan... hahaha.. abis basah2 tudung ibu okeh... tp xpela nak.. janji baby x nangis.. ibu redho... hahaha...

Pastu habit baby fattah skrg ni dia suka nak mengigit tek... ehh.. gigi belum tumbuh tapi bila dia gigit mak oii.. sakitnya tu di sini... hihi... betul tau, kadang sampai tengok 2,3 kali betul ke baby ni lom tumbuh gigi?? tapi apsal rasa tajam nau bila dia mengigit.. hahaha.. tp baru2 ni perasan cam gusi dia dah pecah sikit... abis la.. dah nak kuar gigi.. patut pun dia suka asah gusi skrg ni.. hiihihi..



Selain tu, baby fattah skrg ni dah start angkat badan bila didudukkan or sandarkan.. mcm kita dudukkan kat car seat kan.. so nanti dia angkat badan xnak sandar.. pastu jap g tergolek kat tepi.. hahaha... adik.. adik..

Lagi ape ekkk??? Hurmmm.. tu jer kot.. kalo ingat lain kali la ibu update.. tu pun kalo rajin la.. hiihihi... okla, nak balik dah.. x sabo nak jumpa buchuk2 ibu ni... bye...




0 comments: