Apam Coklat yg Sedap dan mudah!!

May 16, 2016

Assalamualaikum

Tiap-tiap hari bila hantar anak2 pegi sekolah ada jer request anak2.. nak beli kuih dulu la.. nak kuih hijau la.. nak kuih ‘nonat’ la.. nak kuih belang2 la.. mcm2 kuih nak.. tapi makannye sikit jer.. kadang2 langsung tak makan.. sbb cikgu suruh makan makanan breakfast yg sekolah sediakan dulu.. bekal2 makan petang.. so bila dah petang ni kadang2 kuih dah basi or dah lembik.. x sedap nak makan… tp kadang2 x basi pon, tapi abg kakak yg pikir kuih tu dah basi.. hahaha..

Nak tau apa kuih yg diorg suka tu?? Kuih hijau tu kuih seri muka.. kuih nonat tu kuih donat.. kuih belang-belang tu kuih apam merkah yg kaler belang2.. kuih apam ni paling diorg suka la.. tak kira la apam belang2 ke, apam coklat ke… apam coklat tu jarang org jual..  mungkin sbb kena guna serbuk koko kan mahal sikit.. tu yg jarang jual… huhu

Disebabkan anak-anak suka makan apam coklat, so gigih la mak nye nak buat.. tp bukan anak je yg suka, maknya pun suka jugak.. tu yg gigih nak buat.. hahaha.. ala, dilah ni suka je nak buat, tp kadang2 sebab masa ngan kerenah anak2 yg buat terbantut niat nak buat.. kadang2 bahan dah beli lama tp x terbuat2.. huhu..

Actually, sebelum ni dah pernah buat apam coklat ni.. tp tak berapa sedap sangat.. tp kali ni try resepi dari Kak Amy pulak.. teruja tgk apam coklat yg kak amy buat aritu kat SINI.. gebu betul.. tp bila dilah buat  xdela gebu sangat.. tp still sedap sangat rasanya.. ada org cakap kalau nak gebu kena guna pengukus manual tu.. dilah ni guna steamer elektrik.. tu yg tak gebu sangat tu.. huhu

Jom kita tengok resepinya..


Apam Coklat

Bahan-bahannya :
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko (dilah guna van haunten)*
1 sk serbuk penaik*
1 sk soda bikarbonat*
½ sk nescafe
1 ½ cawan gula
½ cawan susu pekat
1 cawan susu low fat/susu  cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
2 biji telur
Yang bertanda (*) tu ayak dulu ye…

Cara membuatnya :
1. Gaul semua bahan kering. Tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat, serbuk penaik, nescafe dan gula.
2. Masukkan telur, susu pekat, susu cair, minyak, air panas. Gaul sebati.. jangan ada berketul2 tau..
3. Panaskan pengukus. Masukkan adunan dalam acuan..
4. Kukus selama 15 minit (acuan kecik kaler merah tu) atau 45mint ke 1 jam kalau guna Loyang. SIAP!!


Hahh.. mudah dan senang sangat jer kan… anak2 suka sangat apam ni.. kalau tak habis boleh simpan dalam peti sejuk jer.. dah jadi makan kek coklat pulak tau.. rasanya moist sangat.. lepas ni taknak tukar dah resepi lain.. 

SELAMAT MENCUBA!!



You Might Also Like

6 komen

  1. sedapnyaa. semua jenis apam sedapp kalau gebu gebu ni

    ReplyDelete
  2. Apam ni kalau silap gaya memang tak jadi buat walaupun bendanya senang..apam coklat memang sedap..patut pun budak2 suka kan

    ReplyDelete
  3. salam akak nak tanya telur,mnyak, susu semua tu masukkan dalam tepung ke? x perlu kacau sebati ke semua bahan tu sebelum masuk dalam tepung?..

    ReplyDelete
  4. Nice ...sy da cuba...menjadi lah...terima kasih sudi share

    ReplyDelete
  5. resepi ni boleh dapat anggaran berapa biji yer sis??

    ReplyDelete