Makan Nasi Arab Lagi - Ceritera Ibu

Makan Nasi Arab Lagi

Assalamualaikum

Hari Isnin lepas kitorg pegi makan nasi arab lagi.. rasa mcm dah lama tak makan nasi arab.. kitorg 1 family ni makan nasi arab.. so kitorg pegi la makan nasi arab kat Taman U, skudai. dah kerap jugak pegi makan kat SINI.. tp nama restoren ni slalu lupa.. hahaha.. Pomegranate Garden Restaurant..



Sejak sebulan dua ni, kalau kitorg keluar makan si abg ngan kakak tu dah nak makan sendiri.. kalau sebelum ni ikut mood nak makan ke tak.. then kalau nak makan mesti kena ibu yg suap.. tak nak makan sendiri.. tp skrg ni dah nak makan sendiri.. so, order pun kena lebih.. order 3 pinggan nasi arab terus.. budak2 punya bahagi 2 org.. si abg pun skrg bila makan sendiri dah kurang berterabur nasi tu.. dah besar kannn anak ibu.. hihi..






Ni mmg menu fav kitorg kalau datang makan kat sini.. Kubedah lamb.. ayah wan lagi suka makan nasi arab yg jenis nasi putih plain lawan dengan kebab kambing.. nasi arab jenis yg berrempah sgt tak berapa suka.. budak2 tu lagi la suka sbb kakak tu kan tak abis2 nak nasi putih.. ni pun kadang makan bertambah tauu...






Budak 2 beradik ni memang selalu je bergaduh.. kalau time gaduh tu dah macam ultraman ngan raksasa.. hahaha.. memang sampai bertendang, bertepuk, bertampar lagi tau.. yg kakak tu pun tak padan perempuan tp ganas dan lasak jugak.. tapi kalau time baik, fuhhh... mcm mak ngan anak.. sorang jadi mama.. sorang jadi "aish".. aish tu kononnya faris time kecik2 la.. main manja2.. hahaha.. mmg comel time baik..



Tengok time tak kena, sorang nak amik gambar betul2 depan hp.. sorang lagi dah marah sbb si abg tu kat depan.. dah berkerut2 muka.. tu tak dengar lagi kakak membebel kat faris.. sabo jer la anak2 ni... baby pulak time ni tgh sibuk nak berjalan2.. budak dah dapat kaki kannn.. x reti duduk diam..



Alhamdulillah.. kenyang makan nasi arab.. lain kali nak beli beras panjang ni jela.. nak masak sendiri.. then pelbagaikan lauk.. mana tau terbuka selera ayahwan tu.. dia tu selalu tak de selera makan.. so time dia rasa nak makan, kita layankan jer la...



3 comments:

  1. ciknaa baru ni makan dgn mertua.. sedap jugak kat kota tinggi.. hehe.tapi xleh selalu kopak poket..huhu

    ReplyDelete
  2. betul tu cikna.. nasi arab ni biasanya mmg mahal.. tp yg kitorg order ni 1 set tu offer RM8.50 je.. sbb nasi putih kot bukan jenis nasi arab yg berempah tu kot..

    ReplyDelete
  3. nasi arab ni macam kering sikit kan. untuk penggemar kuah 'banjir' macam I ni mmg kurang sesuai. ehhehe tapi sesekali tukar selera sedap jugak.

    ReplyDelete