Babywearing : Dilema nak bertukar dari Wrap kpd SSC

December 29, 2015

Assalamualaikum

Hajat dihati dah lama nak beli SSC (soft structured carrier) untuk menggantikan wrap yg skrg ni.. tapi sampai sekarang tak terbeli2 lagi.. 

Dari baby fattah anas umur sebulan stgh lagi dilah dah berbabywearing.. tu pun beli yg preloved.. ngam2 sehari sebelum bersalin dilah beli dari sorg member kat jb ni.. so bila habis pantang je bila dapat keluar rumah dilah join stb (selat tebrau babywearers) skudai punya gathering.. sbb nak belajar wrap baby betul2.. walaupun sblm ni penah join bengkel babywearing tp time tu xde baby lagi.. so bila dah ada baby nak la test betul2 dulu, baru confiden nak keluar nanti.. hihi

Sejak tu memang dah jatuh cinta betul2 ngan babywearing ni.. lagi2 anak dah 3 org kan.. dgn aktif dan lincahnya si kakak dan abang tu.. so mmg tak kuasa la nak bawak stroller bila keluar berjalan.. leceh nak jaga budak2, nak pegang stroller.. bila pakai wrap ni mmg senang la nak handle budak ber3 tu.. kadang tu, dilah dah bw baby, pastu siap boleh berlari kejar2 si abam lagi tau.. kalau pakai stroller tu mmg dah kelam kabut nak mengejor.. hahaha.. thats why dilah suka sgt berbw ni.. mmg flexible sgt la..


Tapi dalam byk2 jenis carrier, rasanya wrap yg paling leceh.. sebab nak kena tebar kain tu lagi.. kena amik masa sikit bila nak pakai.. biasanya dilah pakai bila keluar kete tu terus la tebar kain wrap tu.. hahaha.. memandangkan baby fattah anas ni kecik jer, so sampai skrg ni pun masih sesuai lagi nak berwrap.. dan baby sgt selesa.. cuma nya dilah dah start malas nak menebar.. hahaha.. kalau nak suruh ayah wan lagi la dia tak nak pakai wrap tu..

Actually, dilah dah plan nak bertukar kpd SSC dari umur baby fattah anas 4 bulan lagi.. survey dah banyak kali dah.. hahaha.. bajet lak tak nak la beli yg mahal2 sbb ni pun anak ke3 kan.. tapi survey jer la, beli nye idok jugak.. hahaha.. sbb time tu masih rajin lagi nak berwrapping.. 

Dalam nak tak nak tak tu sedar2 baby fattah anas dah nak masuk 9 bulan dah weekend ni.. hahaha.. Lama nau men'survey' nye tu sampai 5 bulan ko.. hahaha.. dan dlm seminggu 2 ni tetiba memang terasa malas betul nak bw fattah anas sbb malas nak tebar kain.. haha.. kalau dah malas tu mmg baby kena pass kat ayah wan la, ibu malas nak dukung2 biasa ni..

So dengan ini menguatkan la lagi semangat nak beli ssc.. tambahan pulak hujung tahun ni ada YEAR END SALE kan.. pastu pulak dpt bonus dr ayah wan.. hihihi.. (duit bonus sendiri wat bayar hutang). so, ala2 nak me'reward' diri sendiri la ni, so nak beli apa yg dihajati.. hahaha.. 

Maklum la, org lain anniversary husband bagi hadiah, besday husband bagi hadiah.. tp kite ni dah husband x bagi pape pun.. dah la date penting tu bulan 12 ni.. sobsobsob.. tp alhamdulillah, walaupun dia x bagi secara direct sbg hadiah, tp bila bonus tu dia tetap bagi dilah jugak sikit.. so duit tu la sbg hadiah, pandai2 la dilah nak beli apa.. hihi.. Sbb ayah wan tu bukan yg jenis romantik dan pandai bagi2 hadiah.. ehh.. kalau nak tau, anniversary aritu pun dia lupa tau.. tak ingat langsung.. yg besday pun sama.. siap silap tarikh lagi.. hahah.. nasib la dapat laki yg jenis tak ingat tarikh2 penting ni.. huhu


gambar google


So, berbaki 5 hari lagi untuk berakhirnya Year End Sale ni.. mari la survey gila2 untuk mencari SSC.. mula2 ingat nak beli yg murah2 jer.. andrea or cuddle me jer.. harga pun tak sampai 2 ratus.. Yg atas ni jenis andrea.. skrg ada offer boleh dpt RM175.. kalau ikutkan, yg ni pun dah ok dah.. hihi

Tp alang2 nak beli ingat nak up sikit la, so dapat yg lebih berkualiti sikit kan.. so up kan bajet dlm RM300 pulak.. tp range harga tu tak banyak pilihan pulak.. dan stok yg ada pun tak berkenan di hati.. yg cantik2 dan lebih selesa lagi dah tentu2 la lagi mahal, mcm kokadi, tula, boba, ergo & etc.. tu dah 500++.. memang tak nak la beli yg mahal2 kan..




So last2 jumpa kat kat onebabyworld ni ada jual Snugbaby.. harga lepas offer RM299 ~ RM339. yg 299 tu design dia lebih munge2 (aspiration) &  design geometric sea glass warna cerah, so tak berkenan lak.. yg 339 ni cam cantik pulak.. design spaceship.. dah tu warna gelap.. kira ok la kan.. so rasa2nya mmg nak beli la yg ni.. 

Tadi dah ckp kat opismate ni nak pinjam ssc snugbaby dia.. nak tey kat baby fattah anas.. kalau ok mmg nak beli yg ni la.. jgn la sold out dulu ye.. hahaha.. kat tempat lain takde dah jual snuggbaby ni.. banyak yg jual andrea, cuddle me, boba, tula & kokadi.. brand snuggbaby ni tak ramai yg jual.. huhu..
 moga2 ada jodoh kita nanti yer... haha  


You Might Also Like

0 komen