Shopping

Gaun Muslimah Moden

October 26, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Korang perasan tak sekarang ni tengah trend pakai jubah.. Dilah sendiri pun lately suka pakai jubah.. Tak semestinya nak pakai time hari raya jer tapi pegi jemputan kahwin, pergi kerja, anual dinner pun sesuai pakai jubah moden skrg ni..  Tu sebab skrg ni dilah pun dah 'berani' pakai tau.. dah tak segan-segan lagi.. hihi..

Mana taknya, jubah sekarang ni dah moden dan lebih cantik dan menarik.. kalau dulu bila kita tengok orang pakai jubah mesti diorg ni jenis yg alim2 kan.. ustazah ke..huhu.. tapi sekarang tak lagi.. Fesyen jubah yg lebih moden dengan warna-warna yg lebih elegan ni dah mampu menarik minat ramai orang untuk memakainya.. sangat sesuai digayakan untuk pelbagai majlis..

Sekarang ni dah senang nak cari jubah yg cantik2 kan.. online pun dah banyak sangat yg jual kan.. macam2 jenama dan pattern dah skrg ni.. harga pun pastinya mampu milik kan.. kalau yg mahal2 tu memang mampu tengok jer la kan.. hahaha




Cantik tak jubah2 ni.. dah trend skrg kan jubah 2, 3 warna macam ni.. boleh tampak lebih slim bila pakai design macam ni kan.. haha.. tu yg suka tu.. 

Kalau tak suka design mcm ni boleh pilih design lain yg 1 warna jer tapi kat tangan ada corak2 sikit.. design cam bawah ni.. cantik jugak.. dilah pun ada sehelai cam ni tau.. 



Cantik kannnn korang... ada banyak lagi warna yg menarik tau.. kalau nak tengok warna-warna lain boleh tengok kat sini --> Gaun muslimah modern. Design ni semua brand Saqma Boutique tau.. jenama lain pun ada jugak..

Sekarang ni ada offer untuk item terpilih tau.. mana tau ada yg berkenan boleh la beli sekarang.. 
nah.. cepat terjah website zalora skrg.. jangan rambang mata tau.. 
^__^





0 comments:

Aktiviti bersama family,

Jalan-jalan Tanjung Piai

October 20, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Hari ni nak share sikit cerita masa cuti raya haji hari tu.. kali ni turn raya haji kat rumah mentua pulak. kat rumah MIL ni mmg simple sangat.. makanan pun yg biasa2 jer.. masak nasi impit dan  nasi.. lauk sayur masak lodeh lawan ngan sambal sotong (ma cakap malas nak wat sambal kacang) ayam goreng, dan udang galah masak lemak cili api.. hahaha.. tak nampak lauk raya sungguh kan.. tapi tu la yg makan bertambah tau..

Dalam kul 10 lebih tu ma dah tanya, kita nak pegi jalan mana arini.. Ma ni mmg jenis yg suka berjalan tau.. boring katanya kalau duduk rumah jer.. so pagi2 dah suruh anak2 siap2.. kalau keluar lambat nanti balik lambat pulak.. kejap kata nak ke simpang renggam, kejap air itam, tp plan asal ma nak pegi Tanjung Piai..(Penghujung tanah besar Asia)

Kitorg pergi 2 kete.. kitorg follow jer kete ma kat depan.. ma confirm nak gi simpang renggam.. tp tup tup bila kat simpang dia ke kanan pulak.. maknanya nak gi pontian la ni.. cuaca pagi tu agak teruk jugak jerebunya.. risau jugak nak bawak anak2 jalan2 kat luar kan.. tapi dah diorg nak pegi, kita ikut kan je la.. kalau teruk sgt duduk je dalam kete nanti.. hihi



Alhamdulillah.. sampai sana jerebu dah kurang sikit.. bau asap bakar tu xde tapi pandangan kabur la jugak bg org yg sedia rabun cam ibu dilah ni.. hahaha.. actually, ma dah penah pegi sini.. tp dia nak jugak pegi lagi..tp sayang masa kitorg pegi tu dataran dia tutup. under renovation... penat tau kitorg jalan atas titian tu sejauh lebih 600m.. tup tup tutup pulak... tp serius kat sana memang banyak berjalan tau..total round2 dlm tu ada 4km kot..hahaha.. 

Jom la layan kan sikit gambar2 yg sempat ambik aritu.. 






so.. itu jela aktiviti kitorg masa raya haji aritu.. macam tak  raya kan.. hihi..


0 comments:

Adik Baby,

Baby Fattah Anas Kencing Berdarah @ Kristal

October 13, 2015 Ibu Dilah 5 Comments

Assalamualaikum

Arini nak throwback citer 6 bulan lepas.. huawaaa.. citer dah basi baru nak update kan.. tp bagi dilah citer ni penting jugak sebagai ingatan diri sendiri dan juga mungkin rujukan kepada ibu2 yg lain yg mengalami masalah yg sama.. (actually entry ni dah lama terperam dalam draft.. dilah update sikit je lagi.. huhu)

Dilah nak citer pengalaman baby Fattah Anas kena kencing berdarah @ kristal. 1st time anak dilah kena memang cuak jugak.. lagipun masa kakak imani dan abam faris dulu diorg xde masalah langsung time dalam pantang. penyakit kuning pun x kena.. so, bila berlaku kat baby fattah anas ni, dilah sangat la risau..

Kisahnya mcm ni.. masa day 4 tu, misi klinik desa yg kat kampung tu datang rumah.. melawat cam biasa la, check dilah ok x, check baby ok tak.. time tu dia tgk baby mcm ada kuning.. memandangkan aritu ari ahad, so misi suruh pegi hospital utk amik darah.. so, tghari tu kitorg pun pegi la ke hospital besar melaka..

1st time tengok anak kena amik darah, hampir nak menangis dilah bila dengar baby fattah anas menangis.. bayangkan la baby sekecil tu kena cucuk utk diambil darahnya.. alahaiii.. sedih sangat.. walaupun time ambil tu nurse tutup ngan tirai, tp bila dengar tangisan baby tu mmg sedih sgt la.. mesti dia sakit sgt kannnn.... lepas amik darah, diorg suruh balik rumah dulu.. nanti hospital akan call utk bagitau result nya.. 

Elok lepas kitorg balik rumah, dalam kul 3 lebih gitu dilah nak salinkan pampers baby.. sekali tengok ada cam darah kat pampers baby.. area air kencing tu la.. darah tu bukan pekat, kaler cam pink2 orange sikit dan cam berlendir sikit.. apa lagi, dilah terus cakap kat ayahwan dan bunda.. cuak la kan.. x pernah2 anak kena mcm tu.. dilah amik gambar in case nak tunjuk kat doktor.. 




Then, bunda pun try tanya kazen bunda yg keje doktor.. dia cakap kalau baby girl tu biasa la.. tp baby boy cam abnormal pulak.. suruh check kat bird dia kot2 ada luka ke apa.. bila check mmg takde.. so, kitorg decided utk terus pegi hospital. pegi kat emergency tu terus..


Bila dapat jumpa doktor, bgtau la yg tadi ada amik darah utk check kuning.. pastu baby kencing berdarah.. bla..bla..bla.. then tunjuk kat doktor pic berdarah tu cam mana.. doktor cakap tu actually yg merah2 orange tu "kristal" namanya bukan darah.. dan tu normal katanya.. xde pape yg perlu dirisaukan.. tp dia cakap kalau nak tau lebih detail boleh jumpa pakar.. kalau jumpa pakar mlm tu mmg x boleh la, so kena admit dulu.. lagi2 sbb baby suspek kuning dan result darah tu x dapat lagi..


So, dengan rasa berat hati kitorg pun bagi la baby admit. kalau ikutkan dilah pun nak stay sekali tp takde bilik nursery yg kosong time tu.. urusan nak admit tu mmg lama, sampai pukul 12 tgh mlm baru settle.





ok.. serba sikit yg dilah paham pasal kristal ni.. "Kristal ni terjadi bila baby kurang air dalam badan (dehydrate). dan berat baby akan drop dengan banyak." 


Mcm kes baby fattah ni, time tu baby mmg kurang sgt menyusu.. paksa2 pun dia tak nak.. mmg la time tu susu pun masih kurang lagi.. tp baby sendiri pun jenis yg xnak menyusu sgt.. tu la yg menyebabkan badan dia dehydrate.. dan as expected, berat baby drop 10% dari berat asal masa lahir. berat lahir 2.72kg, masa admit tu berat dah drop 2.45kg.. patut la nampak anak ibu makin kecik time tu.. huhu.. kulit kering sgt, mengelupas... time nak tinggal kan tu mmg sedih sangat.. terbayang tengok baby2 yg dalam nursery tu nangis2... pastu rasa kecik2 lagi ibu terpaksa tinggal kan dia... ehhh... mmg sedih sgt la bila ingat2 balik....

Malam before balik tu, dilah perah susu utk bagi kat baby.. lagi pun time tu dilah baru start bengkak susu.. memandangkan time tu baru day 4 dan dilah belum berurut, bunda cepat2 call tukang urut minta urutkan dilah keesokkan harinya.. supaya dapat lancarkan pengaliran susu dan dilah dapat bg perah bg baby minum susu..




Keesokan harinya, dilah ngan ayahwan datang hospital time tghari.. sbb pagi tu dilah mengurut dulu.. pastu siap bawak pam sekali.. masa kitorg sampai tu mmg masa melawat, so ayahwan boleh tengok baby fattah sekali.. tp bila habis waktu melawat, ayahwan tunggu kat kereta sementara dilah pulak stay kat nursery tu.. ibu mmg dibenarkan stay kat nursery kat bilik penunggu dr pagi sampai 10mlm. 



Sepanjang waktu melawat tu puas la dilah paksa baby fattah menyusu tp dia  tak nak.. lepas sejam mcm tu baru dia menyusu.. tu pun dlm 20 minit mcm tu tp main2... kulit masih byk yg mengelupas.. pastu mata asyik bertahi mata jer.. baru lepas bersih kan, jap lagi bertahi mata balik.. cian baby..

Lepas letak baby kat tempat dia, dilah pam susu pulak... oh ye.. malam tu baby fattah kena letak di bawah lampu biru tu sebab kuning.. guna 1 lampu.. tp mlm kedua kena pakai 3 lampu sbb bacaan tinggi.. 

Disebabkan kuning baby meningkat, so baby x boleh balik.. so, kena la stay 1 mlm lagi kat hospital.. dan ayahwan pulak terpaksa balik jb mlm tu sbb dah keje.. malam tu dilah pam lagi 2x.. alhamdulillah.. dapat jugak bekalan utk keesokan harinya.. 



2nd day, bunda pulak yg hantar dilah pegi hospital. bawak abg dan kakak sekali sbb xde sapa nak jaga kat rumah.. walaupun pegi pagi tapi dekat tghari jugak baru dpt keputusan.. alhamdulillah, baby fattah anas boleh discharge.. bacaan kuning dah turun.. so, disebabkan baby dah boleh discharge, bunda pun tak jadi la nak balik rumah dulu.. 

Nak dijadikan cite, hari tu ada 11 org baby yg boleh discharge.. so proses nak discharge tu jadi lambat dan lama sgt.. kena  tunggu turn... dilah ni ok la lagi sbb boleh stay kat bilik menyusu kat nursery.. tp kesian kat bunda ngan anak2 tunggu lama kat bawah.. anak2 sampai dah boring2.. dah tetido2 kat kusi.. ada sekali tu dilah turun bawah nak temankan anak2 sbb bunda nak g solat. abam tido, pastu kakak pulak nak buang air.. so dilah terpaksa minta tolong org jaga kan abam yg tgh tido tu sementara dilah bwk kakak pegi toilet. nasib baik la tmpt tu mmg ramai org dan betul2 depan kaunter.. dilah tawakal jer la.. 



Pastu urusan nak bayar2 bil semua dilah yg uruskan  sendiri.. naik turun bangunan.. dah la baru 5 hari bersalin time tu.. bunda lak tgh jaga anak2 yg tgh tido.. mmg kena kuatkan jela diri jalan terkepit2 ke sana sini.. tunggu punya tunggu dekat magrib jugak baru boleh discharge. time nak kuar nursery tu tup2 bunda ada kat depan pintu. nak tolong angkat baby.. kalo tak dilah nak turun bawah tu dgn bawak baby, ngan bawak beg 2, 3 beg kanan kiri.. bayangkan jer la.. anak2 pulak bunda tinggal jap dlm kete betul2 kat lobi, time tu anak2 tgh tido. 

Time tu rasa mcm nak nangis sgt tau..  rasa kesian kat anak2, kat diri sendiri jugak.. dan yg penting sekali kesian kat bunda terpaksa melayan kerenah  2 beradik tu.. tp nasib baik la bunda ada utk tolong dilah, kalau x tak tau la nak cakap apa.. sob..sob... besarnya pengorbanan mak kan.. anak dah besar dan bersalin pun masih dijaga lagi... 

Alhamdulillah, baby fattah anas cuma kena tahan wad 2 mlm jer.. lepas dari tu 'kuning' dia terus turun. keesokan harinya masa dilah berurut, tukang urut tu cakap peranakan dilah turun.. padahal hari sebelum tu dah ok dah kat tempat dia.. tp disebabkan dilah banyak bergerak dan ulang alik hospital, angkat berat sikit2.. tu yg peranakan jatuh balik.. so dia naikkan balik.. alhamdulillah, lepas dari tu baby pun dah banyak menyusu masa dalam pantang tu..

Tapi baby Fattah Anas ni bukan jenis yg ngempeng tau.. dia menyusu dalam 5-10 minit, pastu dah.. terus lepas.. bila dilah dah start keje, kat rumah babysitter pun  dia minum susu sikit jer.. 2 or 3 botol x 2.5 oz or 3oz.. kadang2 1 botol jer.. tu masa 2 ~ 4 bulan la... skrg ni dia minum 3 or 4 botol x 3.5/4oz. 

So, memandangkan fattah ni malam x ngempeng dan siang pun minum sikit.. so masa dia 3months ++ terjadi la lagi sekali  'kristal'. kejadian tu berlaku pd hari kerja (hari khamis) dan baby mmg minum 1 botol jer hari tu.. ari jumaat tu ada sekali lagi.. tp bila weekend dah takde dah.. sbb weekend dilah kerapkan bf fattah.. walaupun dia x ngempeng, tp dilah kerap paksa dia menyusu.. dan pastinya time tu berat baby turun sikit..

Bila monthly check up tu dilah bgtau la kat doktor, dia cakap takde apa yg perlu di risaukan.. sbb baby fully breastfeed. 'kristal ni biasanya terjadi pada baby yg fully breastfeed tapi masih kurang air dalam badan. dan akan menyebabkan berat turun (sbb kurang air @ dehydrate).  kalau baby yg dah minum fm tu, dalam badan dia dah ada air yg biasa, sbb nak bancuh fm tu kan dgn air kosong kan..

Last week ada follow up check up kat hospital melaka @ 6 months.. so far, baby ok dan boleh close case kat hospital melaka.. just check up biasa kat kk je mcm biasa dan monitor berat baby.. sebab berat baby dah nak masuk line kuning.. huhu.. 6 bulan berat baru 6 kg.. hahaha.. tp dilah tak risau dan pelik sgt sbb mmg anak dilah semuanya mcm tu.. masuk 4, 5 bulan berat dah x naik sgt.. naik 100 or 200 gram jer.. semua ikut genetik ayah wan ler tu, kurus tinggi.. hihi

So.. begitu la citer nya pasal baby Fattah Anas yg kena warded sebab 'kuning' dan "kencing berdarah".

Alhamdulillah.. lepas dari tu baby Fattah Anas sentiasa sihat. cuma pernah demam sekali je, tu pun sbb berjangkit ngan abg dan kakak yg demam time tu.. so far xde batuk2 dan selsema yg teruk.. just sekali dua je batuk2 yg light2 jer.. mudah2an baby fattah anas terus membesar dgn sihat.. aminnn..



5 comments:

Adik Baby,

First Solid Food for Baby Fattah Anas

October 09, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Hari Jumaat last week baby Fattah Anas genap 6 bulan.. so ibu dilah sangat excited nak bagi baby fattah solid food.. Mau nya x excited, tengok baby fattah tu kalau org makan bukan main lagi.. mata terbeliak2... tangan terkapai2.. mulut bising2 minta org makan.. tapi xde sapa layan.. hahaha


So, hari sabtu tu dilah start buat bubur kosong untuk baby fattah anas.. time tu kat rumah bunda.. buat bubur kosong pastu blend halus.. start bagi makan tengahari.. 2 oz bubur + breastmilk habis licin baby fattah makan tau.. 

Time mula2 bagi tu xde pulak dia buat muka pelik2.. dah bagi tu pastu dia nak lagi dan lagi.. bila lambat dia bunyi.. pastu kadang sudu lom sampai mulut, dia dah tunduk dulu.. hahaha.. tu yg makan sampai muka nak masuk dalam mangkuk gayanya.. hahaha


Tak sampai 15 minit habis licin dia makan tau.. kalau ikut dia laju je nak makan, tp dilah pulak yg kesian kalo bagi non-stop.. takut dia tersedak pulak nanti.. ptg tu dia makan lagi 2oz + breastmilk. 3 hari berturut2 makan mcm tu.. so far tengok baby takde masalah..

