Aktiviti bersama family,

Movie : The Jungle Book

April 19, 2016 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum


Hari Sabtu lepas kitorg pegi tengok wayang lagi.. Sekali dah pegi tengok wayang asyik la nak pegi lagi.. macam dah kemaruk pulak nak tengok wayang skrg ni tau.. hahaha.. anak2 pun bukan main lagi, sikit2 request ayah jom la tengok wayang lagi.. hahaha..

Alhamdulillah, skrg ni pun ayahwan ada rezeki lebih.. sejak buat part-time programming ni, job sentiasa masuk.. so, dapat la spend untuk belanja anak2 dan family.. murah rezeki belanja anak isteri dan family tau.. semoga rezeki ayah wan terus mencurah2.. aminn..


So nak jadikan citer, sabtu lepas kitorg xde pun planning nak pegi memana.. Ayah wan pulak siang tu pegi jumpa member pasal part time job tu.. dia balik pun dah petang sikit.. then sambung wat keje lagi.. tp dalam kata busy wat keje tu ada tanya jugak nak gi mana2 tak.. ayahwan ni memang tak leh duk kat umah jer, suka bawa family kuar berjalan time weekend. so dilah cakap jom tengok The Jungle Book, citer budak2.. terus on jer..


Kitorg kuar rumah pun dah pukul 8 lebih.. terus pegi U-MALL dekat taman U jer.. tu yg paling dekat. kalau gi time cam ni confirm la start kul 9-10 mlm kan.. time kitorg sampai tu tinggal movie kul 10:10pm jer yg ada.. boleh la.. lagipun ahad kitorg cuti.. budak2 pun tak sekolah..


Anak-anak seronok la nak tengok movie lagi.. mcm biasa abg faris boleh tengok dengan kusyuk.. xdela byk bertanya dan gelisah.. tp kakak imani tu kejap2 tanya ibu itu ini.. kejap2 bangun.. mmg tak reti duduk diam.. memandangkan kitorg tengok citer pun dah malam sgt, dah dekat hujung2 citer tu anak2 pun dah mengantuk dan tetido.. so, ibu ngan ayah jer la layan sampai habis..


OK, secara keseluruhan movie ni ok la, best jugak.. takdela best sgt2 dan takdela boring sangat2..sesuai untuk budak2 tengok.  Cuma masa kitorg pegi tu jer kot yg tak sesuai sangat, time anak2 tido kan.. padahal,  diorg xdela jenis tido awal sgt.. tp sbb bila tgk movie kan statik 1 tempat, tu yg cepat ngantuk, tambahan lagi sejuk kannn... 

Hurmm.. next citer ape pulak??? Citer budak2 yer.. kalau ikut ayah wan memang nak citer aksi jer tp tak sesuai pulak utk anak2 tengok.. fattah anas tu pun kalau time tengok movie kalau ada bunyi kuat2 sgt byk kedegang kedegung memang dia peluk ibu kuat2, muka sembam kat dada ibu.. nampak tak selesa dan takut2... So, memang prefer tengok citer budak2 jer la kan... hihi




You Might Also Like

1 comment:

  1. wah seronokla si kecik tu ye dapat tgk movie. I belum penah bawak anak ber-movie lagi. T_T

    ReplyDelete