Bila Kakak Excited Nak Belajar Menulis dan Mengira

September 15, 2015

Assalamualaikum

Arini dilah nak share keterujaan ibu dan anak daraku yg sorang ni bila dia dah pandai mengira dan menulis... kakak imani ni bulan november ni baru nak masuk 5 tahun. tapi dilah dah start hantar dia ke sekolah tahun lepas. so kalau ikut tahun time tu dia dah 4 thn. tp memandangkan besday dia hujung tahun, bermakna masa dia masuk sekolah tu umur dia baru 3 thn 2 bulan..

Kalau ikut umur kecik lagi. tp kalau kat rumah dia la yg paling becok dan kepoh.. hahaha.. sbb kakak imani ni petah sgt bercakap. cakap pun terang. tak mcm faris yg lagi 3 minggu nak masuk 3 thn ni pun cakap pelat lagi dan baru pandai nak buat ayat2.. 

So, bila dilah hantar si  kakak ni pegi sekolah, 3 bulan jugak dia nak adapt suasana sekolah tu tau sbb time tu dia 'kecik' lagi.. blajar pun slow sikit la.. so dilah xdela push dia sgt. just nak dia berkawan jer kat sekolah. sampai tahun ni pun dilah still tak push dia sgt utk belajar. ada masa dilah ajar.. tp lebih banyak masa dia tak nak diajar. 'menjawab' dia dah pandai.. padahal dia tak tau pun.. haha.. tp dilah still xnak push dia sgt.. time mood elok dilah ajar la dia sikit2. time mood x elok tak yah ajar, nanti dia 'menjawab' mak nye yg sakit hati.. haha


Satu hari dlm 2 minggu lepas, tetiba dilah dengar dia baca buku.. 'baca' read as sebut huruf. ok, before this mmg dia tak kenal huruf sgt. dia boleh menulis, boleh hafal tp dia tak kenal huruf sgt. so, bila dengar kakak 'baca'  buku tu, ehh.. mak is teruja ok!! terus perhati dari jauh.. pastu dtg dekat dengar dia 'baca'. pastu betulkan mana yg salah2.. banyak jugak perkataan yg dia eja. bila dilah start join dia baca, kakak pulak rasa seronok.. sampai nak tido pun dia still nak belajar lagi.. bawak buku kat ibu yg tgh nak tdo kan baby.. dia baca dekat ibu.. ajar dan betulkan mana yg salah.. alhamdulillah,. lama2 dia improve...


 Pastu dilah ajar dia menulis pulak.. eja nama dia dah pandai.. pastu eja perkataan yg simple2 pun dah boleh... bila dilah bgtau ayah wan, ayahwan pun teruja dan terkejut. sbb sblm ni kat rumah kakak mmg tak tunjuk yg dia dah boleh baca dan kenal huruf.. so bila anak dah pandai sikit mesti la mak ayah pun teruja, excited dan bangga kan.. hahaha.. maklum ler anak 1st kan...


Pastu Ibu dilah mula ajar mengira pulak.. actually, kakak yg mula Tanya ibu, soalan yg ni mmg dia dah kerap tanya.. terpikir mesti kat sekolah dia ada belajar tambah2 ni..

“ Ibu, 4 + 1 berapa?
“ Hah, cuba kakak kira sendiri”


Mula la ajar dia kira guna jari.. guna dua2 jari, dia boleh kira tp macam tak Nampak sgt.. lagi3 bila nak kira angka yg banyak mula la terkial2 tangan dia.. so dilah pun ajar kakak mengira dgn conteng kat buku.. bermula dgn 1 soalan, then dilah ajar dia jawab dgn cara tulis dot dot dan tambahkan.. ehh.. kakak rasa excited tau bila ajar mcmtu.. dia siap minta soalan lagi.. cepat jer dia mengira menambah2..


Sedar tak sedar hampir 6 muka surat dia blajar kira2 mlm tu tau.. punya la semangat.. hihi.. ibu  pun semangat bagi soalan sambal nak tidokan baby Fattah pun sanggup melayan tau..
Dari nombor yg kecil2 sampai penambahan nombor yg besar sikit.. Alhamdulillah, kakak cepat tangkap dan cepat belajar.. sungguh dilah x sangka tau, sbb sblm ni x pernah force dia utk beria2 belajar..



So weekend aritu dilah belikan dia buku baru.. buku matematik, buku suku kata.. dia memang excited sgt nak belajar skrg ni.. so ibu layan kan dan akan bantu dan ajar dgn cara yg paling mudah..

Lepas ni nak ajar kakak suku kata pulak.. yg sebutan ‘ a e I o u’ tu dia dah boleh sebut dan eja dah.. tu pun dah sibuk nak buat soalan yg suku kata yg 2 huruf tp bila sebut jd 1 huruf jer.. haha.. ehh.. korang paham x ni?? Ala.. mcm  ni la..
                a  bunyinya   ‘aaaa’
                ba bunyinya  ‘ baaa’
tapi kakak sebut ‘ba’ bunyinya ‘aaa’ jugak.. dia bunyi yg huruf belakang jer.. so, ba @ ca @da @ka semua bunyinya sama ‘aaaa’.. hahaha.. xpela.. slow2 ajar kan.. ni pun dlm 2 minggu rasa dah banyak sgt improvement yg dilah Nampak.. excited mak tau.. hihi..

okla.. nanti dilah share lagi cerita anak dara ni blaja ye.. mak yg terlebih excited ni.. hihi.. sori la dah panjang nau entry ni.. nanti2 kite sambung lagi ye..
bye


You Might Also Like

2 komen

  1. nice info.. lin mmg tengah kumpul info untuk home schooling anak2 ni... =D

    ReplyDelete
  2. Wahhh bagusnya anak akak....akak nak cepat anak membaca...ajar kaedah phonic....kalau bm guna buku bacalah anakku....dia terus ajar sebut the words...tak perlu eja2...erkk akak paham dok...hihihi

    ReplyDelete