Happy birthday Abam Faris Zakwan

October 08, 2015

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. semalam 7 okt 2015 genap usia anak bujang ibu, Faris Zakwan tu 3 tahun.. kejap jer kan dah 3 tahun.. skrg dah beradik dah si abam faris ni... dulu dia la yg paling kecik.. skrg dia la yg tukang buli adik...

Bila dah besar ni dah jarang update perkembangan anak kan.. kalo dulu time baby2 tiap2 bulan ada entry perkembangan anak.. hahaha.. tak larat ibu nak update tiap2 bulan.. maklum la dah 3 org anak kan.. 


Ehh.. kalau korang nak tau, blog ni pun dah masuk 3 thn la maknanya.. sebab dulu dilah mula2 create blog ni awal tahun 2012, time tu before tau pregnant kan faris ni la.. sempat 1 entry je kot.. pastu xde mood dah nak berblogging.. then, bila dah dekat2 nak bersalin baru ada mood balik nak berblog ni.. mula rajin wat entry sbb nak share perkembangan anak dan breastfeeding.. hihi

ok.. back to topic.. perkembangan abam faris bila dah 3 tahun ni

- dah boleh kira 1 sampai 10.. abc belum pandai lagi. kalau kita ajar dia nak ikut..

- sangat kuat makan.. sentiasa  je berselera budak ni tau.. kadang tgh malam org dah tido pun dia boleh kejut minta bukak kan bekas biskut la.. nak makan itu la.. ini la..

- susah nak tido malam.
ni masalah paling kronik sekali.. menurun dari dilah kot yg susah tido malam.. hahaha.. faris ni mmg susah tido malam.. paling awal dia tido pun pukul 2 pagi kot.. kalau tak pukul 4, 5 pagi baru tido.. dan kadang2 langsung tak tido.. huawaa... kronik betul kan.. dia tak tido sampai hantar rumah babysitter tu masih berjaga lagi.. apa yg dia buat?? dia tengok tv, makan, main.. memang rumah akan bersepah sgt2 bila bangun pagi tu.. pitam mak ko ni nakkk..

tapi kalau dia tak dapat tgk tv atas sebab2 tertentu, dia takut ada cite hantu ke.. dia nampak cicak jalan kat lantai ke.. dia akan ikut baring kat dalam bilik.. tapiiii dia akan kacau org yg tengah tido... dia tendang la.. dia gigit kakak la.. nak sayang2 dan usik baby la.. mak nye ni toksah cakap la.. tido pun serupa mcm tak tido sbb terpaksa melayan dia.. 

- sangat kuat menyakat
kuat buli adik dan kakak.. kepala baby tu selamber2 dia je tolak2.. kadang2 dia tutup mulut baby.. memang tak boleh tinggal berdua je diorg ni.. ngan kakak pun sama.. datang angin dia asyik nak kacau kakak jer tau..

- kuat berak dan kencing
hahaha.. kalo dah kuat makan confirm la kuat berak kan.. sistem pelawasan dia sangat bagus tau.. tu yg ibu dia ni pening mcm mana nak potty train dia nanti.. huhu

- Dah pandai cakap tapi pelat
Abam faris ni kategori lambat bercakap.. tapi alhamdulillah, skrg ni dia dah pandai cakap tapi masih pelat lagi.. kadang2 ibu pun x paham apa dia cakap.. kena ulang 2, 3 kali dan  tanya dia baru boleh paham apa dia cakap... tapi dilah suka dengar budak2 yg baru belajar cakap ni.. mcm comel jer kan..

Lagi apa ye?? yg lain tu biasa2 kot.. ni yg paling ketara sangat perangai dia skrg ni..




So hari ahad lepas dah celebrate in advance besday faris ngan family dilah kat melaka.. celebrate besday bulan 10 sekali.. nanti dilah share kat entry lain..

Hadiah pun faris dah tuntut kat ayah wan.. dia asyik minta robot yg boleh tukar jadi kereta tu je.. mcm transformers dan robocar poli.. dan terbaru dia terpengaruh ngan citer TOBOT kat astro ceria tu.. dia nak TOBOT X tapi tobot tu susah nak jumpa org jual skrg ni.. aritu ada jumpa sekali tp TOBOT tu xleh transform jadi kete pulak.. So suruh dia pilih sendiri hadiah robot yg seakan2 TOBOT tu.. 


OK la.. ucapan untuk anak bujang ibu..
Semoga faris zakwan menjadi anak yg soleh, beriman, berbudi pekerti mulia, bijak, menghormati org tua dan ibu bapa.. semoga terus membesar dengan sihat. semoga berjaya di dunia dan akhirat..
dan semua yg baik2 untuk anak ibu..
Ibu sayang abang sangat2 tauuu...




You Might Also Like

4 komen

  1. anak2 mmg cepat besar kan. mulaa laa rindu masa dia baby dulu. hepi besday abang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak amy.. tula, rindu zaman faris ni kecik2.. nasib skrg ada adik baby.. so x terasa la sgt kan.. dapat la bayangkan time abang tu kecik mcmana.. hihi

      Delete