Botol Susu Besi,

Promosi Pra-Ramadhan Botol Susu Besi

May 31, 2016 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Seperti  yg dijanjikan sebelum ni, sempena bulan Ramadhan yg akan menjelma tak lama lagi, Little Bambam nak bagi special offer untuk ibu2 semua.. iyela, time bulan puasa nanti mesti mak-mak semua busy kan.. dengan amal ibadat kita, dengan persediaan nak raya lagi..dah la berpuasa lagi.. mesti penat kannn.. so kami nak memudahkan anda la ni..

Kat entry Botol Susu Besi sebelum ni dah bagitau kelebihan botol susu besi kan.. tapi kali ni nak lebih detail kelebihannya pada bulan Ramadhan dan raya nanti.

KELEBIHAN BOTOL SUSU BESI

1 – Memudahkan ibu menyediakan susu untuk anak yg kerap menyusu malam.
Contoh : Time bulan puasa ni, mak-mak mesti ramai yg tak cukup tido.. dah tu nak bangun awal lagi utk sediakan persiapan bersahur.. kalau anak pulak jenis kerap bangun malam nak susu, mesti mak-mak sangat letih dan tak cukup rehat kan.. so, siapkan susu anak dalam botol susu besi sebelum tido, dan anda boleh tido lena. Anak bangun tinggal bagi jer..

2 –  Memudahkan susu untuk anak semasa travel atau outing
Contoh 1 : family nak pegi shopping barang raya. Buat siap2 susu anak dalam botol susu besi sebelum keluar rumah. Time anak merengek nak susu dah boleh terus bagi.. so mak pun x stress time shopping.. hihi

Contoh 2 : Nak balik kampong perjalanan jauh. Jalan jem.. anak dah merengek nak susu.. leceh kan nak wat susu. Lagi2 kalau air panas pulak xde. Hmmm..  So, buat susu siap2 dalam botol susu besi sebelum mulakan perjalanan.. anak nak susu dah boleh terus bagi.



PROMOSI PRA-RAMADHAN


Setiap pembelian PAKEJ KOMBO JIMAT  atau PAKEJ KOMBO EKONOMI, anda akan diberi penjimatan dan kelebihan seperti berikut :
✔ Harga botol yg LEBIH RENDAH
✔ FREE POSTAGE ke seluruh Malaysia termasuk Sabah /Sarawak.
✔ FREE GIFT berupa set BERUS BOTOL



PAKEJ KOMBO JIMAT
2 x Botol Susu Termal Wide Neck 7oz



PAKEJ KOMBO EKONOMI
1 x Botol Susu Termal Wide Neck 7oz
1 x Botol Susu Termal Wide Neck 4oz

Berminat?? Korang nak try?? Macamana nak order?? Whatsapp jer nombor hp di bawah. InsyaAllah, dilah akan jawab segala persoalan korang nanti..
WhatsApp +6012-7275531

Lawati FB Page Little Bambam





0 comments:

Demam,

Adik Fattah Anas pulak demam

May 30, 2016 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Last week abg faris demam.. 2 hari berturut2  demam panas time malam.. weekend semalam ni baby fattah anas pulak demam.. baby demam sepanjang hari sabtu dah ahad.. malam tadi pun masih panas tp bangun pagi tadi dah x panas dah..

Demam kali ni baby mcm lesu sikit.. nak melekat jer dengan ibu dilah.. mujur la time cuti hujung minggu kan.. boleh la ibu melayan dia yg nak ngempeng jer.. pastu asyik mengantuk jer.. memang ibu pun tak dapat wat keje sangat..

Dan 1st time demam baby tak berapa nak makan sangat.. bukan langsung tak nak makan tp kurang sikit.. tak laju mcm biasa.. tp bila bagi biskut still nak makan..main masih nak main cuma sampai masa dia carik ibu nak ngempeng jer.. sudahnya dgn ibu2 sekali tertido.. hahaha.. 

