Short Vacation :: Swiss-Garden Beach Resort Kuantan - Day 1

November 11, 2015

Assalamualaikum

Weekend 2 minggu lepas kitorg sempat pergi short vacation ke Kuantan Pahang.. Nak kata unplanned pun boleh jugak sebab tempat penginapan baru confirm sehari sebelum pergi.. date nak pegi pun last minit confirm sebab setiap minggu kitorg bizi je.. lagi2 2 minggu lepas ayah wan baru pegi out station ke taiwan seminggu.. so memang pening nak confirmkan date tu..

Kalau tak silap, ni merupakan percutian pertama kitorg untuk tahun ni.. hahaha.. sadis betul kan.. dah hujung tahun baru dapat gi bercuti ngan family.. so kira 1st holiday untuk baby fattah anas jugak la ni.. time merdeka aritu ada jugak berjalan ke sabak bernam, tp tu sebab nak attend wedding kawan dilah. Lepas majlis terus balik Melaka.. so kali ni baru betul2 rasa pegi bercuti la.. hihi

Tempat penginapan kami adalah di Swiss-Garden Beach Resort Kuantan. Actually, kitorg dapat voucher penginapan free di Swiss Garden ni.. expired betul2 2 november 2015.. tu yg last minit confirm nak pegi sbb kalau tak sayang voucher tu burn je kan.. tambahan pulak kitorg belum bercuti ke mana2 lagi tahun ni, so kira ambil peluang sekali la ni..

Ok.. dilah akan share kos perbelanjaan kitorg dari JB- ke Kuantan, review tempat makan dan resort ni sekali ok.. tapi bukan dalam 1 entry la...

Day 1 (31 Oct 2015)
- Kitorg bergerak dari Skudai tepat jam 10 pagi.. ngam2 masuk tol skudai tu 10 pagi.

- Perjalanan ke Kuantan mengambil masa 6 jam.

- Laluan
  Highway PLUS à Exit Yong Peng Selatan à Segamat à Muadzam à Rompin à Pekan à Kuantan

- Tepat jam 4 petang sampai ke Resort



Perjalanan yg jauh dengan bawa anak2 kecil memang sgt2 mencabar.. anak2 cepat boring.. dah tido, bangun tdo balik pun tak sampai2  lagi ke destinasi.. so memang kena tabah la mengadap ragam anak2.. gaduh baik, nak itu nak ini.. mcm2 oii ragam budak2 ni.. dgn baby lagi.. huhu



Masa nak register dan ambil kunci bilik sangat kejap.. kebetulan org pun tak ramai.. so kejap je la urusan amik kunci tu.. bila diberitahu yg bilik kitorg kat ground floor, dilah dah seronok dah.. mesti dekat ngan pool.. dan memang betul2 menghadap pool..wahhhh.. best nyeeee... hihi 



Awal2 tu kitorg lepak2 je kat dalam bilik.. ayah wan rehat2 tido kejap.. anak2 tak sabar nak masuk swimming pool sebab pool tu betul2 depan bilik kitorg.. hahaha.. memang syok arrr... sampai penat dengar budak2 ni berzikir cakap nak mandi.. nak mandi pool.. bertabah la nakkk.. hahaha..





Lewat petang dalam 6.30 petang ayah wan bawak anak2 jalan kat tepi pantai tapi baby Fattah Anas baru tido pulak.. tak dapat dilah nak  join sekali.. kalau tak dapat tengok matahari terbenam.. huhu..

Lepas magrib, kitorg siap2 nak keluar makan.. nama pun tepi pantai kan.. so memang banyak sangat restoren seafood.. dalam lingkungan 2 km dari resort ni boleh dianggarkan ada dalam 10 buah restoren seafood.. ntah2 lebih.. dilah tak kira betul2.. tapi kena pandai pilih tempat.. tempat makan 1st day kitorg tu memang sedap sangat. Tapi yg 2nd nite tu biasa2 jer..


Ok.. untuk dinner Day 1 kitorg makan di SARA THAI KITCHEN. Tempat makan ni sangat best.. tempat cantik dan luas, makanan sedap sangat dan service pun tip top, sangat cepat walaupun ramai org. Very recommended tau.. nanti dilah wat 1 entry untuk SARA THAI KITCHEN ni ye.. 

Malam tu anak2 tido awal sikit.. tido la berhimpit2 5 org atas 1 katil.. hahaha.. xpe, semua halus2, memang muat katil queen tu.. tapi kalau anak2 dah besar sikit nanti kena tambah extra bed la kalau pilih bilik mcm ni..

Ok.. tu cerita untuk 1st day.. nanti sambung 2nd day pulak ye.. byk gambar masa 2nd day ni.. huhu






You Might Also Like

4 komen

  1. bawak anak-anak kecil gi bercuti memang meletihkan..tapi seronok kannn layan gelagat diaorang..:)

    ReplyDelete
  2. bwk budak kecik kalau jln jauh mmg mcm tu la, tido, celik, tido, celik balik tak sampai2..
    sy pun begitu..sabor jela..

    ReplyDelete
  3. Sara thai kitchen ni akk pnh makan 2x ms g kuantan...memang sedap..best...

    ReplyDelete