Solid Food for Fattah Anas (6 months old) - Ceritera Ibu

Solid Food for Fattah Anas (6 months old)

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. bujang kecik dilah si Fattah Anas tu dah nak masuk 7 bulan setengah dah skrg ni.. bermula usia 6 bulan aritu, ibu dilah dah perkenalkan makanan pejal kepada baby fattah anas.. dan yg seronoknya baby fattah anas pandai dan suka makan.. 

Berbanding dengan kakak dan abg dia dulu, masa awal2 usia 6 bulan tu ibu bagi diorg makan, diorg memang refuse.. memang strunggle la bila nak bagi makan kat diorg.. sampai usia diorg  8 bulan gitu baru betul2 nak makan.. tu  pun kadang2 main2 jugak.. Memang berbeza sangat dengan fattah anas ni.. memang fattah anas ni jenis yg pemakan.. hope sampai ke besar la dia mcm ni..

Bila anak nak makan, secara automatiknya ibu pun lagi bersemangat nak bagi anak makan kan.. yg lagi penting nak masak sendiri makanan untuk anak2.. bukan makan yg instant or ready made.. semuanya homemade untuk anak tersayang...

Sekarang ni sehari fattah anas makan 3 kali. breakfast, lunch dan dinner.. makanan yg dilah bawakkan sama ada sama jer untuk sehari tu atau pun campur2.. dilah memang bekalkan 3 bekas terus pada babysitter.. so bila nak makan boleh terus panaskan je 1 bekas tu..

Biasanya dilah bekalkan bubur ke rumah babysitter.. bubur tu dilah masak tiap2 hari tapi time malam.. bukan pagi.. sebab pagi takut kelam kabut pulak.. so, malam tu dilah siapkan bekalan untuk keesokkan hari.. puri labu dan sweet potato biasa dilah buat lebih sikit untuk simpan.. kalau yg lain2 tu biasa buat untuk cukup2 jer..

Makanan kegemaran fattah anas, labu dan sweet potato.. yg ni paling laju dia makan.. tapi kalau yg lain pun laju jugak dia makan.. hihi.. dan biasanya dilah sediakan makanan tu pekat sikit.. tapi bila nak makan tu baru panaskan dan tambah sikit air untuk bagi cair sikit..

Oh ya.. dilah ikut 4 days rule tu ye.. try bagi makan 1 jenis tu 4 hari.. pastu try mix kan dengan makanan lain yg  dah pass.. kalau ok, baby xde masalah boleh la teruskan.. kalau tak ok stop la dulu.. so far semua jenis makanan yg dilah dah try ni semua nya dah pass dah..

 Ni antara makanan fattah anas masa usia 6 bulan..  













Nak share sikit tips makanan anak time travel. masa pergi bercuti aritu dilah just bagi baby fattah anas makan pisang sahaja.. nak bawak makanan dan masak2 leceh kan.. so on the way gi kuantan tu singgah beli pisang.. breakfast makan sebiji pisang.. untuk lunch dan dinner makan 2 biji pisang.. makan pisang shj tu pun bukan main laju lagi.. hihi..


So far ni je la yg sempat snap picture.. ada lagi beberapa menu lain yg dilah bagi tapi tak ambil gambar pun.. bukan nya sentiasa rajin nak amik gambar.. haha.. 


No comments