Bila dah demam ni memang kitorg kerap mandikan baby.. nasib baik baby ni mmg jenis yg suka sgt main air.. memang pantang tau budak ni.. bagi la mandi ngan kakak abg pun boleh jugak..  lagi dia suka dapat main air lama2 kat bilik air.. cuma kena sentiasa perhati jer la..


Petang semalam mandikan baby ngan air lemon pulak.. rendam lemon dalam besen.. bagi baby duduk dalam tu main air.. apa lagi, suka ler dia.. hahaha.. lebih setengah jam jugak bagi dia chance main air..

Then malam tu berak.. lepas cebok kan, mandikan baby lagi.. iyela, badan panas kan, tu yg jirus sekali bagi sejuk sikit.. 


Sebelum tido tu macam bau 'bushuk' lagi.. ingat baby berak lagi.. cakap la kat baby, 
"baby, buka baju, buka seluar.. masuk bilik air cebuk.."
Perghhhh.. laju jer dia dtg suh bukak kan baju & seluar.. then terkedek2 pegi bilik air.. sekali bila dilah bukak pampers tgk bersih jer, tak berak  ponnnn.... adehhhh... pandai betul budak kecik ni berlakon yer... pantang ckp suruh masuk bilik air, tak berak pun nak masuk jugak.. hahaha.. tertipu ibu tau...

Sebelum tido bagi ubat bontot sekali.. then dilah lap2 badan baby.. mcm biasa tuala basah letak dalam baju belah belakang badan.. bagi reduce sikit panas tu.. Alhamdulillah, pagi tadi dah x panas langsung.. tp bila nak hantar gi rumah babysitter tu dia baru terjaga, merengek jugak la nak ibu.. last2 drive sambil peluk baby.. sbb bila dudukkan dia kat babyseat  dia menangis.. manja betul anak ibu ni..

Mudah-mudahan anak ibu sihat dah arini.. x mo demam2 lagi k...



0 comments:

Anak-anak,

Faris Zakwan Demam Pulak

May 26, 2016 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum

Malam tadi faris zakwan demam panas. so pagi ni dilah half day. sebab pagi ni faris dah tak demam lagi.. half day tu pun sebab nak cover tido malam tadi yg tak lena dan asyik berjaga shj.. 

Actually, semalam masa bangun pagi, si kakak yg rasa dedor.. faris ok jer.. tp lepas mandi dia tido balik.. maybe time tu dia dah start lesu kot.. tp dilah hantar pegi sekolah mcm biasa sbb kakak pun dah cergas lepas mandi..

Tapi bila ambik dari sekolah petang tu, badan faris zakwan pulak yg panas.. kakak ok jer.. memang sepanjang malam tu dah rasa panas 38 ~ 39 oC. Faris pun tido awal.. sebelum dilah tido, dilah lap2 badan dan kepala dia.. letak tuala basah dalam baju faris.. biar turun panasnya..


Pukul 2am ++, faris merengek.. bangun.. cakap nak air kotak.. so dilah bagi dia minum.. minum sikit je air kotak coklat tu. .then dilah suruh dia makan ubat demam.. basahkan tuala semula.. then suruh dia tido..

Alhamdulillah.. pagi tadi bangun faris dah tak panas lagi.. tp dia lesu.. mula2 ingat arini tak nak pegi school.. tp kat sekolah ada sambutan hari jadi berkelompok.. kakak nak pegi sekolah.. so alang2 dah sihat sikit, dilah bagi la diorg pegi sekolah.. tp pegi tengahari.. pagi tu bagi dia tido puas sikit sbb malam tido tak lena..

Skrg dah musim demam balik kot kan.. sbb kat sekolah budak2 tu pun cikgu diorg cakap bersilih ganti anak2 demam.. hope balik nanti masing2 sihat la...  kesian kalau budak2 ni tak sihat kan.. macam kakak tu dah bape hari batuk2... cian dia.. 


1 comments:

Anak-anak,

WW53 :: Adik Kakak Lagi

May 25, 2016 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Last week share pic kakak ngan baby masa dah besar.. mean usia skrg ni la.. tapi arini nak share pic kakak time baby dan juga fattah anas time skrg ni.. memang hampir sama.. 


Kalau org lain mesti cakap biasa la, adik beradik rupa sama.. tp for me rasa sangat teruja tau sbb dalam adik beradik dilah or ayah wan, rupa family kitorg xde pun sama sama or hampir sama.. mesti nampak beza.. 

Tu yg teruja sgt bila tengok fattah anas ngan kakak ni sama rupa time kakak baby.. setiap kali nampak gambar kakak time baby, setiap kali tu jugak kitorg akan cakap sama sgt rupa kakak ngan adik.. hahaha..

Rupa abg memang lain drpd kakak dan adik.. kulit abg pun cerah.. mata sepet... kakak ngan baby kulit tak cerah, mata bulat.. 

opss.. dah tak jadi wordless dah entry ni.. 


0 comments:

Botol Susu Besi,

Botol Susu Besi @ Stainless Steel @ Thermal

May 24, 2016 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Dah lama tak update pasal Botol Susu Besi kan.. alhamdulillah, sambutan terhadap botol susu besi ni amat2 menggalakkan tau.. dah ramai ibubapa yg bertukar kepada botol susu besi ni.. ada yg repeat order 2,3 kali.. order untuk adik-beradik sekali..


Apa yg bestnya dengan botol susu besi ni sampai ramai yg nak bertukar pada botol susu ni???

  💖 MENJIMATKAN 💖
✔ Jangka hayat botol yg panjang. Boleh tahan sehingga 5 tahun atau lebih. Tidak perlu menukar botol setiap 6 bulan.
✔ Hanya perlu tukar puting sahaja dan kebanyakan putting yg sedia ada di pasaran sesuai dan sepadan dengan ‘ring’ botol susu besi..
✔ boleh dijadikan botol air serbaguna dengan hanya menukar putting kepada aksesori straw top, drink top atau handle set.

💖 SELAMAT 💖
✔ Bebas daripada bahan kimia (BPA free), PVC, Phthakate – Tahan calar (scratch resistance), sisa makanan / bakteria sukar  terperangkap/tersembunyi.
✔ Tidak terhakis / rosak / rapuh pada proses pemanasan atau penyejukan.

💖  PRAKTIKAL 💖
✔ Tidak pecah jika terjatuh
✔ Mudah dibersihkan (susu tidak mudah melekat)
✔ 100% boleh dikitar semula.



[6 SEBAB KENAPA WAJIB GUNA BOTOL SUSU BESI]

1. Kurang Risiko KANSER
✔ Tahukah anda plastic antara penyebab kanser?
✔ Bahan stainless steel 304 merupakan bahan yg 100% tiada risiko kanser.
✔ BPA Free

2. Bakteria ‘Resistant’
✔ Bakteria tidak boleh hidup pada permukaan stainless steel.

3. 100% Bebas Bahan kimia dan Toksik  Berbahaya.
✔ Plastik sangat-sangat JAHAT bila bertindak dengan air panas tetapi tidak bagi stainless steel.

4. Alternatif TERBAIK Selain Botol Susu Plastik dan Kaca
✔ Botol sisi plastic mudah terdedah punca penyakit kanser, kena tukar dengan kerap dan kotoran mudah melekat serta susah tanggal pada botol.
✔ Botol susu kaca mudah pecah dan tak tahan lasak.

5. Menjimatkan
✔ Boleh digunakan lebih daripada 5 tahun.

6. SAYA SAYANG ANAK LEBIH DARIPADA DIRI SENDIRI
✔ Semua ibu-ibu di dunia ini sayangkan anak, jadi sudah pasti nakkan yang terbaik untuk anak. “ Produk ini direka khas untuk golongan seperti anda”.


[6 PERKARA WAJIB TAHU]

Soalan-soalan lazim yg kerap ditanya oleh customer mengenai botol susu besi.