Hari ke-4, dilah try tambah carrot pulak.. dan jugak olive oil.. fattah anas ni kan ringan jer.. so doktor pun advice utk letak minyak sikit dalam bubur dia..untuk tambah berat badan dia.. bagi lemak sikit.. hope berat baby meningkat la lepas ni.. kalau tak habis kena bebel ngan nurse lagi nanti.. sebab berat baby dah masuk line kuning.. 6 bulan beratnya baru 6kg jer.. huhu.. halus sgt budak tecik ni tau.. hihi


Hari Selasa aritu 1st day bagi baby makan kat rumah babysitter. 1st day yg letak carrot tu jugak la.. dilah bekalkan 2 bekas bubur carrot. 1 bekas tu dalam 2.5~3 oz kalau tak silap.. habis semuanya.. cuma bekas ke2 tu tinggal sikit jer.. ari rabu pun sama.. smlm bagi 3 bekas pulak.. actually 3 bekas tu sebab bila dah blend bubur ada lebih, syg nak buang.. so bawak kan je la.. habis jugak.. 

Alhamdulillah.. anak ibu pandai makan bubur..  kalau abg ngan  kakak dulu masa awal2 tu xnak makan sangat.. tp baby fattah ni laju jer makan.. ni yg watkan ibu excited nak masak utk baby.. pasni nak bagi puree pulak.. weekend ni boleh cari buah apple ke pear or avocado.. yg penting try satu-satu kan...

Mudah-mudahan selera baby fattah sentiasa ada.. baru la ibu berterusan rajin nak buat homemade solid food untuk baby fattah anas..
bye..

0 comments:

Anak-anak,

Happy birthday Abam Faris Zakwan

October 08, 2015 Ibu Dilah 4 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. semalam 7 okt 2015 genap usia anak bujang ibu, Faris Zakwan tu 3 tahun.. kejap jer kan dah 3 tahun.. skrg dah beradik dah si abam faris ni... dulu dia la yg paling kecik.. skrg dia la yg tukang buli adik...

Bila dah besar ni dah jarang update perkembangan anak kan.. kalo dulu time baby2 tiap2 bulan ada entry perkembangan anak.. hahaha.. tak larat ibu nak update tiap2 bulan.. maklum la dah 3 org anak kan.. 


Ehh.. kalau korang nak tau, blog ni pun dah masuk 3 thn la maknanya.. sebab dulu dilah mula2 create blog ni awal tahun 2012, time tu before tau pregnant kan faris ni la.. sempat 1 entry je kot.. pastu xde mood dah nak berblogging.. then, bila dah dekat2 nak bersalin baru ada mood balik nak berblog ni.. mula rajin wat entry sbb nak share perkembangan anak dan breastfeeding.. hihi

ok.. back to topic.. perkembangan abam faris bila dah 3 tahun ni

- dah boleh kira 1 sampai 10.. abc belum pandai lagi. kalau kita ajar dia nak ikut..

- sangat kuat makan.. sentiasa  je berselera budak ni tau.. kadang tgh malam org dah tido pun dia boleh kejut minta bukak kan bekas biskut la.. nak makan itu la.. ini la..

- susah nak tido malam.
ni masalah paling kronik sekali.. menurun dari dilah kot yg susah tido malam.. hahaha.. faris ni mmg susah tido malam.. paling awal dia tido pun pukul 2 pagi kot.. kalau tak pukul 4, 5 pagi baru tido.. dan kadang2 langsung tak tido.. huawaa... kronik betul kan.. dia tak tido sampai hantar rumah babysitter tu masih berjaga lagi.. apa yg dia buat?? dia tengok tv, makan, main.. memang rumah akan bersepah sgt2 bila bangun pagi tu.. pitam mak ko ni nakkk..

tapi kalau dia tak dapat tgk tv atas sebab2 tertentu, dia takut ada cite hantu ke.. dia nampak cicak jalan kat lantai ke.. dia akan ikut baring kat dalam bilik.. tapiiii dia akan kacau org yg tengah tido... dia tendang la.. dia gigit kakak la.. nak sayang2 dan usik baby la.. mak nye ni toksah cakap la.. tido pun serupa mcm tak tido sbb terpaksa melayan dia.. 

- sangat kuat menyakat
kuat buli adik dan kakak.. kepala baby tu selamber2 dia je tolak2.. kadang2 dia tutup mulut baby.. memang tak boleh tinggal berdua je diorg ni.. ngan kakak pun sama.. datang angin dia asyik nak kacau kakak jer tau..

- kuat berak dan kencing
hahaha.. kalo dah kuat makan confirm la kuat berak kan.. sistem pelawasan dia sangat bagus tau.. tu yg ibu dia ni pening mcm mana nak potty train dia nanti.. huhu

- Dah pandai cakap tapi pelat
Abam faris ni kategori lambat bercakap.. tapi alhamdulillah, skrg ni dia dah pandai cakap tapi masih pelat lagi.. kadang2 ibu pun x paham apa dia cakap.. kena ulang 2, 3 kali dan  tanya dia baru boleh paham apa dia cakap... tapi dilah suka dengar budak2 yg baru belajar cakap ni.. mcm comel jer kan..

Lagi apa ye?? yg lain tu biasa2 kot.. ni yg paling ketara sangat perangai dia skrg ni..




So hari ahad lepas dah celebrate in advance besday faris ngan family dilah kat melaka.. celebrate besday bulan 10 sekali.. nanti dilah share kat entry lain..

Hadiah pun faris dah tuntut kat ayah wan.. dia asyik minta robot yg boleh tukar jadi kereta tu je.. mcm transformers dan robocar poli.. dan terbaru dia terpengaruh ngan citer TOBOT kat astro ceria tu.. dia nak TOBOT X tapi tobot tu susah nak jumpa org jual skrg ni.. aritu ada jumpa sekali tp TOBOT tu xleh transform jadi kete pulak.. So suruh dia pilih sendiri hadiah robot yg seakan2 TOBOT tu.. 


OK la.. ucapan untuk anak bujang ibu..
Semoga faris zakwan menjadi anak yg soleh, beriman, berbudi pekerti mulia, bijak, menghormati org tua dan ibu bapa.. semoga terus membesar dengan sihat. semoga berjaya di dunia dan akhirat..
dan semua yg baik2 untuk anak ibu..
Ibu sayang abang sangat2 tauuu...




4 comments:

Adik Baby,

Fattah Anas Genap 6 bulan

October 02, 2015 Ibu Dilah 2 Comments

Assalamualaikum


Alhamdulillah.. hari ni 2 oktober, baby Fattah Anas genap usianya 6 bulan.. kejap nya masa berlalu kan.. lagi2 bila anak dah 3 org ni, rasa cepat jer masa berjalan.. kalau anak sorg banyak masa nak belek anak tu lama2 kan.. tapi bila anak dah ramai, keje makin banyak.. tau2 bila dah pukul 9 lebih baru perasan yg arini belum sempat bermain dan layan2 baby sangat. nasib la masih fully breastfeed lagi.. walau x sempat nak melayan main2 masih ada bonding time masa menyusu kan.. kalo x, lagi la sedih.. hoho


Share sikit perkembangan terkini baby Fattah Anas
- masih meniarap lagi, belum maju tapi asyik undur jer.. hahaha.. 
- dah pusing2 360 degree..
- bontot dah angkat tinggi
- dah pandai ikut gaya mulut kita.. buat memek muka..hihi

apa lagi ekkk?? hurmmm.. tetiba lupa pulak.. hahaha.. nanti kalau ingat nanti update balik la..


Bila dah 6 bulan ni mesti la mak2 berkobar nak introduce solid food kat baby kan.. lagi2 bila tengok fattah anas punya excited bila tengok makanan.. bila tengok ibu suap makan kat abg ngan kakak, mata dia bukan main bulat, tangan menggapai2 macam nak minta jugak.. lagi kronik bila ibu dilah tengah pangku dia, abis dia nak capai tangan kita atau nak ditepis2 pinggan tu.. sabar jer la...

So.. ibu pun excited nak bagi baby makan.. siap beli barang2 sikit.. storage utk puree dan juga bib.. esok kita boleh try bagi baby makan ye.. start dengan bubur plain dulu.. pastu baru bagi boleh buat puree2 yg lain... hihi


Tak sabar rasanya.. hihi.. mak pulak yg over excited ni.. hihi.. tp based on my experience, anak2 dilah ni masa baby bukan jenis yg pemakan.. beria la ibu nya ni buatkan bubur dan puree.. makan pun sikit2 jer.. tp bila dah setahun setengah ke atas baru  la  beria makan tau.. sampai sekarang abg dan kakak tu dah jadi pemakan.. kalau suap dua org sampai bertambah2 tau.. kalau order 2 set makanan utk diorg 1 set ibu 1 set.. ibu dapat makan sikit jer.. budak2 makan banyak.. alhamdulillah la.. xde masalah anak tak nak makan..


Adik baby, please makan banyak ye nanti.. hehe..


2 comments: