Solid Food :: Roti Bakar sebagai Food Finger Baby
Assalamualaikum
Alhamdulillah.. si kenit Fattah Anas tu dah masuk 1 tahun
awal bulan april ni.. tak sampai 2 minggu lagi kan.. sejak dilah perkenalkan
makan pejal @solid food pada Fattah anas, semua jenis makanan dia nak makan..
senang citer memang jenis yg pemakan la.. senang hati mak bila tengok anak nak
makan…
Oleh kerana Fattah anas ni semua jenis makanan dia nak
makan, ada sikit bahayanya jugak lak.. sebab org suap apa je dia nak makan..
org bagi makanan manis2 jajan ke dia pun makan.. kan tak elok dan bahaya tu..
ibu ni punya la gigih tiap2 ari masakkan makanan dan bekal untuk baby.. tuptup
org lain sedap2 je bagi makan benda yg tak sepatutnya.. rasa frust sgt tauuu…
walaupun diorg cakap “ ala.. sikit jer…” atau “buat rasa-rasa jer..” tak pun “kesian
tengok baby.. dia nak makan tu” ai is cannot tau.. rasa tak dihargai sangat apa
yg kita dah usahakan yg terbaik untuk anak kita..
-___-
Haritu tanya kat babysitter, makanan yg dilah bawakkan tu
cukup tak untuk Fattah anas.. BS cakap kalau ikutkan tak cukup sbb dia kalau
tgk org makan je dia pun nak makan jugak.. mula la cuit sikit2 bagi baby
makan.. hurmmmm… tanya lagi, utk 1 bekas
tu cukup tak dia makan utk sekali makan?? BS cakap cukup.. kira portion yg
dilah sediakan utk sekali makan tu cukup la.. kira okla tu..
Setiap hari dilah akan bekalkan 3 tippuware kecik or 1
tippuware bulat besar (utk 2x makan) + 1 tippuware kecik.. ni portion untuk 3x
makan.. kadang2 dilah bawakkan roti.. then lepas ni kena bekalkan biskut pulak..
sbg kudapan or sbg food finger dia.. so xdela org bagi makan makanan yg bukan2
kan..
So arini nak share food finger or rusk untuk baby.. sangat
simple cara nak buatnya..
Food Finger @ Baby Rusk : Roti Bakar @ Biskut Roti
Bahan-bahannya
Roti kosong 2/3 keping & Unsulted butter
Cara penyediaan:
Potong roti kecik2 @ panjang2.. then sapu dgn unsalted
butter.
Bakar dalam oven.. (dilah bakar mcm nak wat roti bakar tu)
dlm 5 min kot..
(hahaha.. tak perasan bape lama.. mmg kejap jer)
Siap!! Simpan dlm bekas kedap udara..
Fattah anas suka makan.. tapi kadang2 dia baling2 jugak..
biasala budak2 kan.. yg penting bila dia tengok org makan ada benda yg elok boleh kita bagi dia makan.. dari bagi biskut2 lain yg kita tak tau kandungan gula dia bape banyak kan..
Lagi pun food finger ni sesuai sangat la dengan baby yg tengah gatal gusi kan.. luar keras tp bila lama2 baby hisap akan lembik jugak.. lepas ni boleh pelbagai
kan pulak roti bakar ni..
Selamat Mencuba!!
anak saya pun suka cuma tak boleh selalu cepat jemu anak saya ni
ReplyDeleteyela sis.. kena tukar2 wat finger food ni.. supaya anak x jemu kan..
ReplyDelete