1. Botol rasa panas tak bila baby pegang?
❌Tidak!! Sama macam fungsi thermos air yg anda guna skrg.
✔ Jika botol susu normal yg tiada fungsi tahan panas, kepanasan dapat dirasai daripada luar.
       
2. Tak Berat ke botol susu ni?
❌ Tak berat. Sekitar 195g – 250g sahaja.

3. Boleh tahan berapa lama?
 ✔ Lebih dari 5 tahun. Cuma perlu tukar putting sahaja. JIMAT banyak kan?? Dan boleh dijadikan botol air serbaguna dengan menukar aksesori puting kepada ‘straw top’, ‘drink top atau 'handle set.'

4. Sesuai tak dengan putting anak saya sekarang?
✔ Botol susu ini sesuai dengan kebanyakkan jenis putting standard wide neck dan narrow neck yg sedia ada dipasaran.
✔ Tak sesuai untuk putting jenis Avent Natural mahupun Tommie Tippee.



5. Tak sama ke dengan botol susu buatan China?
 ✔ Kami hanya menjual Botol Susu Stainless Stell bergrade tinggi iaitu Grade 304.
✔ Quality dikawal selia dengan ketat oleh pembekal kami di USA.

6. Macam mana nak order?
✔ Anda hanya perlu whatsapp +6012-7275531. ‘Consultation’ secara percuma akan diberikan kepada anda.

SPECIAL ANNOUNCEMENT!!


Penjualan botol susu jenis NORMAL dan TERMAL (NARROW NECK) brand ORGANICKIDZ telah DIBERHENTIKAN buat sementara waktu di atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan dari pihak supplier. Ramai yg ibubapa yg mencari botol narrow neck skrg ni tapi maaf sangat, botol narrow neck tak dapat restock buat masa skrg.


Next entry dilah akan share SPECIAL OFFER sempena menjelang bulan ramadhan tak lama lagi.. tunggu ya..









0 comments:

Aktiviti bersama family,

Review :: Lotus Desaru Beach and Spa Resort

May 23, 2016 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum

Arini nak citer weekend gateaway kitorg 3 minggu lepas. Disebabkan skrg ni Ayah Wan tengah busy nak siapkan extended kitchen kitorg, so masa untuk pergi bercuti memang terhad sangat. Pastu cuti pun tak banyak.. duit pun dah banyak keluar utk renovate dapur tu, so kita pegi bercuti dekat2 jer la.. dalam johor jer..

**gambar google

Sebulan sebelum tu dilah survey2 mana tempat yg sesuai nak pegi bawak anak2.. memandangkan anak2 suka sangat dengan air.. so, jom la kiter pegi mandi-mada kat pool jer.. tempat yg murah ada pool ala-ala waterpark ni hanya di Lotus Desaru. So, dilah booking siap2.. 1st time booking online thru Agoda.. plan nak bawak MIL ngan SIL sekali sbb kebetulan besday MIL tu seminggu sebelum tu kan.. saja bawak dia jalan2..


Time nak booking tu dilah confuse nak book 2 bedroom suite ke or two-bedroom suite.. pelik kan, nama lebih kurang sama jer.. tp sebenarnya lain tau… kalau two-bedroom suite tu dia 2 tingkat.. 1 bilik belah atas, kena naik tangga. Dilah booking yg 2 bedroom suite ni sbb dia mcm apartment. 1 apartment ada 2 bilik. Luas dan sesuai sangat la untuk kitorg 1 family, 5 dewasa dan 3 kanak2. Boleh muat sampai 8 dewasa.. tapi kena bawak toto la lepak kat hall.. hehehe..


1 bedroom – king bed

1 bedroom - 2 x single bed

 Pantry yg complete dgn kettle, microvawe, singki, pinggan + cawan

 Peti sejuk 1 pintu

Meja makan

Sofa dan tv

Bath tub dalam bilik 1st.

Harga bilik ni dah termasuk dengan tiket waterpark tau.. dapat 4 tiket dewasa.. tapi kalau tak cukup tiket, korang boleh jer beli asing.. murah jer pun.. harga hanya RM5 utk dewasa dan kanak2.. tp masa check in haritu diorg bagi 1 pass utk kanak2 free.. sbb bgtau ada 2 org budak.. so dia bagi free 1 pass.. 1 lagi kena beli.. tp kitorg tak jadi beli pon sebabnya MIL ngan SIL malas nak masuk waterpark tu.. huhu.. jimat lagi…

So far, puas hati la bermalam di Lotus Desaru ni.. Kitorg dapat bilik 4101B. Kat resort ni ada banyak blok. Blok kitorg blok B. betul2 dekat pintu masuk resort dan dekat dengan waterpark.. lift pun dekat sangat ngan bilik.. tp kalau nak dapat view waterpark tu kena amik bilik no. genap.



Oh ya.. masa mula2 kitorg masuk tu kitorg dah tersalah tempat masa nak pegi reception. Tp yg kitorg pegi tu rupanya ofis resort. Reception dia dekat belakang.. kena pusing sikit. Tempat Reception ni besar. tempat duduk pun banyak. dan kat situ diorg guna sistem nombor giliran. Parking banyak tp xdela dekat sangat dgn blok2 kat situ.. tp jangan risau, diorg ada sediakan tram utk memudahkan pengunjung di situ.. tram tu pulak sentiasa ada jer.. selang 5 min ke 10 minit mesti ada lalu..

Ok.. nanti dilah citer aktiviti kitorg kat sana ye.. apa lagi.. aktiviti main air la kat  waterpark.. tu jer yg sempat. sebab kitorg gi 2H1M jer.. tak sempat nak explore aktiviti lain.. hihi..


1 comments:

Aktiviti bersama family,

Cerita Hari Guru!!

May 20, 2016 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Hari Isnin hari tu kan 16 Mei Hari Guru.. tapi kakak Imani takde bawak apa2 pun pegi school.. actually dia tak tau pun ada Hari Guru.. Hari ahad tu konon2 nak bawak kakak gi cari hadiah utk cikgu dia.. tp hujan lebat pulak.. so tak jadi la nak keluar..

Hari Isnin tu pegi la sekolah mcm biasa.. Cuma pesan kat kakak ucap la ‘Selamat Hari Guru’ kat cikgu.. sekolah kakak pun takde la buat sambutan sangat pun.. xde pun pesan ada nak wat hari guru ke apa.. tunggu jugak kot2 semalam ke arini cikgu bgtau, tp xde jugak.. xpela..



So balik sekolah hari Isnin aritu, mcm biasa borak2 la ngan kakak masa dalam kereta..

Kakak  : tadi kat sekolah, kwn2 ada bg cikgu hadiah.. kakak nak bagi cikgu hadiah jugak la..
Ibu :  Kakak nak bagi hadiah apa kat cikgu?
Kakak : ala.. bagi la bunga ke, coklat ke, pen ke.. hah..mangkuk pun boleh..
Hahaha.. mangkuk pun boleh ye kakak..
Ibu : OK.. nanti kite pegi cari hadiah utk cikgu ye..
Kakak : yeahhhh.. kakak suka.. kakak suka.. terima kasih ibu…
Melting ibu tau….


So, al kisahnya pegi la kedai serbaneka.. ingat nak DIY sendiri something special.. tapi takde masa pulak nak buat nanti.. nak pikir idea lagi.. so, cari jela benda yg dah siap.. then buat kad sendiri..

So.. ini la hadiah yg kakak dan abg bagi kat cikgu diorg.. kad buat sendiri.. ibu ajar nak tulis apa.. then kakak tulis sendiri..


Abg tu pulak ibu pegang tangan dia, bantu dia tulis.. dia tak pandai tulis lagi.. huhu..



SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru.. yg pernah mengajar dilah secara lansung atau tidak langsung.. kepada cikgu anak-anak dilah pun terima kasih banyak2.. sungguh tak ternilai jasa mereka pada kami..  iyela, kalau dilah sendiri nak mengajar anak2 ni memang stress.. tp cikgu2 sanggup mengadap kerenah anak2 ni kan… really appreciate it…


0 comments:

Homemade,

Mee Kari Bunda Mudah dan Sedap!!

May 19, 2016 Ibu Dilah 3 Comments

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak makan mee kari.. Mee kari yg paling best sekali mesti la mee kari yg Bunda masak.. masakkan mak kan.. mesti yg terbaik dan tersedap sekali kan… tapi mee kari bunda ni bukan saje sedap tapi senang sangat nak buat.. ecehhh.. ecehhh.. dah jadi cakap ler senang.. cuba sebelum ni x jadi, mesti cakap apsal la asyik tak jadi jer.. hahaha…
 
Ayah wan tu kan cerewet sikit bab makanan ni.. kalau dia kata sedap  memang sedap sangat la tu.. mee kari bunda ni antara masakan mak dilah yg dia suka sangat.. so, dah dia suka kan,dilah pun try la buat.. dilah ni masak kari memang kureng sikit.. belum dapat menu kari yg betul2 kena dengan tekak ayah wan tu.. kalau tekak sendiri ni boleh jer rasanya.. tapi tekak high taste mcm ayah wan tu masih tak pass lagi.. tu yg jarang masak kari kat rumah…

Tapi… bila buat mee kari ni sabtu lepas.. ayah wan kata sedapppp.. ni kalau buat daging masak kari ke, sotong masak kari mcm resepi ni mesti sedap jugak.. tu dia kata la bukan dilah yg kata.. hahaha.. so sebelum dilah lupa resepi ni, meh share sikit kat sini untuk rujukan sendiri.. hehe

MEE KARI BUNDA

(utk 3 ~ 4 org makan)
Resepi oleh : Bunda 


Bahan-bahannya Kari Ayam:

3 Ketul Ayam (Bahagian Isi + tulang sikit2)
1 biji kentang (potong dadu)
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
½  inci halia*
1 btg kayu manis
5 sb rempah kari (Adabi)
1 kotak kecil santan
2 ½ cawan air
2 tangkai daun kari
Minyak masak utk menumis
Garam secukup rasa

Note : Ayam nak masak bahagian lain pun boleh.. dilah amik bahagian isi + tulang sikit2. isi tu pun dah banyak sbb ayam tu besar. kalau bahagian tulang tu mintak la potong ayam tu kecik sikit..

Cara Penyediaan :
1. Kisar bahan bertanda (*) – bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan yg dikisar + kayu manis sehingga masak. Then masuk kan serbuk kari yg dah dibancuh dengan sedikit air (jadikan paste). Masukkan daun kari. Tumis bahan sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam yg dah dipotong kecik2 dan kentang yg dipotong dadu. Gaul2 sikit.
3. Masukkan santan dan gaul sebati.. jangan sampai santan pecah..
4. Masukkan air dan kacau sebati.. 
5. Tambah garam secukup rasa. masak sehingga kentang empuk..
SIAP!!

Bahan2 untuk mee kari
500g mee kuning
4 keping tahu
3 biji telur
Daun sup
Bawang goreng

** tauge pun boleh letak. Dilah tak makan tauge tu yg tak letak.

Cara penyediaan:
1. Celur mee kuning.
2. Goreng tahu dan potong nipis.
3. Rebus telur sehingga masak. Telur belah 2 atau belah 4.

Mee Kari Bunda

Amik mee kuning. Letak beberapa keping tahu dan telur rebus. Letak kuah kari.. letak bawang goreng dan daun sup.. siap!! Boleh dimakan… semua bahan ni memang kitorg wajib letak tau, kalau tak mesti rasa tak lengkap mee kari bunda ni..

Rasanya memang sedap sangat!!! Cuba la… pasti terangkat. Haha..  ni mee kari style Bunda aka mak dilah.. kuah kari pekat2 sikit ni memang ayah wan suka..

SELAMAT MENCUBA!!

P/S : Sori gambar blur sangat.. tak sabar nak makan.. tu yg amik gamabr cepat2.. huhu..




  

3 comments:

Anak-anak,

WW52 :: Kakak dan Adik

May 18, 2016 Ibu Dilah 2 Comments

Assalamualaikum

Masa kakak baby2 dulu rupa dia sama dengan Fattah Anas ni.. agak2 bila adik dah besar mcm kakak ada lagi tak rupa adik iras-iras kakak nanti ye?? 










2 comments:

Apam Coklat,

Apam Coklat yg Sedap dan mudah!!

May 16, 2016 Ibu Dilah 5 Comments

Assalamualaikum

Tiap-tiap hari bila hantar anak2 pegi sekolah ada jer request anak2.. nak beli kuih dulu la.. nak kuih hijau la.. nak kuih ‘nonat’ la.. nak kuih belang2 la.. mcm2 kuih nak.. tapi makannye sikit jer.. kadang2 langsung tak makan.. sbb cikgu suruh makan makanan breakfast yg sekolah sediakan dulu.. bekal2 makan petang.. so bila dah petang ni kadang2 kuih dah basi or dah lembik.. x sedap nak makan… tp kadang2 x basi pon, tapi abg kakak yg pikir kuih tu dah basi.. hahaha..

Nak tau apa kuih yg diorg suka tu?? Kuih hijau tu kuih seri muka.. kuih nonat tu kuih donat.. kuih belang-belang tu kuih apam merkah yg kaler belang2.. kuih apam ni paling diorg suka la.. tak kira la apam belang2 ke, apam coklat ke… apam coklat tu jarang org jual..  mungkin sbb kena guna serbuk koko kan mahal sikit.. tu yg jarang jual… huhu

Disebabkan anak-anak suka makan apam coklat, so gigih la mak nye nak buat.. tp bukan anak je yg suka, maknya pun suka jugak.. tu yg gigih nak buat.. hahaha.. ala, dilah ni suka je nak buat, tp kadang2 sebab masa ngan kerenah anak2 yg buat terbantut niat nak buat.. kadang2 bahan dah beli lama tp x terbuat2.. huhu..

Actually, sebelum ni dah pernah buat apam coklat ni.. tp tak berapa sedap sangat.. tp kali ni try resepi dari Kak Amy pulak.. teruja tgk apam coklat yg kak amy buat aritu kat SINI.. gebu betul.. tp bila dilah buat  xdela gebu sangat.. tp still sedap sangat rasanya.. ada org cakap kalau nak gebu kena guna pengukus manual tu.. dilah ni guna steamer elektrik.. tu yg tak gebu sangat tu.. huhu

Jom kita tengok resepinya..


Apam Coklat

Bahan-bahannya :
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko (dilah guna van haunten)*
1 sk serbuk penaik*
1 sk soda bikarbonat*
½ sk nescafe
1 ½ cawan gula
½ cawan susu pekat
1 cawan susu low fat/susu  cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
2 biji telur
Yang bertanda (*) tu ayak dulu ye…

Cara membuatnya :
1. Gaul semua bahan kering. Tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat, serbuk penaik, nescafe dan gula.
2. Masukkan telur, susu pekat, susu cair, minyak, air panas. Gaul sebati.. jangan ada berketul2 tau..
3. Panaskan pengukus. Masukkan adunan dalam acuan..
4. Kukus selama 15 minit (acuan kecik kaler merah tu) atau 45mint ke 1 jam kalau guna Loyang. SIAP!!


Hahh.. mudah dan senang sangat jer kan… anak2 suka sangat apam ni.. kalau tak habis boleh simpan dalam peti sejuk jer.. dah jadi makan kek coklat pulak tau.. rasanya moist sangat.. lepas ni taknak tukar dah resepi lain.. 

SELAMAT MENCUBA!!



5 comments: