Anak-anak,

1st day Faris Zakwan dan Kakak Imani ke sekolah

January 05, 2016 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2016 semua!!!!

Entry pertama untuk tahun 2016. Bila awal tahun ni, cerita pastinya berkisarkan mengenai anak-anak yg masuk sekolah kan.. di FB, instagram, blog, semua update cerita anak2 masuk sekolah.. terutamanya bagi yg baru nak masuk tadika dan darjah 1.. kalau masuk darjah 2 or sekolah menengah tu dah tak meragam kot.. untuk anak2 kecil ni yg macam2 ragam dan kerenahnya kan.. hihi


 Anak2 dilah pun ada cerita mereka jugak.. kakak imani tahun ni tadika 6 tahun di sekolah yg sama.. so, xde masalah la dia kat sekolah sbb dah biasa ngan sekolah tu.. cumanya tahun ni dilah hantar dia sehari kat sekolah terus.. sebelum ni hanya tadika then kul 11.30 pg balik rumah babysitter.. tp skrg full day kat sekolah.. pagi tadika, tghari tido kat taska.. ptg belajar fardu ain pulak... belajar mengaji dan solat..

Si abang faris pulak tahun ni dilah masukkan dia day care kat taska yg sama ngan kakak.. dilah x masukkan tadika lagi sbb faris zakwan ni baru 3thn 3bulan tapi tahun ni kira dah 4 tahun la.. tapi faris ni pelat sangat.. cakap tak terang sangat..  tu sebab dilah nak masukkan  taska dulu, biar dia bergaul ngan ramai kwn2 dan cikgu, hopefully cepat la hilang pelat dia nanti,.

Lagi pun, walaupun faris cuma masuk daycare tapi dia still belajar kat kelas sama2 ngan budak tadika 4 tahun.. Cuma bezanya dia belajar dan menulis guna kertas A4 jer.. kalau budak tadika diorg ada buku sendiri.. so kira ok la kan, dia still dapat belajar sama2 ngan budak tadika jugak.. dan lagi 1, dia kena pakai pakaian sekolah jugak, t-shirt + sluar track sekolah utk pagi dan baju melayu sekolah utk petang.. so, xdela dia rasa terasing dalam kelas nanti kan.. hihi


So far, semalam masa hantar anak2, dua2 ok.. kakak dah biasa, kira dah otai kat sekolah tu la.. masuk 3 tahun kan.. ape ada hal kan.. hihi.. abg pulak ikut jer apa cikgu cakap.. abg faris ni mula2 jer dia malu2.. tak lama lepas tu dah boleh bercampur ngan kawan2 dah..compared ngan kakak dulu 3 bulan tak bercakap kat kelas tau.. mmg jauh beza.. faris ni bila malu2 dia akn tunduk bawah & tersenyum tersipu2 sambil main lidah dia.. hahaha.. boleh bayangkan tak muka malu2 dia.. hahaha..

Semalam masa ambil anak2 kat taska, dilah tanya la perkembangan faris zakwan kat cikgu dia.. cikgu cakap dia ok.. asyik nak main jer.. kira tak segan2 la.. cepat dapat bergaul ngan kawan2.. Cuma bila cikgu tanya nama jer dia tak reti nak jawab. . padahal dah ajar dah dia jawab nama dia bila org tanya..

Cikgu : Siapa nama awak?
Faris : (diam jer.. sambal tersipu2.. haha)
Cikgu : Nama saya Jamiah. Siapa nama awak?
Faris : Nama saya Jamiah..
Cikgu : !@#$Z%

Tergelak ibu dengar cikgu cerita semalam.. boleh dia ikut cikgu dia cakap apa.. hahaha.. bila balik tanya dia seronok tak kat sekolah.. dia cakap seronok.. tanya kakak, adik ok tak kat sekolah, kakak cakap ok.. tp dah petang tu abg mintak susu kat kakak.. hahaha..


Masa ambik ptg semalam, masing2 happy.. berebut2 nak masuk kete.. nak bercerita.. tp bila kete dah gerak, masing2 mula merengek.. abg cakap dia lapar.. kakak pun sama.. bila dah lapar mula la bad mood.. terlanggar sikit pun boleh bergaduh pukul2 budak berdua tu.. hahaha.. pening kepala mak ni nak hoii…

Pagi ni punya cerita lain pulak.. alhamdulillah, anak2 kira dah senang sikit nak bangun arini.. kakak pun dah boleh mandi sendiri pagi2.. xdela merengek minta ibu mandikan dia mcm sblm ni.. bagi minum susu siap2 kat rumah.. makan roti dulu.. pastu baru gerak ke sekolah..

Sampai sekolah, kakak cepat2 turun kereta.. tapiii si abg dah mula buat drama pulak… dia tak nak turun kete.. bila ibu nak amik lagi dia masuk ke dalam.. “cakap abg tak nak.. abg nak ikut ibu..” pulak… bila ditanya kenapa dia tak nak pegi sekolah, tak nak cakap pulak.. pastu bila dipujuk mula la nak menangis..

Last2 dilah dukung jer dia bawak gi depan gate taska tu.. dia dah start meronta2.. pastu terus pas kat cikgu jer.. pastu cikgu terus tutup gate dan dilah pun masuk kete.. hope faris ok la lepas tu.. apa la sebabnya dia tak nak g sekolah harini.. sebab dia malu pasal nama tu ke?? Balik nanti nak korek rahsia dia lagi.. hihi..


Okla.. tu la cerita anak2 dilah yg masuk sekolah semalam.. anak2 korang mcmana pulak??



You Might Also Like

0 comments: