Pendaftaran Kemasukan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2017 & 2018
Assalamualaikum
Arini dilah nak share sikit pasal pendaftaran untuk
kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2017 dan 2018.. iaitu bagi anak-anak yg
lahir pada tahun 2010 dan 2011.. pendataran dibuka mulai 1 mac sehingga
31 mac 2016.. so, pada yg belum register
lagi tu cepat-cepat la pegi register anak korang.. terutama yg lahir pada tahun
2010 sbb nak sekolah nye tahun depan kan…
Alhamdulillah.. dah selesai urusan pendaftaran kemasukan
tahun 1 untuk kakak Imani tahun depan.. lega rasanya.. selagi tak register
selagi tu dilah rasa risau tau.. risau kakak Imani tak dapat tempat kat sekolah
kebangsaan Taman Sri Pulai tu nanti.. takut terpaksa bersekolah kat sekolah yg
jauh.. huhuhu.. maklum ler.. anak pertama yg nak masuk sekolah rendah kan..
risau ler maknye.. haha.. last week lepas cabut gigi, dilah terus ke sekolah
untuk hantar borrang dan dokumen yg diperlukan..
Sebelum pegi sekolah tu dilah dah survey dulu apa dokumen yg
diperlukan untuk pendaftaran tahun 1 ni.. ada beberapa dokumen utama yg perlu
dan beberapa dokumen tambahan (bergantung kpd sekolah). So, untuk lebih clear
boleh check dekat sekolah yg nak didaftarkan tu sendiri.. tp kat sini dilah nak
share jugak dokumen yg wajib dibawa dan diberikan semasa pendaftaran nanti..
1) Salinan surat beranak anak dan surat beranak asal.
2) salinan IC ibu bapa / penjaga
3) salinan bukti tempat tinggal (bil api/air)
4)1 keping sampul surat putih 6x9 + setem RM1 + tulis alamat sendiri
5)1 keping sampul surat putih 4x9 + setem RM1 + tulis alamat sendiri
6) slip gaji ibu bapa / penjaga
Masa register tu nanti kena bawa surat beranak asal tau..
sebab nanti sekolah akan cop kat belakang surat beranak tu.. kira cop
pengesahan pendaftaran ke sekolah yg tersebut..
Dilah sempat tanya pada kerani aritu pasal bilangan pelajar
dan kelas tahun 1. Kat sekolah tu ada 7 kelas untuk darjah 1 tahun ni.. 1 kelas
30 org.. so next ye pun lebih kurang tu jugak la agaknya dlm 6-7 kelas.. fuhhhh…
telan ailio dilah dengar.. mcmana la agaknye kan diorg belajar.. mesti banyak
persaingan tu nanti.. dulu dilah time sekolah rendah ada 2 kelas je tau..
Bulan 6 ni pulak nak try apply pra-sekolah untuk faris
zakwan pulak.. tu pun kalau diorg bukak pendaftaran untuk budak yg lahir tahun
2012 la.. kalau tak, tahun depan jer la register darjah 1 dan pra-sekolah.. oh
ye.. masa untuk pendaftaran pra-sekolah ni tak sama untuk semua sekolah tau..
so korang kena tanya sendiri kat sekolah
masing-masing tau..
Bila dah daftar darjah 1 ni rasa dah besar dah anak ibu..
kejap jer dah nak masuk sekolah rendah.. kakak Imani pun asyik tanya je bila
kakak nak masuk darjah 1.. bila kakak nak 7 tahun.. bayangan dia mesti best
darjah 1 tu kan.. hahaha.. imiginasi budak-budak kan.. rasa nak jadi macam org
besar.. bila dia tengok kakak-kakak yg lebih besar dari dia kat tadika dia skrg,
nak jadi mcm kakak-kakak tu la.. hahaha..
Mudah-mudahan anak ibu diterangkan hati dalam menuntut
ilmu.. Berjaya di dunia dan akhirat.. aminn…
ternampak taman sri pulai..terus teringat kampung mertua.. salam perkenalan.. saya pun tengah google tentang pendaftaran kemasukan ke darjah 1 tahun depan =)
ReplyDelete