Little Bambam,

Little Bambam :: Pocoyo and Friends

March 31, 2016 Ibu Dilah 5 Comments

Assalamualaikum

Anak siapa suka tengok cartoon POCOYO & FRIENDS?? Hahhh.. cerita  pocoyo ni memang favourite anak-anak dilah tau.. ala, mesti anak korang pun suka jugak kan.. kannnn…



Dah la pocoyo tu comeeeellll sangat.. pastu kartun tu pun ceria je.. rasa bersemangat bila tengok kan.  Dan yg penting kartun ni banyak mengajar anak2 mengira dan sebagainya.. memang elok sangat kalau budak2 tengok kartun ni kan.. abam faris tu pun belajar mengira 1, 2, 3 dalam English dari cerita pocoyo ni la.. tau2 je dia dah pandai sebut 1,2,3 to 10.. wahhh.. bagus sangat kan..

Ha.. sekarang ni Little Bambam ada jual POCOYO & FRIENDS ni tau.. ehhh.. bukan baru, dah lama dah jual tapi asyik x sempat jer nak up entry pasal ni kat sini.. maklum ler, I is bz sangat skrg ni… hihi…



Pocoyo & Friends ni didatangkan dalam 1 set . 1 set ada Pocoyo (blue), Elly (pink) & Pato (yellow).

Ape bestnya set pocoyo ni?
Ianya sememangnya Pocoyo tercomel di dunia nyata.
Karektor Pato berbunyi bila ditekan di mulutnya.
Kualiti material yang sangat baik, bersih, dan tahan.
Saiz yang mudah dipegang oleh kanak2 yg super duper cute.
Set Pocoyo original pertama berada di Malaysia.
Harga yang amat berbaloi2.
Produk yang tahan tapi selamat utk anak2 anda.





Ni salah sorang dari anak customer Little Bambam.. anak2 beliau suka sangat ngan pocoyo.. so bila mamanya belikan pocoyo untuk anak beliau, memang happy sangat la.. pegi mana2 jer mesti bawak pocoyo ni tau.. comel sangat kannn.. hihi



Kalau nak order borong pun boleh jugak.. pastu kalau ada nak wat birthday party ke nak beli quantity byk bagitau jer..

Berminat?? Whatsapp +6012-7275531 atau pm fb page Little Bambam ye..


Untuk reader blog ni, dilah nak bagi special price untuk korang.. tapi korang kena inform awal2 la yg korang reader blog dilah ni, so baru la dilah tau kan…

Jangan lupa like fb page little bambam sekali tau.. 
TQ



5 comments:

Anak-anak,

Ragam Anak Dara Sorang Yg Boleh buat Ibu Pitammm

March 31, 2016 Ibu Dilah 3 Comments

Assalamualaikum

Dah lama tak citer pasal anak dara dilah yg sorang tu kan.. makin besar makin maciam-maciam perangai dia..aduhhh.. pening ibu melayan kerenah anak dara sorg ni tau.. dah la manja.. tahun depan dah nak masuk darjah 1 tapi perangai mcm adik2 dia jugak.. kadang2 lebih over dari adik pun ada.. hihihi


Macam semalam pagi2 dah moody.. so secara tak langsung pun mood ibu pun spoiled jugak la.. pagi2 ibu kejut dia baik2.. bangun kakak.. mandi... nak pegi sekolah... usap2 badan dia dulu.. peluk2 dia dulu.. nak bagi semangat kat dia la kononnya.. manjakan dia dulu supaya dia bangun tak marah2.. tu pun lambat2 bangun.. tu dilah ok lagi.. kadang bagi la masa 10 min ke sambil2 dilah uruskan benda lain sekali.. 

tapi makin ditunggu makin taknak bangun.. dari kejut slow2 suara pun mula la nak tinggi sikit.. tp arini dilah tak boleh bercakap sgt sbb sakit tekak sangat2. so ckp kat dia ibu tak boleh kejut byk kali.. tak boleh cakap byk2.. kakak cepat bangun.. kalau tak nanti abg (faris) tu yg bangun dulu.. time tu mula la dia nak marah2.. 


Perangai dia skrg ni tak boleh kalah dengan adik/si abg faris..  apa2 mesti nak kakak yg no 1. Tak boleh si faris yg menang.. mesti dia yg menang.. contohnya mandi pagi mesti dia yg mandi dulu, even dilah kejut si faris tu dulu pun dia marah mengamuk.. padahal bila kite suruh dia mandi dia xnak, lambat.. buat dek jer.. so ibu pun acah2 je la nak kejut si faris dulu.. ehhh.. mengamuk2 dia tau.. fuhhh.. hura-hara rumah pagi2 tau…

Then kalau buatkan susu pun mcm tu jugak.. bukan nak cakap susu abg siap dulu kea pa.. baru nak masuk air panas pun dia x bagi dilah masukkan air panas kat botol abg dulu.. nak dia jugak.. eeeee…. Gerammmm nyeee…  kadang2 kite ni main capai jer la mana yg dekat dulu kan.. tp dia tak bagi.. mesti nak dia dulu.. susu dia siap dulu.. dia yg akan minum susu dulu.. Pitam mak layan kerenah dia tauuuu..



Lagi 1 perangai dia yg boleh buat ibu bertukar jadi ijau.. huargggghhhhh.. kalau dah siap mandi, nak pilih baju bukan main payah lagi.. yg ibu pilih semua tak berkenan kat mata dia.. dah tu bila dia pilih baju sendiri mesti bersalin at least 2x.. dah pakai baju A kejap lagi tukar pakai baju B pulak.. tu belum lagi dia pakai baju 2 lapis… kang kejap baju ni x suke la.. lengan pendek la.. tak mcm ni mcm ni la (sambil tangan tunjuk2 kat pergelangan tangan..) dia maksudkan lengan tu dah pendek.. adehhhh… pening ibu tau…

Lepas tu dia kuat menyakat faris skrg ni.. adik tu elok main senyap2 dia pegi kacau.. dah budak tu pun menangis.. pastu kalau adik tu senyap dia buat lagi.. saje nak bagi adik nangis.. tp yg geram nya kalau adik buat dia x bleh pulak.. mmg abis sibelasahnya si adik tu.. aduhhh.. memang dia akan pukul, gigit adik tu kalau dia geram.. memang ganas sgt anak dara sorg ni tau.. fuhhhh....


Memang sangat2 menguji kesabaran dilah skrg ni tau.. cakap ibu taknak dengar.. kalau ibu marah pun bagai mencurah air ke daun keladi je gamaknya.. ha kau.. sampai kuar peribahasa pulak dah,. hahaha.. tp kalau ayahwan marah boleh pulak terus senyap... geram betul ibu tau...

Tapi kadang2 kesian jugak kat kakak sbb selalu kena marah ngan ibu dan ayah..  mana tak marah kalau dah besar tak boleh nak mengalah ngan adik kan.. perangai lagi over dari adik2 dia tau.. buat ibu sakit dada selalu.. huhuhu


Hope bila kakak dah masuk sekolah rendah tahun depan, kakak akan ubah perangai.. dah makin besar kan.. skrg campur ngan budak kecik tu yg perangai pun mcm adik2.. 
apa2 pun ibu tetap sayang kakak sgt2.. anak yg mula2 menjadikan kita sebagai ibu kan.. tentunya istimewa dia lain sikit.. hihi.. daaa


3 comments:

Fattah Anas,

Yeah!! Fattah Anas dah pandai jalan @11 bulan

March 28, 2016 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum


Arini nak share pasal si kecik Fattah anas tu lagi.. biasala, bila ada baby ni setiap perkembangan anak akan buat ibu2 terlebih excited.. lagi2 perkembangan yg penting2 mcm bila anak mula meniarap, merangkak,duduk, tumbuh gigi, berjalan, bercakap. Ni  semua perkembangan utama anak2 kan.. memang tak sabar nak tengok baby dapat lakukan ni semua..

Sejak baby Fattah anas masuk 11 bulan aritu.. baby dah mula memapah dekat sofa.. lepas tu dah mula lepas tangan sikit2.. then berdiri lama tanpa pegang apa2.. then mula menapak dan akhir sekali mula berjalannn…  wahhh.. ibu soo excited tauu.. setiap hari tak sabar nak tengok perkembangan Fattah anas..


Secara rasminya (hamboii.. mcm acara apa pulak kan..) Baby Fattah Anas dah pandai jalan pada usia 11 bulan setgh.. ni yg dah dapat jalan banyak tapak la.. dekat 20 tapak ada kot… yeahhhh.. lepas ni boleh beli kasut utk baby.. hihi..

Masa umur setahun nanti mesti dah laju Fattah anas berjalan kan.. raya nanti dah boleh berlariii.. yeahhh.. boleh main kejar2 ngan abang faris.. boleh pakai baju melayu sambil jalan terkedek2.. hahahaha.. amboi.. bukan main lagi ibu bayangkan anak jalan terkedek-kedek kan.. hahaha.. mesti shomel sgt.. hihihi

Masa awal2 dulu susah nak amik video bila Fattah anas mula memapah.. iyela, memapah 3,4 tapak.. time tu baru mak nak tekan button camera dia dah jatuh.. memang tak dan la nak amik video tu.. hahaha.. tp skrg dah byk tapak, dah konfiden jalan dekat 20 tapak walaupun masih selow2.. so sempat la ibu nak amik video.. yeahhh… suke… boleh buat kenang-kenangan nanti.. bila rindu anak kecik2 boleh tengok video diorg time kecik.. pastu tunjuk kat anak2 zaman dia kecik2 baby2 dulu.. hihihi

Video atas ni dilah amik last week masa balik umah MIL kat sedenak.. time tu tinggal kitorg anak beranak je.. yg lain keluar.. so tengah melayan si kenit ni tgh gigih bertatih.. dapat la amik video dia sekali ni..(opsss.. sori.. x bleh nak upload video lak..)


Skrg ni makin rancak baby berjalan sana sini.. semalam berjalan dah lebih 50 langkah ada kottt.. dari hall berjalan terkedek2 masuk bilik... kejap lagi pegi dapur pulak.. siap bawak kipas tangan lagi.. hahaha.. bila abang halang laluan dia, dia marah.. tarik rambut abg.. hahaha.. lawak betul rasanya.. dgn jalan terkedek2 tersengih2... comellllsssss sgt.. hihi


2 April ni Fattah Anas masuk umur 1 tahun.. Ibu nak bagi hadiah apa ye???
Hurmm.. belikan kasut pun ok jugak kan.. hihi..





1 comments:

Fattah Anas,

Solid Food :: Roti Bakar sebagai Food Finger Baby

March 24, 2016 Ibu Dilah 2 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. si kenit Fattah Anas tu dah masuk 1 tahun awal bulan april ni.. tak sampai 2 minggu lagi kan.. sejak dilah perkenalkan makan pejal @solid food pada Fattah anas, semua jenis makanan dia nak makan.. senang citer memang jenis yg pemakan la.. senang hati mak bila tengok anak nak makan…

Oleh kerana Fattah anas ni semua jenis makanan dia nak makan, ada sikit bahayanya jugak lak.. sebab org suap apa je dia nak makan.. org bagi makanan manis2 jajan ke dia pun makan.. kan tak elok dan bahaya tu.. ibu ni punya la gigih tiap2 ari masakkan makanan dan bekal untuk baby.. tuptup org lain sedap2 je bagi makan benda yg tak sepatutnya.. rasa frust sgt tauuu… walaupun diorg cakap “ ala.. sikit jer…” atau “buat rasa-rasa jer..” tak pun “kesian tengok baby.. dia nak makan tu” ai is cannot tau.. rasa tak dihargai sangat apa yg kita dah usahakan yg terbaik untuk anak kita..
-___-

Haritu tanya kat babysitter, makanan yg dilah bawakkan tu cukup tak untuk Fattah anas.. BS cakap kalau ikutkan tak cukup sbb dia kalau tgk org makan je dia pun nak makan jugak.. mula la cuit sikit2 bagi baby makan.. hurmmmm…  tanya lagi, utk 1 bekas tu cukup tak dia makan utk sekali makan?? BS cakap cukup.. kira portion yg dilah sediakan utk sekali makan tu cukup la.. kira okla tu..

Setiap hari dilah akan bekalkan 3 tippuware kecik or 1 tippuware bulat besar (utk 2x makan) + 1 tippuware kecik.. ni portion untuk 3x makan.. kadang2 dilah bawakkan roti.. then lepas ni kena bekalkan biskut pulak.. sbg kudapan or sbg food finger dia.. so xdela org bagi makan makanan yg bukan2 kan..

So arini nak share food finger or rusk untuk baby.. sangat simple cara nak buatnya..

Food Finger @ Baby Rusk : Roti Bakar @ Biskut Roti


Bahan-bahannya
Roti kosong 2/3 keping & Unsulted butter

Cara penyediaan:
Potong roti kecik2 @ panjang2.. then sapu dgn unsalted butter.
Bakar dalam oven.. (dilah bakar mcm nak wat roti bakar tu) dlm 5 min kot..
(hahaha.. tak perasan bape lama.. mmg kejap jer)
Siap!! Simpan dlm bekas kedap udara..


Fattah anas suka makan.. tapi kadang2 dia baling2 jugak.. biasala budak2 kan.. yg penting bila dia tengok org makan ada benda yg elok boleh kita bagi dia makan.. dari bagi biskut2 lain yg kita tak tau kandungan gula dia bape banyak kan.. 

Lagi pun food finger ni sesuai sangat la dengan baby yg tengah gatal gusi kan.. luar keras tp bila lama2 baby hisap akan lembik jugak.. lepas ni boleh pelbagai
kan pulak roti bakar ni..

Selamat Mencuba!!



2 comments:

Anak-anak,

Pendaftaran Kemasukan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2017 & 2018

March 22, 2016 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum

Arini dilah nak share sikit pasal pendaftaran untuk kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2017 dan 2018.. iaitu bagi anak-anak yg lahir pada tahun 2010 dan 2011.. pendataran dibuka mulai 1 mac sehingga 31  mac 2016.. so, pada yg belum register lagi tu cepat-cepat la pegi register anak korang.. terutama yg lahir pada tahun 2010 sbb nak sekolah nye tahun depan kan…

Alhamdulillah.. dah selesai urusan pendaftaran kemasukan tahun 1 untuk kakak Imani tahun depan.. lega rasanya.. selagi tak register selagi tu dilah rasa risau tau.. risau kakak Imani tak dapat tempat kat sekolah kebangsaan Taman Sri Pulai tu nanti.. takut terpaksa bersekolah kat sekolah yg jauh.. huhuhu.. maklum ler.. anak pertama yg nak masuk sekolah rendah kan.. risau ler maknye.. haha.. last week lepas  cabut gigi, dilah terus ke sekolah untuk hantar borrang dan dokumen yg diperlukan..


Sebelum pegi sekolah tu dilah dah survey dulu apa dokumen yg diperlukan untuk pendaftaran tahun 1 ni.. ada beberapa dokumen utama yg perlu dan beberapa dokumen tambahan (bergantung kpd sekolah). So, untuk lebih clear boleh check dekat sekolah yg nak didaftarkan tu sendiri.. tp kat sini dilah nak share jugak dokumen yg wajib dibawa dan diberikan semasa pendaftaran nanti..

1) Salinan surat beranak anak dan surat beranak asal.
2) salinan IC ibu bapa / penjaga
3) salinan bukti tempat tinggal (bil api/air)
4)1 keping sampul surat putih 6x9 + setem RM1 + tulis alamat sendiri
5)1 keping sampul surat putih 4x9 + setem RM1 + tulis alamat sendiri
6) slip gaji ibu bapa / penjaga


Masa register tu nanti kena bawa surat beranak asal tau.. sebab nanti sekolah akan cop kat belakang surat beranak tu.. kira cop pengesahan pendaftaran ke sekolah yg tersebut..

Dilah sempat tanya pada kerani aritu pasal bilangan pelajar dan kelas tahun 1. Kat sekolah tu ada 7 kelas untuk darjah 1 tahun ni.. 1 kelas 30 org.. so next ye pun lebih kurang tu jugak la agaknya dlm 6-7 kelas.. fuhhhh… telan ailio dilah dengar.. mcmana la agaknye kan diorg belajar.. mesti banyak persaingan tu nanti.. dulu dilah time sekolah rendah ada 2 kelas je tau..

Bulan 6 ni pulak nak try apply pra-sekolah untuk faris zakwan pulak.. tu pun kalau diorg bukak pendaftaran untuk budak yg lahir tahun 2012 la.. kalau tak, tahun depan jer la register darjah 1 dan pra-sekolah.. oh ye.. masa untuk pendaftaran pra-sekolah ni tak sama untuk semua sekolah tau.. so korang  kena tanya sendiri kat sekolah masing-masing tau..

Bila dah daftar darjah 1 ni rasa dah besar dah anak ibu.. kejap jer dah nak masuk sekolah rendah.. kakak Imani pun asyik tanya je bila kakak nak masuk darjah 1.. bila kakak nak 7 tahun.. bayangan dia mesti best darjah 1 tu kan.. hahaha.. imiginasi budak-budak kan.. rasa nak jadi macam org besar.. bila dia tengok kakak-kakak yg lebih besar dari dia kat tadika dia skrg, nak jadi mcm kakak-kakak tu la.. hahaha..


Mudah-mudahan anak ibu diterangkan hati dalam menuntut ilmu.. Berjaya di dunia dan akhirat.. aminn…

1 comments:

Aktiviti bersama family,

Musim Panas dan Musim Sakit

March 21, 2016 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Bulan march dan april ni memang musim panas kat Malaysia ni kan.. hamboii.. mcm la malaysia ni ada 4 musim kan.. siap ada musim panas sejuk lagi..hahaha.. Malaysia ni ada mcm2 musim.. musim panas sejuk, banjir kemarau dan musim biasa2 jer.. haha..

Bulan 11-2 musim sejuk dan banjir di sesetengah tempat. (kritikal bulan 12-1)
Bulan 3-6 musim panas dan kemarau di sesetengah tempat jugak.. (kritikal bulan 3-4)

Dulu time sekolah xde pun amik tahu semua ni.. senang cakap tak perasan pun pasal cuaca2 kat Malaysia ni.. rasa mcm sama jer sepanjang tahun.. hahaha.. budak2 lagi kan time tu.. tp bila dah keje, dah kawen dan beranak pinak, mula la rasa alert sikit.. senang cakap lebih amik tahu pasal keadaan sekeliling dan isu semasa.. lagi2 bila melibatkan anak2 kan..


Ok.. actually nak citer yg dilah perasan 3 tahun kebelakangan ni around bulan 3 dan 4, mesti ada anak2 dilah yg demam teruk sampai warded.. kalau nak diikutkan, anak2 Dilah ni jenis yg jarang demam.. kalau batuk2 or selsema sikit2 tu adala tp tu pun tak lama.. jarang batuk teruk2 yg lama.. Tapiii.. bila masuk bulan 3 dan 4 mesti ada yg demam lama.. batuk2 dan selsema teruk sampai warded..


Tahun 2014 – Faris Zakwan @ 1y5m warded KPJ 4H3M


Tahun 2015 – Nur Diyana Imani @ 4y4m  warded KPJ 4H3M


Tahun 2016 – Fattah Anas @11m warded KPJ 3H2M

Memandang kan dah ada experiences setiap tahun macam ni, so dilah lebih alert skrg ni.. masuk bulan 3 jer dilah dah mula standby.. memang kena lebih penjagaan time musim2 panas mcm skrg ni.. suruh diorg banyak minum air.. kurangkan aktiviti kat luar rumah..

Lately ni ayahwan pulak dah asyik bertanya bila nak gi bercuti lagi.. sbb dia plan setiap 2/3 bulan kitorg pegi la memana utk short vacation.. tak jauh dekat2 pun boleh.. percutian bajet… tp dilah cakap nak bercuti elakkan bulan 3-4.. sebab musim panas.. kesian kat budak2.. mak ayah pun kesian jugak kalau anak tak sihat nanti.. betul tak???

Kalau nak bercuti jugak or keluar berjalan2 jugak cari la tempat2 yg sejuk atau ber’aircond’.. jangan ambil risiko nak bawak anak2 pegi tempat yg terbuka dgn cuaca panas.. nanti bukan shj setakat boleh memudaratkan kesihatan, tapi anak pun tak selesa dgn cuaca panas.. mula la rimas, merengek jer.. mood pun nanti dah kelaut kalau anak buat perangai kannn.. dari nak happy2 dah lain jadinya nanti.. huhu..

So ibu2 dan bapak2 sekalian.. jaga anak2 baik2.. banyakkan minum air.. dan kurangkan aktiviti luar yeee… semoga anak2 kita semua diberi kesihatan yg baik sentiasa.. aminn…





0 comments:

Cerita ibu,

Cabut Gigi ni sakit ke??

March 18, 2016 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum

Hari Rabu aritu dilah sakit gigi.. rasanya ni 1st rasa sakit gigi sangat2 tau.. kalau nak ikutkan gigi dilah ni memang jenis yg sensitive.. tak boleh makan or minum yg panas2 or sejuk2 sgt.. memang tak boleh nak masuk.. kalau minum air berais tu memang rasa ngilu.. hahh.. ni pun salah satu rahsia nape dilah suka minum air suam je dan jarang minum ais.. hahaha

Malam tu sebelum tido tetiba rasa sakit gigi.. time tu dah baring2 sambil tidokan si kecik Fattah anas tu.. lepas baby dah tido rasa lagi sakit.. tp boleh tahan2 lagi la.. time tu semua org dah tido tinggal dilah sorang jer yg tak tido tahan sakit.. Sambil layan sakit tu mula lah google carik petua nak legakan rasa sakit gigi.. mcm2 petua jumpa.. dilah try jugak sikit2.. ada yg membantu dan ada yg tak..

 ** gambar google

Mula2 try kumur2 dgn air garam.. ok kejap je pas tu sakit balik.. kali ke2 buat dah tak berkesan.. pastu try gigit bawang putih.. ni at least sejam.. tp mcm tak berkesan pon.. baru seploh minit try tak hilang jugak terus dilah stop.. tak sanggup oii nak tunggu sampai sejam.. sakit ni mcm dah ditarik2.. nak tunggu sejam baru baik??? Memang tak tahan.. hahaha.. Next try gigit bunga cengkih pulak.. mula2 gigit tu memang berkesan.. lama gak la dilah gigit.. tp lama2 sakit balik… dan makin sakit sgt…

Last sekali dilah try berkumur2 dgn air listerin tu.. memang lega sangat.. hilang rasa sakit tu… tapiiii… 5 min lepas tu sakit balik.. pegi sinki balik kumur2 ngan listerin.. baik semula.. pastu 3 min lagi sakit balik.. ehh.. dah macam contraction pulak kan.. 3min, 5min sekali rasa sakit tu dtg.. tp siyes, time datang sakit tu rasa sakit sgt2… try tahan gak tp tak boleh.. cepat2 lari kumur2 ngan listerin lagi..


Fuhhhh.. bygkan la dr kul 2 lebih sampai kul 4 lebih wat mcm tu je.. mau nye tak penat.. dgn ngantuk toksah citer la.. siap makan ubat tido dgn harapan bila ngantuk tertido dan tak rasa sakit lagi.. tp harapan tinggal harapan jer la.. hahaha.. last2 ntah kul bape tido pun dah tak sedar..
Pagi tu bangun dah tak rasa sakit lagi.. so ckp ngan ayahwan nak gi klinik la.. nak cabut gigi.. tp x tau nak gi klinik mana.. ayah wan ckp gi la klinik yg dia cabut gigi sebelum ni.. klinik tu kat larkin.. bila tanya2 klinik apa yg dia pegi tu, rupanya klinik kesihatan larkin.. la.. ingatkan klinik swasta.. so, dilah decide nak gi klinik kesihatan taman U je la.. dekat sikit..

OK..sampai kul 9pg.. org dah ramai.. dapat no 1017. Pastu dgn no2 lain lagi.. tp tak terasa lama menunggu.. bila no naik, rasa dupdapdupdap.. maklum ler dah lebih 17tahun tak cabut gigi ni.. lagi satu dilah ni jenis takut sikit nak gi cabut gigi.. hahaha.. mcm budak2 kan.. tu yg dok simpan je gigi berlubang dari zaman sekolah dulu.. mentang2 tak sakit kan, buat deck jer.. tiap kali pregnant bila check gigi doctor advice utk cabut gigi lepas dah bersalin.. tp tak cabut2 pun.. buruk betul perangai kan.. hahaha..

So masuk la jumpa doctor.. doctor check semua gigi.. pastu gigi yg sakit tu dia bius.. time bius kat gusi tu terasa sakit sikit la.. then, doctor suruh kumur dan keluar dulu.. sementara tu ada 2, 3 org patient lagi yg masuk bila doctor.. lebih kurang 10min gitu doctor panggil semula.. time tu memang dah terasa kebas dah.. rasa gemuk pipi ni.. hahaha..


Ni la masa yg ditunggu2.. lagi dupdap rasanya.. doctor suruh ngangah.. dah start amik alat dia tu nak cabut gigi.. hishhh.. rasa cam nak suruh stop jer rasanya time tu.. haha..mak penakut betul.. hahaha.. tp dlm hati je la.. doctor pun mula godek2, dan goyang2.. dia ckp tak kan rasa sakit cuma rasa  goyang2 jer.. yerrr.. memang tak rasa sakit langsung!!! Rasa goyang2 je kat gigi tu.. dan rasa doctor tarik… tuptup dah tercabut pun gigi nya..

Wahhhhh… kejap sangat tau.. tak sampai  5 min pun.. dah yg paling hebat sekali tak rasa sakit langsung!!! Time bius tu pun ada rasa sakit sikit.. tp time cabut langsung takde…. I is teruja uollsss…. Tak seperti yg dibayangkan.. sebelum ni terbayang cabut gigi tu sakit sangat dan mcm scary jer… tp rupanya takkkk… 17 tahun tipah tertipu rasanya… hahahha… teruk betul kan…

PSIKO je selama ni rupanya…. Sbb dulu dilah mmg jenis takut nak jumpa doctor.. makan ubat pil pun tak reti tau.. tp skrg ni sakit bersalin normal dan czer pun  dah penah rasa.. setakat kena cucuk2 jarum dah biasa rasa.. maklum dah pregnant dan beranak 3x kan… tu yg jiwa dah kental kotttt.. dah boleh tahan rasa sakit tuuu… hahahaha….

Terima kasih doctor sebab dah ubah persepsi saya selama ni.. lepas ni boleh cabut gigi yg rosak tu pulak.. tp rasanya gigi tu mcm kena minor operation jer.. sbb dah berlubang sampai akar… huhu…
Balik tu bgtau anak2 ibu dah cabut gigi.. bila diorg tanya sakit tak, dilah cakap kat diorg tak sakit pun cabut gigi.. hahaha.. iyela, kite kena bg good impression kat anak2 kan.. kalau kita ckp sakit nanti diorg pun jadi takut.. hahaha..

Sape yg takut nak jumpa doctor gigi mcm dilah dulu angkat keyboard!!! hahaha


1 comments:

Aktiviti bersama family,

Pengalaman anak2 1st time tengok movie :: BOBOIBOY THE MOVIE

March 17, 2016 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Sepanjang ibu dilah dan ayah wan berkawen, tak pernah lagi kitorg kuar tengok wayang.. last tengok wayang pun sebelum kitorg kawen dulu.. zaman cintan cintun dulu.. hahaha.. tu 6 tahun lepas.. kalau tengok movie pun mesti citer2 aksi.. takdenye citer2 melayu or romantik2 or citer kelakar.. mesti citer ganas2 dan aksi2 je yg menjadi pilihan ayah wan..

Bila dah kawen kadang2 teringin gak nak tgk movie, tp kesian lak kat budak2.. tak kan nak tinggal.. tak mungkin ok!! Ke mana kitorg pegi pun mesti angkut semua anak2.. takde nak tinggal2.. lagi2 kitorg tinggal jauh dari family.. kalau dekat ngan MIL tu pun tak sampai hati la nak tinggal anak2.. nakal mcmana pun, aktif mcm mana pun mesti bawak jugak.. so mmg tak la nak tgk movie tu.. lagi2 kalau ciiter aksi2 ni kan.. tak nak la expose kat anak2 citer2 ganas ni..

Skrg ni kan tgh hot citer BOBOIBOY THE MOVIE.. selalu jer kuar kat tv iklan dia kan.. anak2 ada tunjuk2 jugak. .tp diorg tak tau yg tu movie, kena tgk kat panggung.. yela, mana penah ibu ayah bawak tgk wayang kannn.. ingat citer tu kat tv jer..


So nak dijadikan citer tetiba ari sabtu lepas ayah wan cakap jom bawak anak2 tgk citer BOBOIBOY… ehh…macam best jer.. iyela, ayahwan kan.. mana la nak tengok citer2 mcm tu kat cinema.. tp bila dia dah offer, of cos la I teruja ok!! Hahaha.. mak yg over kan… tp masa kitorg kuar tu tak cakap lagi ngan anak2 yg nak bwk diorg gi tgk citer boboiboy..

Kitorg gi tengok kat AEON KULAIJAYA..kalau ikutkan dilah dah boring gi aeon tu.. ehh dekat sgt kot ngan opis..slalu gak makan situ.. tu yg dah boring.. tp sbb kat situ ada cinema, okla, bawak budak2 jalan kat situ.. so masa nak gi beli tiket tu baru la cakap kat kakak yg kita nak tengok citer boboiboy.. ehhh.. teruja betul budak2 tu…



Sementara nak movie start, kitorg gi makan dulu.. time makan tu bgtau la kakak sikit2 pasal cinema tu mcmana.. ada tv besar.. tak boleh bising2.. tak boleh berdiri2.. tak boleh main2..haha.. kasi gambaran la sikit kat diorg supaya diorg boleh behave dalam tu nanti..






Alhamdulillah, masa tengok movie tu, anak2 boleh dikatakan behave jugak.. sbb kalau ikutkan diorg ni jenis tak leh duduk diam.. si abg faris mmg diam jer tgk citer tu.. si kakak jer mcm ada jakun sikit.. hahaha.. kejap bangun sejuk la.. kejap berdiri tengok belakang la.. kejap ckp tak selesa la.. ehhh.. mcm2 pulak.. tp xdela sepanjang masa mcm tu.. kejap2 je.. adik baby pun sgt behave.. 45min awal dia pun tengok citer tu jugak.. tak nangis langsung.. then, dia mula gerak2 tak selesa kot.. so dilah menyusukan dia then dia tido.. dekat nak habis citer baru dia bangun balik…


Ok.. secara keseluruhan kami bagi 5 bintang utk citer BOBOIBOY THE MOVIE.. citer best sgt… kagum dengan hasil animasi anak tempatan.. mcm citer international gak.. anak2 pun happy sgt… ayah wan cakap lepas ni boleh la bawak diorg tgk movie lagi.. InsyaAllah, kalau ada citer yg sesuai boleh bawak anak2 tengok wayang lagi…


0 comments:

Demam,

Fattah Anas admitted @ KPJ

March 15, 2016 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Hari ni nak share sikit pasal baby Fattah anas admitted kat Hospital Pakr, KPJ (Jln Abdul Samad) last week.  Actually, 2,3 hari sebelum tu baby Fattah memang dah selsema dan batuk2. For me agak teruk jugak la sbb sblm ni tak penah baby batuk2 mcm tu.. tp batuk dia bukan la sepanjang masa.. kadang2 jer.. tp kesian la utk budak kecik mcm tu kan..

Malam Jumaat sebelum tu pun rasa badan baby dedor2.. tp malam tu xdela panas sgt. Sbb balik keje tu je terus dilah mandikan baby dgn air lemon.. so panas terus turun.. pagi jumaat tu boleh dilah gi keje mcm biasa..

Hari sabtu ahad mcm biasa la selsema & batuk sikit2. Tp tetiba lepas magrib hari ahad tu rasa badan baby mcm dedor jer.. tak lama lepas tu makin panas dan panas.. 38++ dekat2 39++..  then ayah wan masuk kan ubat bontot.. tp panas tak turun2 jugak.. badan dan kepala memang dilah dah basahkan jer ngan tuala basah…

Malam tu tido pun tak lena.. kejap2 tukar kain.. basahkan semula.. baby tido pun dgn baju yg basah.. masukkan kain basah dlm baju tu.. tp tu pun masih panas lagi… selang sejam check suhu.. bila terjaga je cepat2 check suhu.. tukar kain… memang tido2 ayam jer la..

Oh ya.. bila tau suhu tu tak turun2, dilah dah ckp ngan ayah wan.. ni kena standby ni.. buatnya panas berterusan kena bawak gi hospital.. kalau dah gi hospital dah sah2 la kena admit nanti..so kena la kemas kain baju siap2.. dah kate standby mode kan.. baju dilah ngan baby siap2 masuk beg.. baju kakak & abg siap2 iron dan lipat2 masuk laci.. ehhh.. nak tinggal anak ngan ayah nye ni bukan senang.. lagi2 budak2 tu skrg dah sekolah dan duduk taska kan.. karang ntah baju apa yg ayah wan bawak.. hahaha.. org laki kannn…

Bila dah subuh tu dilah kejut ayahwan.. ckp demam baby tak turun2.. dah 39++ je ni.. risau sgt… so kitorg decide nak bawak baby gi spital.. so uruskan kakak dan abg siap2, hantar gi sekolah dulu.. pastu kitorg terus pegi hospital.


 Sampai hospital ngam2 kul 9 pagi.. nasib baik tak ramai org kat emergency tu.. ada sorg jer kot tgh menunggu.. so cepat la dpt masuk dalam tu.. mula2 check suhu 39.8oC.. tinggi sungguh.. hampir2 nak 40 oC. nasib baik la kitorg cepat bwk gi hospital.. pastu tunggu kejap doctor check baby. Bagi makan ubat dulu.. then tunggu kejap lagi utk urusan masuk wad.. alhamdulillah, dlm sejam lebih setel semua urusan dan dapat masuk wad.



Kali ni baby dapat  katil kecik yg utk baby tu.. yg siap berpalang tinggi.. mula2 terpikir jugak mcmana la ibu nak baring sekali ngan baby?? Boleh ke ibu duduk atas tu.. so, awal2 dah request nak tukar katil kat nurse. Tp time tu wad penuh.. takde katil kosong pun.. yela, dah musim demam kan, memang penuh la hospital. So, nurse tu cakap ibu boleh baring skali ngan anak kat katil tu..


Tapiiii… baring kat katil tu kaki tak leh lurus.. huawaaaa… katil tu pendek sikit dr katil biasa, so memang utk org dewasa ni tak bape selesa la sbb kaki tak leh lurus.. tp demi anak, ku tahan kan la jugak. Lagi2 anak kecik jenis mengempeng kan.. so nak tak nak maknye pun kena tido sekali kat katil tu.. xpela, janji anak sihat kan..

Bila doctor round petang tu dia cakap result darah baby tak bape elok.. darah putih tinggi.. kalau tak silap bacaan baby 29, normal 17. So doctor nak buat xtray dada pulak.. memang ada jangkitan kuman sikit..

2nd day tu demam dah takde.. tinggal selsema dan batuk sikit2 je.. tu pun baby akan batuk sikit2 lepas makan something.. ohh ya.. sepanjang baby demam dan warded aritu, selera makan Fattah anas mcm biasa.. tak berkurang pun.. makan minum sentiasa berselera.. so takdela risau sgt.. dan drip air tu pun pakai sekejap jer.. so bebas la sikit baby nak bergerak..



Masa petang hari kedua tu nurse datang bgtau dapat tukar  katil lain.. so, kena la berpindah bilik pulak.. katil ni baru la mak selesa.. hahaha.. tapiiiiiiiiii.. tak boleh tinggal baby sorg2 kalau dia berjaga sbb nya nanti dia nak turun katil tu.. hoho.. selamber jer gelongsor kat celah2 palang tu.. memang bahaya la.. ibu nak gi toilet pun kena tunggu anak tido dulu. Hoho..


Sepanjang kat wad ni, dilah memang bawak gendong baby supaya senang nak bergerak.. ala, baby pun dah biasa pakai SSC ni, so bila dia Nampak ibu pegang je dia dah excited lebih.. dah tau mesti nak gi jalan2… hahaha.. mula la kaki bergoyang2 happy tak terkata… mana tak nye, duk kat hospital baby boring jer.. x dpt nak merangkak ke sana sini.. asyik duk atas katil jer.. bg mainan dibaling2nya ke bawah katil.. pastu dia jengah mana menan yg dia baling tu.. hahaha.. sabo jer la anak.. penat ibu nak mengutip…

Hari ketiga memang hari yg ditunggu2.. tunggu doctor cakap hari ni boleh discharge.. pagi tu doctor round dlm kul 11.30 pagi. Tu pun lepas ada org lab dtg utk amik darah baby.. utk check darah putih tu dah ok lom.. baby tak nangis pun masa amik darah tu tau.. dia tgk je uncle tu cucuk jari dia..tgk jari tgk uncle tgk jari balik.. hahaha.. good boy sgt adik baby ni tau..  Alhamdulillah, result blood test dah ok, so boleh discharge..

Memandangkan ayah wan keje aritu, so kitorg plan lepas ayah wan balik keje terus amik kitorg.. so dilah pun takde la push sgt kat nurse utk urusan discharge.. biasa kalau guna insurans ni process memang lambat sikit. Paling cepat pun 3 jam.. kitorg aritu 4jam stgh baru dpt call utk turun kat discharge suite utk settlekan urusan tu.. so semua dilah handle sendiri sampai siap..

Kul 5.45 ptg ayah wan sampai.. dlm kul 6 ptg kitorg pun keluar.. alhamdulillah… mudah2an lepas ni takyah la lagi check in kat hospital ni  lagi.. kesian kat anak2 kena tinggal..  ibu ngan baby rindu kakak ngan abg.. 
  




0 comments:

Anak-anak,

Dugaan silih berganti

March 11, 2016 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum

Bulan February dan Mac sangat mencabar bagi dilah.. kami diuji dengan pelbagai dugaan.. kitorg 1 family bergilir2 tak sihat. Start dr cuti raya cina hari tu, every week dilah kena amik AL.

Mula2 kaki ayah wan terpijak paku. 2 hari dilah amik half day utk bawak dia pegi klinik.. then ari jumaatnya pulak terpaksa cuti sbb anak2 ada sukaneka kat sekolah dan babysitter baby ada hal.

Next week ye, hari khamisnya dilah pulak MC sbb sakit kepala sgt. Mula2 dilah nak masuk lambat sikit, tp bila otw pegi keje kepala makin sakit sampai rasa nak muntah. Nak drive pun tak boleh. Singgah klinik terus dpt MC.

Then last week pulak, dilah demam, MC 2 hari.


This week pulak baby Fattah anas warded sbb demam panas. AL 3 hari lagi.. so skrg cuti tinggal 1.5 hari jerk… huhu..

Bulan march dan april ni budak2 memang senang kena demam.. cuaca tak menentu.. kadang2 panas sgt2.. pastu tetiba hujan.. time baby warded aritu, majority opismate dilah yg ada anak kecik semua demam.. mak2 la yg terpaksa cuti kan..

Dilah pun sejak 2, 3 minggu ni selalu rasa nak pitam.. tak tau la sebab apa..
Okla.. nanti kalau ada masa share citer pasal baby warded aritu ye..


BYE..

1 comments: