Mee Kari Bunda Mudah dan Sedap!!

May 19, 2016

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak makan mee kari.. Mee kari yg paling best sekali mesti la mee kari yg Bunda masak.. masakkan mak kan.. mesti yg terbaik dan tersedap sekali kan… tapi mee kari bunda ni bukan saje sedap tapi senang sangat nak buat.. ecehhh.. ecehhh.. dah jadi cakap ler senang.. cuba sebelum ni x jadi, mesti cakap apsal la asyik tak jadi jer.. hahaha…
 
Ayah wan tu kan cerewet sikit bab makanan ni.. kalau dia kata sedap  memang sedap sangat la tu.. mee kari bunda ni antara masakan mak dilah yg dia suka sangat.. so, dah dia suka kan,dilah pun try la buat.. dilah ni masak kari memang kureng sikit.. belum dapat menu kari yg betul2 kena dengan tekak ayah wan tu.. kalau tekak sendiri ni boleh jer rasanya.. tapi tekak high taste mcm ayah wan tu masih tak pass lagi.. tu yg jarang masak kari kat rumah…

Tapi… bila buat mee kari ni sabtu lepas.. ayah wan kata sedapppp.. ni kalau buat daging masak kari ke, sotong masak kari mcm resepi ni mesti sedap jugak.. tu dia kata la bukan dilah yg kata.. hahaha.. so sebelum dilah lupa resepi ni, meh share sikit kat sini untuk rujukan sendiri.. hehe

MEE KARI BUNDA

(utk 3 ~ 4 org makan)
Resepi oleh : Bunda 


Bahan-bahannya Kari Ayam:

3 Ketul Ayam (Bahagian Isi + tulang sikit2)
1 biji kentang (potong dadu)
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
½  inci halia*
1 btg kayu manis
5 sb rempah kari (Adabi)
1 kotak kecil santan
2 ½ cawan air
2 tangkai daun kari
Minyak masak utk menumis
Garam secukup rasa

Note : Ayam nak masak bahagian lain pun boleh.. dilah amik bahagian isi + tulang sikit2. isi tu pun dah banyak sbb ayam tu besar. kalau bahagian tulang tu mintak la potong ayam tu kecik sikit..

Cara Penyediaan :
1. Kisar bahan bertanda (*) – bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan yg dikisar + kayu manis sehingga masak. Then masuk kan serbuk kari yg dah dibancuh dengan sedikit air (jadikan paste). Masukkan daun kari. Tumis bahan sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam yg dah dipotong kecik2 dan kentang yg dipotong dadu. Gaul2 sikit.
3. Masukkan santan dan gaul sebati.. jangan sampai santan pecah..
4. Masukkan air dan kacau sebati.. 
5. Tambah garam secukup rasa. masak sehingga kentang empuk..
SIAP!!

Bahan2 untuk mee kari
500g mee kuning
4 keping tahu
3 biji telur
Daun sup
Bawang goreng

** tauge pun boleh letak. Dilah tak makan tauge tu yg tak letak.

Cara penyediaan:
1. Celur mee kuning.
2. Goreng tahu dan potong nipis.
3. Rebus telur sehingga masak. Telur belah 2 atau belah 4.

Mee Kari Bunda

Amik mee kuning. Letak beberapa keping tahu dan telur rebus. Letak kuah kari.. letak bawang goreng dan daun sup.. siap!! Boleh dimakan… semua bahan ni memang kitorg wajib letak tau, kalau tak mesti rasa tak lengkap mee kari bunda ni..

Rasanya memang sedap sangat!!! Cuba la… pasti terangkat. Haha..  ni mee kari style Bunda aka mak dilah.. kuah kari pekat2 sikit ni memang ayah wan suka..

SELAMAT MENCUBA!!

P/S : Sori gambar blur sangat.. tak sabar nak makan.. tu yg amik gamabr cepat2.. huhu..




  

You Might Also Like

3 komen

  1. dah lama tak makan mee kari yang sedap tau..
    tgk dilah punya ni memang blh tau sure sedap

    ReplyDelete
  2. lamanya tak makan mee kari.

    ReplyDelete
  3. Terliur tengok mee kari bunda ni pekat sungguh kuah fuhhhh...kena toraiii sekali resepi ni aummmmmmmmmmm

    ReplyDelete