Fattah Anas,

Fattah Anas dengan 'Hammer' nya

May 12, 2016 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum


Hari ni nak cerita pasal budak kecit si Fattah anas ni.. makin hari makin banyak akal dia tau.. makin hari makin buat org geram.. rasa nak geget2 jer budak kecik comel ni.. hahaha.. ada jer benda yg dia buat buat org geram tauuu..


Kalau sebelum ni dia suka tarik rambut kakak ngan abg, skrg ni lain pulak habitnya.. tapi tarik rambut tu pun masih suka lagi  dia buat.. hahaha.. skrg ni habit terbaru suka bawak pin bowling ke hulu ke hilir.. ayah wan panggil ‘hammer’ sebab pin bowling tu boleh buat pukul / ketuk org/benda.. hahaha.. sekali dia dah perasan ’hammer’ tu, memang sepanjang hari la dia bwk sana sini.. hahaha


Skrg ni memang dia suka mengetuk ngan hammer tu.. beli menan hammer plastic yg ada bunyi tu kejap je dia main.. xdela pulak dia bawak ke hulu ke hilir sepanjang masa.. tp dgn ‘hammer’ baru ni memang tak lepas.. sampai nak menyusu pun dia pegang jer hammer tu.. kadang2 dah tetido baru la ibu dapat lepaskan hammer tu.. kalau time dia belum nyenyak tido memang dia bangun amik balik hammer tu.. hahaha..


Time mood nak mengetuk memang abis abg kakak pun kena ketuk.. Mcm malam tadi, abg kakak dah tido.. Fattah anas ni je tak tido lagi, keluar masuk bilik bawak hammer kanan kiri.. pastu selamber duduk atas abg yg tengah tido.. tetiba dia pusing pandang abg teruk dia ketuk muka abg.. huawaaa.. menjerit terkejut abg tengah tido tu.. yg tak tahan dengan ibu sekali kena libas dgn hammer tu tauu.. sakit mata ibu.. sob..sob..sob…


Lagi 1 habit adik skrg ni suka memanjat meja/ coffee table.. sblm ni mmg la suka memanjat.. tp bila dia panjat coffee table ni, dah jadi mcm stage dia pulak.. dah la table ni betul2 bawah tv.. pastu ada shelving utk letak decoder ASTRO ngan video player.. abis semua barang atas tu dia main2.. tolak2.. terpaksa dilah alih kan barang atas tu.. tinggal decoder tu jer.. tu pun dia nak tolak2 jugak.. kadang2 nak mengetuk2 tv.. heiii.. geram betoi tau kat budak tecik niii…



Nak jadi citer, semalam boleh pulak dia panjat shelving tu.. hoiii… macam mana ntah dia panjat.. tempat tu dah la kecik sempit.. sampai skrg tak boleh imagine mcmana dia naik atas tu..  sbb time kejadian tu dilah xde kat situ.. kat dlm bilik.. tetiba dengar dia merengek.. then kakak ngan abg ketawa berdekah2.. sekali dilah datang tengok dia dah ‘tersangkut’ atas tu tak boleh turun.. hahaha.. merengek2 dia minta tolong turun kan dia.. tak tahan kitorg gelak kan adik.. tula, pandai naik tak pandai nak turun.. hahaha..


Bila tanya kakak dia cakap adik panjat sendiri.. tp tak tau mcmana dia panjat.. time tu kakak tengah leka tgk tv.. kakak tu kalau ibu tak panggil tanya nape adik menangis, silap2 dia pun tak perasan adik tu dah panjat rak tu.. kusyuk sgt kalau tengok tv..

Tula citer si bujang kecik yg tengah banyak akal skrg ni.. ada jer gelagat dia yg buat org geram.. geram nak marah pun iya.. geram dgn bijaknya pun iya.. geram dengan sengihan dia bila org marah pun iya.. nak marah pun tak jadi bila tengok dia sengih tau.. hehehe.. cair hati ibu... huhu



You Might Also Like

1 comment:

  1. Hai hensem fatah anas..comel betul dengan hammernya..keletah baby besar fattah anas ni memang menawan jiwa.yg membaca ni pun senyum2 je dengan gelagat comel dia

    ReplyDelete