Ragam Anak Dara Sorang Yg Boleh buat Ibu Pitammm

March 31, 2016

Assalamualaikum

Dah lama tak citer pasal anak dara dilah yg sorang tu kan.. makin besar makin maciam-maciam perangai dia..aduhhh.. pening ibu melayan kerenah anak dara sorg ni tau.. dah la manja.. tahun depan dah nak masuk darjah 1 tapi perangai mcm adik2 dia jugak.. kadang2 lebih over dari adik pun ada.. hihihi


Macam semalam pagi2 dah moody.. so secara tak langsung pun mood ibu pun spoiled jugak la.. pagi2 ibu kejut dia baik2.. bangun kakak.. mandi... nak pegi sekolah... usap2 badan dia dulu.. peluk2 dia dulu.. nak bagi semangat kat dia la kononnya.. manjakan dia dulu supaya dia bangun tak marah2.. tu pun lambat2 bangun.. tu dilah ok lagi.. kadang bagi la masa 10 min ke sambil2 dilah uruskan benda lain sekali.. 

tapi makin ditunggu makin taknak bangun.. dari kejut slow2 suara pun mula la nak tinggi sikit.. tp arini dilah tak boleh bercakap sgt sbb sakit tekak sangat2. so ckp kat dia ibu tak boleh kejut byk kali.. tak boleh cakap byk2.. kakak cepat bangun.. kalau tak nanti abg (faris) tu yg bangun dulu.. time tu mula la dia nak marah2.. 


Perangai dia skrg ni tak boleh kalah dengan adik/si abg faris..  apa2 mesti nak kakak yg no 1. Tak boleh si faris yg menang.. mesti dia yg menang.. contohnya mandi pagi mesti dia yg mandi dulu, even dilah kejut si faris tu dulu pun dia marah mengamuk.. padahal bila kite suruh dia mandi dia xnak, lambat.. buat dek jer.. so ibu pun acah2 je la nak kejut si faris dulu.. ehhh.. mengamuk2 dia tau.. fuhhh.. hura-hara rumah pagi2 tau…

Then kalau buatkan susu pun mcm tu jugak.. bukan nak cakap susu abg siap dulu kea pa.. baru nak masuk air panas pun dia x bagi dilah masukkan air panas kat botol abg dulu.. nak dia jugak.. eeeee…. Gerammmm nyeee…  kadang2 kite ni main capai jer la mana yg dekat dulu kan.. tp dia tak bagi.. mesti nak dia dulu.. susu dia siap dulu.. dia yg akan minum susu dulu.. Pitam mak layan kerenah dia tauuuu..



Lagi 1 perangai dia yg boleh buat ibu bertukar jadi ijau.. huargggghhhhh.. kalau dah siap mandi, nak pilih baju bukan main payah lagi.. yg ibu pilih semua tak berkenan kat mata dia.. dah tu bila dia pilih baju sendiri mesti bersalin at least 2x.. dah pakai baju A kejap lagi tukar pakai baju B pulak.. tu belum lagi dia pakai baju 2 lapis… kang kejap baju ni x suke la.. lengan pendek la.. tak mcm ni mcm ni la (sambil tangan tunjuk2 kat pergelangan tangan..) dia maksudkan lengan tu dah pendek.. adehhhh… pening ibu tau…

Lepas tu dia kuat menyakat faris skrg ni.. adik tu elok main senyap2 dia pegi kacau.. dah budak tu pun menangis.. pastu kalau adik tu senyap dia buat lagi.. saje nak bagi adik nangis.. tp yg geram nya kalau adik buat dia x bleh pulak.. mmg abis sibelasahnya si adik tu.. aduhhh.. memang dia akan pukul, gigit adik tu kalau dia geram.. memang ganas sgt anak dara sorg ni tau.. fuhhhh....


Memang sangat2 menguji kesabaran dilah skrg ni tau.. cakap ibu taknak dengar.. kalau ibu marah pun bagai mencurah air ke daun keladi je gamaknya.. ha kau.. sampai kuar peribahasa pulak dah,. hahaha.. tp kalau ayahwan marah boleh pulak terus senyap... geram betul ibu tau...

Tapi kadang2 kesian jugak kat kakak sbb selalu kena marah ngan ibu dan ayah..  mana tak marah kalau dah besar tak boleh nak mengalah ngan adik kan.. perangai lagi over dari adik2 dia tau.. buat ibu sakit dada selalu.. huhuhu


Hope bila kakak dah masuk sekolah rendah tahun depan, kakak akan ubah perangai.. dah makin besar kan.. skrg campur ngan budak kecik tu yg perangai pun mcm adik2.. 
apa2 pun ibu tetap sayang kakak sgt2.. anak yg mula2 menjadikan kita sebagai ibu kan.. tentunya istimewa dia lain sikit.. hihi.. daaa


You Might Also Like

3 komen

  1. Telatah kakak dengan adiknya faris hehehe lucu tau...nak kejar siapa menang dlu...tu maknanya diorang bijak tau, disiplin nak siap dlu bagusnya...teringin nak anak ramai cm ni...doakanlah ye

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah ju.. ada rezeki ju nanti dapat anak ramai.. mmg kadang2 lawak tgk budak berdua tu berlumba.. tp kadang2 stress jugak bila dia nak menang tp tak nak cepat buat.. hahah.. budak2 kannn.. mak sabor jer la..

    ReplyDelete
  3. heheh dah jadi anak dara dah pandai pilih baju sendiri ye

    ReplyDelete