Aktiviti bersama family,

Riadah petang di Hutan Bandar Mutiara Rini

April 12, 2016 Ibu Dilah 2 Comments

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak bawak anak2 beriadah petang.. asyik bawak anak2 pegi jalan shopping mall jer, tak bebas langsung bagi diorg.. nak pegi playground kat area rumah ni pun jarang sangat.. iyela, balik keje sampai rumah pun dah magrib.. time weekend pulak ada jer aktiviti lain..

So weekend lepas ni ayahwan decide nak bawak anak2 pegi main2 kat 'taman'.. kitorg siap bawak basikal lagi.. Hutan Bandar Mutiara Rini ni memang luas sangat. tempat rekreasi ni memang sentiasa ramai org.. mcm2 aktiviti ada kat sini tau.. ada pertunjukan layang2.. ada track kereta kecik tu.. berbasikal.. gym.. playground pun banyak jenis.. berjogging, bubble giant dan macam2 lagi.. tu yg serenok pegi kat sini..



Memandangkan skrg ni fattah anas dah pendai berjalan dan memang tengah kemaruk sangat nak berjalan, so kitorg lepaskan la dia.. bagi adik berjalan puas2.. dalam masa seminggu dari birthday dia 2 april aritu, skrg ni dah laju fattah anas berjalan.. mmg jauh beza tau.. suka sangat dia bila ibu lepaskan.. 




Bila penat adik duduk or cangkung kejap.. hahaha.. comel.. bagi minum air pun laju jer.. yg tak tahan turun, dah x sempat nak pegang botol terus dia sedut je straw tu.. hahaha.. memang penat sgt la tu.. tp kejap jer dia rehat tau, then dia bangun berjalan lagi.. memang gigih betul budak kecik sorang ni tau...




Abang faris ngan kakak imani pulak bawak basikal.. botol air semua masuk dlm bakul basikal.. kakak masih bawak basikal 3 roda.. kat rumah kitorg tu mmg takde tempat nak ajar dia bawak basikal tanpa roda kecik tu.. depan rumah pulak bukit.. so sampai skrg ni masih bawak basikal roda kecik.. walaupun basikalnya dah besar dah.. hihi..






Dah puas berjalan dan main basikal, bawak anak2 gi playground pulak..cuaca time tu redup jer.. sbb mendung macam nak hujan.. padahal time tu baru pukul 5 lebih.. kat playground, abg ngan kakak main panjat2 la, gelongsor dan macam2 lagi.. banyak permainan kat situ.. so budak2 tak boring..








Baby pulak bagi dia main buaian.. 1st time tau baby naik buai ni.. lagi best sbb jenis buai yg mcm ni.. so senang la bagi baby naik.. tak risau terjatuh ke apa.. dah tu tolak sikit je, buai tu akan sentiasa berayun jer.. x perlu kejap2 nak ayun.. baby memang suka la.. 


Tengah main tetiba terasa macam air menitik kat pipi.. tengok 2,3 kali baru perasan hujan mula turun.. gerimis sikit2.. apa lagi, cepat2 angkat baby dan panggil anak2 balik.. mak bapak yg lain pun sama.. tetiba semua org berlari masuk dlm kete. sekejapan jer kosong playground tu.. hahaha.. ayahwan cakap mcm ada perang.. semua org tetiba lari.. hahaha..








Alhamdulillah.. anak2 happy sangat dapat bermain kat taman tu.. seronok dapat menggembirakan anak2.. masuk kete masing2 tertidur kepenatan.. best dapat luangkan masa dgn anak2.. kualiti time yg sangat berharga bagi kami.. lain kali kita pegi lagi ye..


notakaki : skrg ni mmg banyak ambik gambar baby jer.. kakak ngan abg dah puas bergambar time kecik2 dulu.. haha

You Might Also Like

2 comments:

  1. Entah nape suka pulak auntie dengan nama fattah anas ni...

    ReplyDelete
  2. betul tu quality time tu penting kan. dorang tak kisah pun kalau tak bawak tempat memahal janji spend time sekeluarga

    ReplyDelete