Cerita ibu

Memori sepanjang 2015

December 31, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Hari ni last day dalam tahun 2015.. so nak throwback la sikit memori2 yg telah dicipta dalam tahun ni.. hihi.. ala, semuanya tinggal kenangan kan.. tp kenangan tu la yg selalu kita ingat, semua tu takkan mungkin boleh diulang kembali kan.. hihi..


Mac 2015
Kakak imani warded kat KPJ 4 hari  sebab demam.. time ni ibu dilah tengah preggy 36 weeks kalo tak silap.. bermalam la kat spital jaga kakak yg demam..

Hujung Mac, adik dilah yg betul2 bawah dilah ni kawen.. time ni tgh sarat preggy 38wks++. tengah tunggu hari, tapi sibuk ke sana sini tolong majlis kawen adik ni.. hihi


April 2015
Alhamdulillah, 2 April 2015 dilah selamat bersalin anak ketiga, Fattah Anas, baby boy seberat 2.72kg secara normal.. segala proses dipermudahkan.. dari start rasa sakit sampai bersalin tak sampai 3 jam.. masa sampai hospital dah FULL..tak sampai 5 minit masuk labour room dah beranak.. ayah wan pun x sempat nak tengok dilah bersalin.. memang sangat2 cepat.. tak mungkin dapat lupa... hihi
Pastu berpantang kat Melaka hampir 2 minggu..


Julai 2015
Raya tahun ni dah berlima dah.. keluarga semakin berkembang..hihi..alhamdulillah..


November 2015
Percutian family kecik kami di Swiss Garden Beach Resort Kuantan.


Disember 2015
Anniversary perkahwinan kami yg ke 6 tahun dan birthday tuan blog ke 32 tahun.. huhu..
Dapat buat full settlement untuk loan kereta 8 bulan lebih awal.. horeyy... dah jadi hak milik sendiri dah skrg..
Kete kesayangan terlanggar pintu pagar rumah.. cian dia.. hihi

Alhamdulillah... secara keseluruhannya, kehidupan kami sekeluarga sepanjang tahun 2015 ni berjalan lancar dan happy2 belaka.. ada juga dugaan2 sikit tapi dapat diatasi dengan baik..  

Dilah target tahun depan dapat langsaikan hutang PTPTN pulak.. nak buat full settlement.. dan jangan buat hutang baru.. hihi.. kalau PTPTN habis bayar nanti tinggal hutang rumah jer la yg tinggal.. sbb tu atas nama dilah walaupun yg bayar lebih tu ayah wan.. hihi.. 

Tahun 2016 pastinya tahun yg lebih mencabar.. dengan keadaan negara kita yg teruk skrg ni.. hope tahun depan kita boleh lebih berjimat dan mampu mengharungi segala cabaran dengan kuat dan tabah.. semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahan segala urusan dalam kehidupan kita.. Aminnn

Selamat Tinggal 2015 !!!!



0 comments:

Babywearing,

Babywearing : Dilema nak bertukar dari Wrap kpd SSC

December 29, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Hajat dihati dah lama nak beli SSC (soft structured carrier) untuk menggantikan wrap yg skrg ni.. tapi sampai sekarang tak terbeli2 lagi.. 

Dari baby fattah anas umur sebulan stgh lagi dilah dah berbabywearing.. tu pun beli yg preloved.. ngam2 sehari sebelum bersalin dilah beli dari sorg member kat jb ni.. so bila habis pantang je bila dapat keluar rumah dilah join stb (selat tebrau babywearers) skudai punya gathering.. sbb nak belajar wrap baby betul2.. walaupun sblm ni penah join bengkel babywearing tp time tu xde baby lagi.. so bila dah ada baby nak la test betul2 dulu, baru confiden nak keluar nanti.. hihi

Sejak tu memang dah jatuh cinta betul2 ngan babywearing ni.. lagi2 anak dah 3 org kan.. dgn aktif dan lincahnya si kakak dan abang tu.. so mmg tak kuasa la nak bawak stroller bila keluar berjalan.. leceh nak jaga budak2, nak pegang stroller.. bila pakai wrap ni mmg senang la nak handle budak ber3 tu.. kadang tu, dilah dah bw baby, pastu siap boleh berlari kejar2 si abam lagi tau.. kalau pakai stroller tu mmg dah kelam kabut nak mengejor.. hahaha.. thats why dilah suka sgt berbw ni.. mmg flexible sgt la..


Tapi dalam byk2 jenis carrier, rasanya wrap yg paling leceh.. sebab nak kena tebar kain tu lagi.. kena amik masa sikit bila nak pakai.. biasanya dilah pakai bila keluar kete tu terus la tebar kain wrap tu.. hahaha.. memandangkan baby fattah anas ni kecik jer, so sampai skrg ni pun masih sesuai lagi nak berwrap.. dan baby sgt selesa.. cuma nya dilah dah start malas nak menebar.. hahaha.. kalau nak suruh ayah wan lagi la dia tak nak pakai wrap tu..

Actually, dilah dah plan nak bertukar kpd SSC dari umur baby fattah anas 4 bulan lagi.. survey dah banyak kali dah.. hahaha.. bajet lak tak nak la beli yg mahal2 sbb ni pun anak ke3 kan.. tapi survey jer la, beli nye idok jugak.. hahaha.. sbb time tu masih rajin lagi nak berwrapping.. 

Dalam nak tak nak tak tu sedar2 baby fattah anas dah nak masuk 9 bulan dah weekend ni.. hahaha.. Lama nau men'survey' nye tu sampai 5 bulan ko.. hahaha.. dan dlm seminggu 2 ni tetiba memang terasa malas betul nak bw fattah anas sbb malas nak tebar kain.. haha.. kalau dah malas tu mmg baby kena pass kat ayah wan la, ibu malas nak dukung2 biasa ni..

So dengan ini menguatkan la lagi semangat nak beli ssc.. tambahan pulak hujung tahun ni ada YEAR END SALE kan.. pastu pulak dpt bonus dr ayah wan.. hihihi.. (duit bonus sendiri wat bayar hutang). so, ala2 nak me'reward' diri sendiri la ni, so nak beli apa yg dihajati.. hahaha.. 

Maklum la, org lain anniversary husband bagi hadiah, besday husband bagi hadiah.. tp kite ni dah husband x bagi pape pun.. dah la date penting tu bulan 12 ni.. sobsobsob.. tp alhamdulillah, walaupun dia x bagi secara direct sbg hadiah, tp bila bonus tu dia tetap bagi dilah jugak sikit.. so duit tu la sbg hadiah, pandai2 la dilah nak beli apa.. hihi.. Sbb ayah wan tu bukan yg jenis romantik dan pandai bagi2 hadiah.. ehh.. kalau nak tau, anniversary aritu pun dia lupa tau.. tak ingat langsung.. yg besday pun sama.. siap silap tarikh lagi.. hahah.. nasib la dapat laki yg jenis tak ingat tarikh2 penting ni.. huhu


gambar google


So, berbaki 5 hari lagi untuk berakhirnya Year End Sale ni.. mari la survey gila2 untuk mencari SSC.. mula2 ingat nak beli yg murah2 jer.. andrea or cuddle me jer.. harga pun tak sampai 2 ratus.. Yg atas ni jenis andrea.. skrg ada offer boleh dpt RM175.. kalau ikutkan, yg ni pun dah ok dah.. hihi

Tp alang2 nak beli ingat nak up sikit la, so dapat yg lebih berkualiti sikit kan.. so up kan bajet dlm RM300 pulak.. tp range harga tu tak banyak pilihan pulak.. dan stok yg ada pun tak berkenan di hati.. yg cantik2 dan lebih selesa lagi dah tentu2 la lagi mahal, mcm kokadi, tula, boba, ergo & etc.. tu dah 500++.. memang tak nak la beli yg mahal2 kan..




So last2 jumpa kat kat onebabyworld ni ada jual Snugbaby.. harga lepas offer RM299 ~ RM339. yg 299 tu design dia lebih munge2 (aspiration) &  design geometric sea glass warna cerah, so tak berkenan lak.. yg 339 ni cam cantik pulak.. design spaceship.. dah tu warna gelap.. kira ok la kan.. so rasa2nya mmg nak beli la yg ni.. 

Tadi dah ckp kat opismate ni nak pinjam ssc snugbaby dia.. nak tey kat baby fattah anas.. kalau ok mmg nak beli yg ni la.. jgn la sold out dulu ye.. hahaha.. kat tempat lain takde dah jual snuggbaby ni.. banyak yg jual andrea, cuddle me, boba, tula & kokadi.. brand snuggbaby ni tak ramai yg jual.. huhu..
 moga2 ada jodoh kita nanti yer... haha  


0 comments:

Aktiviti bersama family,

Potong Rambut Abang & Kakak

December 28, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Tinggal lebih kurang seminggu jer lagi dah nak naik sekolah kan.. masing2 sibuk mencari dan shopping barang2 keperluan anak2 sekolah.. masing2 mengeluh kos barang sekolah naik harga.. lagi kalau anak yg berderet sekolah tu kan.. memang pening mana nak cekau duit utk beli barang anak2 kan..


Alhamdulillah.. semalam ibu dilah baru bayar yuran sekolah anak2.. kakak tahun depan tadika 6 tahun + petanng ada kelas fardhu ain pulak.. so dilah mmg amik pakej tu terus dan kakak akan stay kat taska sampai balik..

Memandangkan kakak dah 6 tahun, so dah tak boleh nak ponteng2 sekolah lagi.. risau jugak kalau si abg tu tak tido malam ke, dah ngan kakak sekali tak nak tido nanti.. so alang2 meh la kite hantar si abang ke taska sekali.. kira daycare utk 4 tahun.. so biar dua2 penuh aktiviti siang hari.. hope malam diorg boleh tido awal..

Tu baru org anak yg sekolah tadika + taska pun dah terasa peritnya.. yuran tahunan utk 2 org tu pun dah RM1300.. tu baru tahunan beli monthly lagi.. mak dapat duit bonus wat bayar duit sekolah anak2 jer la kan.. nasib baik baju sekolah dah termasuk dlm yuran tu sekali.. buku dan stationary pun sama.. so tak yah la nak berbelanja beli barang2 sekolah diorg tu lagi..

Weekend ni tinggal nak belikan diorg beg sekolah jer nanti.. yg pasti beg yg biasa2 jer nanti.. ala, bukan nak isi buku pun.. sbb buku semua tak yah bawak balik.. dalam beg tu nanti just isi pakai sepasang 2 jer dan botol air.. nak beg canggih2 tunggu dah sekolah betul nanti.. skrg ni biar mak yg pilih dulu beg utk anak2..nasib anak ok jer.. hahaha

Ehh.. terpanjang pulak mukaddimah ye ni.. padahal nak citer pasal potong rambut jer pun.. haha



Selain dari beg sekolah, yuran dan peralatan sekolah.. benda lain yg penting bila nak naik sekolah ni adalah potong rambut.. yeahhh.. next year kakak sepanjang hari kat tadika dan taska. so kat sana akan sentiasa pakai tudung.. so kena make sure rambut sentiasa pendek.. kalau tak mesti rimas.. dah la kakak tu jenis malas nak sikat rambut..


So mari la kita potong rambut anak2.. kakak 1st time potong rambut kat kedai rambut.. abg pulak 2nd time.. selalu ayah wan jer yg potong kan rambut anak2 termasuk maknye sekali.. jimatttt.. tapi kali ni bg chance potong kat kedai pulak.. walaupun tgk gaya mcm ayah wan potong jugak.. hahaha..


Dah potong pendek rambut kakak baru la nampak selesa sikit.. tahun depan kakak akan sentiasa pakai tudung kat sekolah.. so rambut kena sentiasa pendek.. kakak tu tak pandai nak uruskan rambut sendiri. sikat rambut pun malas tau.. haha.. sabo jer la..


Abang pun selesa berambut pendek.. budak ni lagi la.. baru lepas mandi pastu main2.. tengok rambut dah basah berpeluh lagi.. padahal rambut dah pendek tu.. huhu..



Ni la rambut baru anak2.. lepas ni 2 bulan sekali kena potong rambut.. hihi..
selamat bersekolah anak-anak ibu..



0 comments:

Adik Baby,

Fattah Anas Demam

December 21, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Ni 2nd time baby fattah anas demam.. masa 1st time demam dulu time tu kakak imani tgh demam on off dekat seminggu.. demam + batuk2 teruk.. so last2 terjangkit jugak dengan baby.. nasib baik 1 mlm jer.. tu pun xdela demam panas sgt.. bila siang dah baik.. alhamdulillah..

Dan kali ni demam dia berlarutan selama 2 hari.. hari rabu dan khamis last week. masa balik dari rumah babysitter aritu mcm perasan baby mcm dedar jer.. tp mcm iye mcm tidak jer.. malam tu tido mcm biasa.. dalam kul 6 pagi tu baru perasan badan baby panas.. dia pun dah bangun time tu.. asyik nak ngempeng jer pulak bila dah berjaga..


Mula2 dilah plan nak half day jer.. sbb ingatkan bila siang baby dah ok.. iyela, biasanya budak2 ni kalau demam malam jer panas. bila siang dah ok, x panas dah.. tp sampai tengahari badan masih panas lagi.. tak boleh ditinggal mesti merengek jer.. dah tu mcmana ibu nak gi keja kan.. last2 msg boss cakap nak full day..

Tp alhamdulillah.. walaupun demam, selera makan fattah anas tetap ada.. makan sampai licin.. nak bertambah2 lagi pulak tu.. hihi..


Malam lepas  ayahwan balik keje, kitorg bawak baby gi klinik..  time tu demam dah kurang sikit.. dalam 37++ jer..  tp minta doc ubat bontot sekali utk standby.. mana tau tgh malam panas balik kan.. tp alhamdulillah.. sepanjang malam tu suhu tak lebih 38 deg.. time siang lagi panas..


Hari Khamis tu suhu dia dah turun sikit.. dalam 37++ jer.. so dilah terpaksa la pegi keje jugak sbb ada kerja urgent.. balik keje tengok baby masih panas lagi.. tp alhamdulillah, walaupun demam, fattah anas masih nak makan dan minum susu masa kat rumah babysitter. 

Kebetulan pulak ptg tu ayah wan dapat msg dari abah dia yg mengatakan nenek dia dah uzur.. magrib tu dapat msg lagi sekali cakap nenek dah nazak.. so, kitorg discuss2 nak pegi ke tak.. dah discuss last  kitorg decide nak pegi melawat nenek kat rawang. tak sampai 10 minit keluar rumah, dapat msg dari abah.. nenek baru jer meninggal.. so, mmg tepat la keputusan kitorg utk pegi melawat..


Sepanjang perjalanan tu demam fattah anas turun sikit tp masih 37++ lagi.. kul 2.30 am kitorg sampai rumah SIL..rehat kat sana dulu.. pagi2 dlm kul 7 baru gerak g rawang..  alhamdulillah.. pagi tu lepas mandikan baby.. nampak nya baby dah tak panas  lagi..  





Sepanjang menunggu majlis pengkebumian pun fattah anas ceria jer.. dah boleh main2 dan makin aktif.. kitorg tak ikut pegi ke kubur.. just tunggu kat surau berdekatan jer..

Alhamdulillah.. fattah anas dah sihat.. cuma 2 hari ni tetiba perasan badan dia ada merah2 mcm ruam.. tak tau la sebab apa.. baby pun takde la meragam sgt.. kot2 gatal ke apa kan.. tengok dia ok jer.. tengok la, kalau malam ni tak kurang lagi, ingat nak bawak gi klinik.. mudah2an tak ada apa2 yg serius.. aminn..


0 comments:

Adik Baby,

Fattah Anas dah 8 bulan

December 10, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah, 2 dec lepas baby Fattah Anas genap 8 bulan.. kejap jer dah 8 bulan bujang kecik ibu ni kannnn… si kecik ni sangat kuat makan tau tapi badan tetap slim jer .. hihi.. ikut ibu dia ke?? Hahaha.. mungkin tidak.. confirm la ikut genetic  ayah wan kannn.. kurus tinggi…

Sejak masuk 6 bulan aritu, dilah dah bagi baby Fattah anas makan.. alhamdulillah, baby Fattah anas ni jenis yg pemakan sangat.. sangat2 kuat makan… sampaikan malam pun mesti nak bagi dia makan jugak.. tp yg light2 la.. kalau tak dia gelisah jer sbb lapau agaknya..

Aritu masa check up 6 bulan, berat baby Fattah anas 6kg jer tau.. so nurse dah suruh pegi hospital  utk jumpa doctor.. sbb nya berat baby dah masuk line kuning.. dan kalau sampai skrg ni tak naik2 mmg dah bawah line kuning dah.. huhu..

Tapi dilah tak bawak pun baby jumpa doctor.. sbb nya anak2 dilah semua mmg jenis gitu.. kecik2 dan ringan jer.. tapi aktif sgt dan sihat.. jarang sgt demam batuk dan selsema.. so xde apa yg perlu dirisaukan.. lagi2 dilah fully breastfeed baby kan.. tambahan pula bila dah introduce solid food ni baby Fattah pun nak makan sgt, so dilah happy la sgt.. boleh la bantu tambah berat dia sikit3..


Dan semalam masa check up 8 bulan, berat baby Fattah anas naik sikit.. skrg dah 6.7kg.. naik la jugak 700gram kan.. walaupun masih dlm area kuning lagi, tp dah dekat2 masuk normal balik.. kira ok la tu.. nurse pun tak bising.. dan tak tanya pasal jumpa doctor tu.. selamat la mak nye nak menjawab.. hihihi..

Ok, perkembangan baby Fattah anas sepanjang 7 bulan


Baby Fattah anas dah pandai duduk sendiri.. mula2 duduk mcm org jepun tu tp lama2 dah boleh duduk mcm biasa tu Cuma x bersila je la..


Lepas tu dah pandai berdiri dan memanjat.. pantang letak jer laju je dia pegi kat meja or sofa.. pastu terus berdiri.. skrg ni lagi la.. dah berani berdiri lepas tangan.. kadang2 sebelah tangan.. kadang2 tu dua2 tangan nak lepas tau.. pastu dah stat memapah bila kat meja tu..


tu yg buat ibunya ni x leh  wat keje sbb kena perhatikan je budak kecit tu.. nak harap kakak ngan abam tolong tengok2 kan pun mcm tak boleh nak percaya sgt.. sbb diorg sendiri pun leka bermain dan tgk tv kan.. bila minta kakak tengokkan kejap je la dia jaga.. pastu dia dah boring sbb tak boleh main or tgk tv bila kena tgk baby jer.. hahaha.. budak2 lagi kan.. tu yg ibunya ni jugak la kena duk melayan si kecik tu..


kalau xde meja or sofa, apa2 je tempat yg dia rasa boleh berpaut or pegang, dia akan bangun berdiri.. sape2 yg berada berhampiran dia semua boleh jadi tempat sandaran utk berdiri.. hihi


okla.. tu je kot update ringkas yg tak berapa nak ringkas dari ibu.. hihi..
tata

0 comments:

Breastfeeding,

Bila Breastmilk dah drop!!

December 09, 2015 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum

Sejak 2 minggu lalu susu ibu dilah dah drop sangat2.. tak tau sebab apa.. tengok tu, 2 botol ni hasil pam 2x tau.. pagi dapat tak sampai 2oz.. biasa time pagi la yg dapat byk..

  
nak kata period, sampai skrg lom period lagi utk kali ke2.. masa baby fattah anas 5 bulan stgh aritu dilah dah period.. pastu sampai skrg dia x mai2 lagi..

atau pun sbb pam dilah rosak.. so pam susu dah tak konsisten!!

atau sebab demand dah kurang dari baby fattah anas sbb baby lagi kuat makan skrg.. kat rumah babysitter minum 2 or 3 botol je sehari..


tp ntah kenapa dilah tak risau sgt.. maybe sbb baby jenis nak makan kot.. so kurang la risau tu..

dan maybe jugak Allah nak bg peluang utk habiskan stok2 ebm yg melambak dalam deep freezer yg tak bergerak2 tu.. maklum ler.. sejak 2 bln lepas dilah asyik guna fresh milk je utk hantar ke rumah babysitter.. so ebm tu tak bergerak2 la..

tapi walau mcmana pun.. dilah akan usaha utk increase balik susu dilah.. tak perlu sampai melimpah ruah.. cukup la untuk menampung keperluan fattah anas seharian.. tu pun dah cukup...

Semoga dilah dapat menyusukan baby fattah anas hingga 2 tahun.. aminnnn


1 comments:

Anniversary,

Anniversary yg ke 6 tahun.

December 08, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Hari Sabtu lepas, 5 Dec 2015, adalah anniversary ibu dilah dan ayah wan.. dah 6 tahun dah usia perkahwinan kitorg.. tapi kannnnn... ada org tu lupa tau... nasib baik ahkak tak sentap tau.. kalau takkkk????

Actually memang dah agak dah mesti ayah wan lupa.. lagi2 dia tengah busy skrg ni.. weekend tu pun keje jugakkk.. so redho jer la kalau dia lupa kan.. lagi2 dah tau dah perangai lupa dia tu.. ehh.. kate dah 6 tahun kannn kawen.. so dah masak la ngan perangai pelupa dia tu.. hahaha.. 

Tambahan pulak lately ni dilah mcm lemau2 jer.. badan lesu2 jer.. so mmg malas la nak pikir pape.. ingat kalau sempat keluar dinner jer aritu.. tp dah ayah wan keje kan.. so, kita lupakan sajer la.. ehh.. boleh gituuu??? hahaha

takpe..  takper.. dia lupa kali ni tak pe.. tp nanti kalau time besday next week pun dia lupa jugak siap la.. tu pun mcm dah ada tanda2 dia akan lupa tu.. lagi2 minggu tu dia ada training.. so kebarangkalian utk dia tak ingat tu mmg tinggi tau.. huhhh.. 

Nasib baik la dpt wife jenis yg tak berkira sangat, tak sentap2 bila laki lupa tarikh penting.. kalau tak dah kena tido luar dah mlm tu.. hahaha

Dilah dah cakap dah aritu, kita tak celebrate arini tak pe.. tp nanti kena double celebration la... annivesari + besday... hahaha.. dia dah boleh jimat byk tau kat situ.. celebrate sekali.. hadiah satu je.. untungnya haii bila semua hari istimewa ni dlm bulan yg sama.. hihi..


okla.. malas nak bebel banyak2.. 
harapan dilah semoga ikatan perkahwinan kitorg ni kekal hingga ke jannah..
semoga dikuatkan semangat dan iman dalam mengharungi hidup berumahtangga ni..
maklum la, ada pasang surut nya..
ada masa happy, ada masa gaduh..
ada masa kita merajuk tp takde sape nak pujuk.. haha.. (yg ni mmg sentap la..)
hahaha..

i love u so much darling...


0 comments:

Aktiviti bersama family,

JJCM :: East Meets West

December 02, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah… kita dah masuk ke bulan yg terakhir dalam tahun 2015 ni.. bulan yg dinanti2kan sbb bulan ni bulan birthday, anniversary dan jugak bonusss… Yeaahhhh!! Harus la happy kan bila semuanya ni bergabung… hahahaha…

Ok2.. ni nak citer pasal kitorg JJCM 2 minggu lepas… disebabkan dah boring asyik terperap kat rumah jer, weekend tu ayah wan ajak keluar.. bila dah kluar jalan2 tu harus la JJCM kan.. tapi kitorg dah tak tau nak makan kat mana dahhh.. pikir punya pikir, jom la kita gi KILANG BATERI.. kan kat JB skrg ni tengah glamer ngan KILANG BATERI ni… tapi kitorg x penah lagi pegi sana..

Nape nama tempat KILANG BATERI?? Sbb lokasi tempat ni asalnya kilang bateri eveready.. so, sape yg x penah masuk kilang boleh la dtg tempat ni.. sbb bangunannya tak berubah dr kilang asal.. Cuma diorg renovate sikit2 utk dijadikan kedai2 jer..  Tempat ni memang happening la.. byk shoplot kecik2 gitu.. pastu food court dia pun byk gerai2 yg menarik jugak.. tapi ayah wan tak nak makan kat situ sbb crowded sgt kot.. dia mana suka tmpt crowded cam tu… so lepas round 1 kilang tu, kitorg pun keluar..



Dah keluar tu pikir lagi.. nak makan kat mana ye?? Sambal tu ayah wan still drive lagi kea rah kempas & taman impian mas.. kat situ ada kawasan baru naik.. tp kedai makan melayu susah nak jumpa.. tetiba dari kejauhan Nampak la 1 kedai ni, EAST MEETS WEST nama kedainya.. restoren baru bukak rasanya.. tengok mcm best jer.. so kitorg pegi la restoren  tu.. tp risau jugak mula2 sbb tak tau restoren melayu ke?? Halal ke? Tapi bila sampai , alhamdulillah, restoren melayu.. meh la kita try makan kat sini..




Suasana kedai ni agak menarik.. disediakan  playarea untuk budak2 bermain.. makanan pun boleh tahan sedap dan harga pun tak mahal sgt.. tapi maybe diorg perlu buat lebih promosi untuk tarik minat org datang ke restoren diorg.. sbb sayang kalau makanan sedap, tempat ok tp org tak tau kan…

Jom tengok apa yg kitorg order haritu..

Ayah Wan order set promotion yg ni..

antara set promotion yg ditawarkan..

ni ibu dilah punya order.. chicken grilled

ni lamb chop ayah wan..

garlic bread + mushroom soup..

air kedondong asam boi

abam kacau adik

aksi baby fattah anas..

InsyaAllah.. lain kali boleh datang restoren ni lagi..
^__^



0 comments: