Jemput-jemput Ayam - Ceritera Ibu

Jemput-jemput Ayam

Assalamualaikum

Dah lama rasanya dilah tak share resepi masakan kannn.. ala, masak pun jarang2, ada hati nak share resepi2 bagai.. hahaha.. Maklum ler, anak kecik berderet kan.. balik keje kadang2 memang tak sempat nak masak.. memang terkejar2 meragam kerenah anak2.. tak dinafikan, memang ada je ibu2 lain yg berkerjaya sempat jer balik masak utk anak dan suami tiap2 hari.. tp ragam setiap anak kan tak sama.. karakter anak dan suami pun tak sama..

Nasib baik la ayah wan ni jenis memahami.. xdela nak wife dia ni masak tiap2 ari.. kadang2 bukan sebab busy tp sebab dia balik keje memang dah lapar.. nak tunggu dilah masak ntah pukul bape nak siap dengan melayan kerenah anak2 lagi.. so lagi mudah dia balik keje terus tapau makanan.. dia dah siap2 makan.. so dilah balik keje uruskan anak2 dan settlekan keje2 rumah yg lain.. kadang2 kalau masak nasi pun lawan lauk yg simple2 jer.. kadang2 tu tak makan nasi, buat la jemput2 ker.. tu kalau dia dah makan berat time tghari la..

So, arini dilah nak share resepi yg sangat mudah.. jemput2 ayam.. sesuai untuk buat sarapan pagi, minum petang ataupun makan malam.. macam kitorg suka dinner simple2 mcm ni.. tak berat sgt kan… makan pun sambil2 layan anak2 kan… budak2 suka la makan cam ni jer.. Cuma kadang2 kena pelbagaikan idea jemput2 tu.. supaya anak2 tak bosan… okla.. jom tengok bahan yg super simple ni..



JEMPUT-JEMPUT AYAM
(Style ibu dilah)

2 cwn tepung gandum
1 stgh cawan air
1 biji kentang – potong dadu atau sagat halus
isi ayam (bahagian dada)  - potong kecik2
1 biji bawang besar - dihiris
daun sup
garam secukup rasa


Cara penyediaan:
1) masukkan air yg sudah dilarutkan dgn sedikit garam ke dalam mangkuk berisi tepung gandum sedikit demi sedikit.. pastikan adunan tepung tidak terlalu cair atau pekat.
2) masukkan ayam, kentang, daun sup dan bawang ke dalam aduanan tepung.. gaul sehingga sebati.
3) Panaskan minyak untuk menggoreng.  Goreng jemput2 sehingga kekuningan.. angkat dan toskan..

SIAP.. sedap dimakan begitu sahaja atau cicah dgn sos..
Ala.. korang paham kan camne nak goring jemput2 tu.. x yah nak explain lebih2..

Macam anak2 dilah ni cerewet sikit nak makan sayur, tu yg kentang tu sagat halus2.. pastu, mula2 goreng 1 trip tak letak daun sup.. then baru masuk daun sup tu dlm aduanan.. next trip baru ada daun sup.. hihi..


Ok.. selamat mencuba!!



No comments