Musim Panas dan Musim Sakit
Assalamualaikum
Bulan march dan april ni memang musim panas kat Malaysia ni
kan.. hamboii.. mcm la malaysia ni ada 4 musim kan.. siap ada musim panas sejuk
lagi..hahaha.. Malaysia ni ada mcm2 musim.. musim panas sejuk, banjir kemarau
dan musim biasa2 jer.. haha..
Bulan 11-2 musim sejuk dan banjir di sesetengah tempat.
(kritikal bulan 12-1)
Bulan 3-6 musim panas dan kemarau di sesetengah tempat
jugak.. (kritikal bulan 3-4)
Dulu time sekolah xde pun amik tahu semua ni.. senang cakap
tak perasan pun pasal cuaca2 kat Malaysia ni.. rasa mcm sama jer sepanjang
tahun.. hahaha.. budak2 lagi kan time tu.. tp bila dah keje, dah kawen dan
beranak pinak, mula la rasa alert sikit.. senang cakap lebih amik tahu pasal
keadaan sekeliling dan isu semasa.. lagi2 bila melibatkan anak2 kan..
Ok.. actually nak citer yg dilah perasan 3 tahun
kebelakangan ni around bulan 3 dan 4, mesti ada anak2 dilah yg demam teruk
sampai warded.. kalau nak diikutkan, anak2 Dilah ni jenis yg jarang demam..
kalau batuk2 or selsema sikit2 tu adala tp tu pun tak lama.. jarang batuk
teruk2 yg lama.. Tapiii.. bila masuk bulan 3 dan 4 mesti ada yg demam lama..
batuk2 dan selsema teruk sampai warded..
Tahun 2016 – Fattah Anas @11m warded KPJ 3H2M
Memandang kan dah ada experiences setiap tahun macam ni, so
dilah lebih alert skrg ni.. masuk bulan 3 jer dilah dah mula standby.. memang
kena lebih penjagaan time musim2 panas mcm skrg ni.. suruh diorg banyak minum
air.. kurangkan aktiviti kat luar rumah..
Lately ni ayahwan pulak dah asyik bertanya bila nak gi
bercuti lagi.. sbb dia plan setiap 2/3 bulan kitorg pegi la memana utk short
vacation.. tak jauh dekat2 pun boleh.. percutian bajet… tp dilah cakap nak
bercuti elakkan bulan 3-4.. sebab musim panas.. kesian kat budak2.. mak ayah
pun kesian jugak kalau anak tak sihat nanti.. betul tak???
Kalau nak bercuti jugak or keluar berjalan2 jugak cari la
tempat2 yg sejuk atau ber’aircond’.. jangan ambil risiko nak bawak anak2 pegi
tempat yg terbuka dgn cuaca panas.. nanti bukan shj setakat boleh memudaratkan
kesihatan, tapi anak pun tak selesa dgn cuaca panas.. mula la rimas, merengek
jer.. mood pun nanti dah kelaut kalau anak buat perangai kannn.. dari nak
happy2 dah lain jadinya nanti.. huhu..
So ibu2 dan bapak2 sekalian.. jaga anak2 baik2.. banyakkan
minum air.. dan kurangkan aktiviti luar yeee… semoga anak2 kita semua diberi
kesihatan yg baik sentiasa.. aminn…
Post a Comment