Adik Baby,

Fattah Anas dah 8 bulan

December 10, 2015 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah, 2 dec lepas baby Fattah Anas genap 8 bulan.. kejap jer dah 8 bulan bujang kecik ibu ni kannnn… si kecik ni sangat kuat makan tau tapi badan tetap slim jer .. hihi.. ikut ibu dia ke?? Hahaha.. mungkin tidak.. confirm la ikut genetic  ayah wan kannn.. kurus tinggi…

Sejak masuk 6 bulan aritu, dilah dah bagi baby Fattah anas makan.. alhamdulillah, baby Fattah anas ni jenis yg pemakan sangat.. sangat2 kuat makan… sampaikan malam pun mesti nak bagi dia makan jugak.. tp yg light2 la.. kalau tak dia gelisah jer sbb lapau agaknya..

Aritu masa check up 6 bulan, berat baby Fattah anas 6kg jer tau.. so nurse dah suruh pegi hospital  utk jumpa doctor.. sbb nya berat baby dah masuk line kuning.. dan kalau sampai skrg ni tak naik2 mmg dah bawah line kuning dah.. huhu..

Tapi dilah tak bawak pun baby jumpa doctor.. sbb nya anak2 dilah semua mmg jenis gitu.. kecik2 dan ringan jer.. tapi aktif sgt dan sihat.. jarang sgt demam batuk dan selsema.. so xde apa yg perlu dirisaukan.. lagi2 dilah fully breastfeed baby kan.. tambahan pula bila dah introduce solid food ni baby Fattah pun nak makan sgt, so dilah happy la sgt.. boleh la bantu tambah berat dia sikit3..


Dan semalam masa check up 8 bulan, berat baby Fattah anas naik sikit.. skrg dah 6.7kg.. naik la jugak 700gram kan.. walaupun masih dlm area kuning lagi, tp dah dekat2 masuk normal balik.. kira ok la tu.. nurse pun tak bising.. dan tak tanya pasal jumpa doctor tu.. selamat la mak nye nak menjawab.. hihihi..

Ok, perkembangan baby Fattah anas sepanjang 7 bulan


Baby Fattah anas dah pandai duduk sendiri.. mula2 duduk mcm org jepun tu tp lama2 dah boleh duduk mcm biasa tu Cuma x bersila je la..


Lepas tu dah pandai berdiri dan memanjat.. pantang letak jer laju je dia pegi kat meja or sofa.. pastu terus berdiri.. skrg ni lagi la.. dah berani berdiri lepas tangan.. kadang2 sebelah tangan.. kadang2 tu dua2 tangan nak lepas tau.. pastu dah stat memapah bila kat meja tu..


tu yg buat ibunya ni x leh  wat keje sbb kena perhatikan je budak kecit tu.. nak harap kakak ngan abam tolong tengok2 kan pun mcm tak boleh nak percaya sgt.. sbb diorg sendiri pun leka bermain dan tgk tv kan.. bila minta kakak tengokkan kejap je la dia jaga.. pastu dia dah boring sbb tak boleh main or tgk tv bila kena tgk baby jer.. hahaha.. budak2 lagi kan.. tu yg ibunya ni jugak la kena duk melayan si kecik tu..


kalau xde meja or sofa, apa2 je tempat yg dia rasa boleh berpaut or pegang, dia akan bangun berdiri.. sape2 yg berada berhampiran dia semua boleh jadi tempat sandaran utk berdiri.. hihi


okla.. tu je kot update ringkas yg tak berapa nak ringkas dari ibu.. hihi..
tata

You Might Also Like

0 comments: