Memori sepanjang 2015
Assalamualaikum
Hari ni last day dalam tahun 2015.. so nak throwback la sikit memori2 yg telah dicipta dalam tahun ni.. hihi.. ala, semuanya tinggal kenangan kan.. tp kenangan tu la yg selalu kita ingat, semua tu takkan mungkin boleh diulang kembali kan.. hihi..
Mac 2015
Kakak imani warded kat KPJ 4 hari sebab demam.. time ni ibu dilah tengah preggy 36 weeks kalo tak silap.. bermalam la kat spital jaga kakak yg demam..
Hujung Mac, adik dilah yg betul2 bawah dilah ni kawen.. time ni tgh sarat preggy 38wks++. tengah tunggu hari, tapi sibuk ke sana sini tolong majlis kawen adik ni.. hihi
April 2015
Alhamdulillah, 2 April 2015 dilah selamat bersalin anak ketiga, Fattah Anas, baby boy seberat 2.72kg secara normal.. segala proses dipermudahkan.. dari start rasa sakit sampai bersalin tak sampai 3 jam.. masa sampai hospital dah FULL..tak sampai 5 minit masuk labour room dah beranak.. ayah wan pun x sempat nak tengok dilah bersalin.. memang sangat2 cepat.. tak mungkin dapat lupa... hihi
Pastu berpantang kat Melaka hampir 2 minggu..
Julai 2015
Raya tahun ni dah berlima dah.. keluarga semakin berkembang..hihi..alhamdulillah..
November 2015
Percutian family kecik kami di Swiss Garden Beach Resort Kuantan.
Disember 2015
Anniversary perkahwinan kami yg ke 6 tahun dan birthday tuan blog ke 32 tahun.. huhu..
Dapat buat full settlement untuk loan kereta 8 bulan lebih awal.. horeyy... dah jadi hak milik sendiri dah skrg..
Kete kesayangan terlanggar pintu pagar rumah.. cian dia.. hihi
Alhamdulillah... secara keseluruhannya, kehidupan kami sekeluarga sepanjang tahun 2015 ni berjalan lancar dan happy2 belaka.. ada juga dugaan2 sikit tapi dapat diatasi dengan baik..
Dilah target tahun depan dapat langsaikan hutang PTPTN pulak.. nak buat full settlement.. dan jangan buat hutang baru.. hihi.. kalau PTPTN habis bayar nanti tinggal hutang rumah jer la yg tinggal.. sbb tu atas nama dilah walaupun yg bayar lebih tu ayah wan.. hihi..
Tahun 2016 pastinya tahun yg lebih mencabar.. dengan keadaan negara kita yg teruk skrg ni.. hope tahun depan kita boleh lebih berjimat dan mampu mengharungi segala cabaran dengan kuat dan tabah.. semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahan segala urusan dalam kehidupan kita.. Aminnn
Selamat Tinggal 2015 !!!!
Post a Comment