Yeah!! Fattah Anas dah pandai jalan @11 bulan

March 28, 2016

Assalamualaikum


Arini nak share pasal si kecik Fattah anas tu lagi.. biasala, bila ada baby ni setiap perkembangan anak akan buat ibu2 terlebih excited.. lagi2 perkembangan yg penting2 mcm bila anak mula meniarap, merangkak,duduk, tumbuh gigi, berjalan, bercakap. Ni  semua perkembangan utama anak2 kan.. memang tak sabar nak tengok baby dapat lakukan ni semua..

Sejak baby Fattah anas masuk 11 bulan aritu.. baby dah mula memapah dekat sofa.. lepas tu dah mula lepas tangan sikit2.. then berdiri lama tanpa pegang apa2.. then mula menapak dan akhir sekali mula berjalannn…  wahhh.. ibu soo excited tauu.. setiap hari tak sabar nak tengok perkembangan Fattah anas..


Secara rasminya (hamboii.. mcm acara apa pulak kan..) Baby Fattah Anas dah pandai jalan pada usia 11 bulan setgh.. ni yg dah dapat jalan banyak tapak la.. dekat 20 tapak ada kot… yeahhhh.. lepas ni boleh beli kasut utk baby.. hihi..

Masa umur setahun nanti mesti dah laju Fattah anas berjalan kan.. raya nanti dah boleh berlariii.. yeahhh.. boleh main kejar2 ngan abang faris.. boleh pakai baju melayu sambil jalan terkedek2.. hahahaha.. amboi.. bukan main lagi ibu bayangkan anak jalan terkedek-kedek kan.. hahaha.. mesti shomel sgt.. hihihi

Masa awal2 dulu susah nak amik video bila Fattah anas mula memapah.. iyela, memapah 3,4 tapak.. time tu baru mak nak tekan button camera dia dah jatuh.. memang tak dan la nak amik video tu.. hahaha.. tp skrg dah byk tapak, dah konfiden jalan dekat 20 tapak walaupun masih selow2.. so sempat la ibu nak amik video.. yeahhh… suke… boleh buat kenang-kenangan nanti.. bila rindu anak kecik2 boleh tengok video diorg time kecik.. pastu tunjuk kat anak2 zaman dia kecik2 baby2 dulu.. hihihi

Video atas ni dilah amik last week masa balik umah MIL kat sedenak.. time tu tinggal kitorg anak beranak je.. yg lain keluar.. so tengah melayan si kenit ni tgh gigih bertatih.. dapat la amik video dia sekali ni..(opsss.. sori.. x bleh nak upload video lak..)


Skrg ni makin rancak baby berjalan sana sini.. semalam berjalan dah lebih 50 langkah ada kottt.. dari hall berjalan terkedek2 masuk bilik... kejap lagi pegi dapur pulak.. siap bawak kipas tangan lagi.. hahaha.. bila abang halang laluan dia, dia marah.. tarik rambut abg.. hahaha.. lawak betul rasanya.. dgn jalan terkedek2 tersengih2... comellllsssss sgt.. hihi


2 April ni Fattah Anas masuk umur 1 tahun.. Ibu nak bagi hadiah apa ye???
Hurmm.. belikan kasut pun ok jugak kan.. hihi..





You Might Also Like

1 komen

  1. wah awalnya dia berjalan. my son jalan masa 1 year +. my daughter pulak masa 1 year 4 month kot. tu pun gigil lagi. doc kata faktor berat badan mungkin

    ReplyDelete