Review :: Lotus Desaru Beach and Spa Resort - Ceritera Ibu

Review :: Lotus Desaru Beach and Spa Resort

Assalamualaikum

Arini nak citer weekend gateaway kitorg 3 minggu lepas. Disebabkan skrg ni Ayah Wan tengah busy nak siapkan extended kitchen kitorg, so masa untuk pergi bercuti memang terhad sangat. Pastu cuti pun tak banyak.. duit pun dah banyak keluar utk renovate dapur tu, so kita pegi bercuti dekat2 jer la.. dalam johor jer..

**gambar google

Sebulan sebelum tu dilah survey2 mana tempat yg sesuai nak pegi bawak anak2.. memandangkan anak2 suka sangat dengan air.. so, jom la kiter pegi mandi-mada kat pool jer.. tempat yg murah ada pool ala-ala waterpark ni hanya di Lotus Desaru. So, dilah booking siap2.. 1st time booking online thru Agoda.. plan nak bawak MIL ngan SIL sekali sbb kebetulan besday MIL tu seminggu sebelum tu kan.. saja bawak dia jalan2..


Time nak booking tu dilah confuse nak book 2 bedroom suite ke or two-bedroom suite.. pelik kan, nama lebih kurang sama jer.. tp sebenarnya lain tau… kalau two-bedroom suite tu dia 2 tingkat.. 1 bilik belah atas, kena naik tangga. Dilah booking yg 2 bedroom suite ni sbb dia mcm apartment. 1 apartment ada 2 bilik. Luas dan sesuai sangat la untuk kitorg 1 family, 5 dewasa dan 3 kanak2. Boleh muat sampai 8 dewasa.. tapi kena bawak toto la lepak kat hall.. hehehe..


1 bedroom – king bed

1 bedroom - 2 x single bed

 Pantry yg complete dgn kettle, microvawe, singki, pinggan + cawan

 Peti sejuk 1 pintu

Meja makan

Sofa dan tv

Bath tub dalam bilik 1st.

Harga bilik ni dah termasuk dengan tiket waterpark tau.. dapat 4 tiket dewasa.. tapi kalau tak cukup tiket, korang boleh jer beli asing.. murah jer pun.. harga hanya RM5 utk dewasa dan kanak2.. tp masa check in haritu diorg bagi 1 pass utk kanak2 free.. sbb bgtau ada 2 org budak.. so dia bagi free 1 pass.. 1 lagi kena beli.. tp kitorg tak jadi beli pon sebabnya MIL ngan SIL malas nak masuk waterpark tu.. huhu.. jimat lagi…

So far, puas hati la bermalam di Lotus Desaru ni.. Kitorg dapat bilik 4101B. Kat resort ni ada banyak blok. Blok kitorg blok B. betul2 dekat pintu masuk resort dan dekat dengan waterpark.. lift pun dekat sangat ngan bilik.. tp kalau nak dapat view waterpark tu kena amik bilik no. genap.



Oh ya.. masa mula2 kitorg masuk tu kitorg dah tersalah tempat masa nak pegi reception. Tp yg kitorg pegi tu rupanya ofis resort. Reception dia dekat belakang.. kena pusing sikit. Tempat Reception ni besar. tempat duduk pun banyak. dan kat situ diorg guna sistem nombor giliran. Parking banyak tp xdela dekat sangat dgn blok2 kat situ.. tp jangan risau, diorg ada sediakan tram utk memudahkan pengunjung di situ.. tram tu pulak sentiasa ada jer.. selang 5 min ke 10 minit mesti ada lalu..

Ok.. nanti dilah citer aktiviti kitorg kat sana ye.. apa lagi.. aktiviti main air la kat  waterpark.. tu jer yg sempat. sebab kitorg gi 2H1M jer.. tak sempat nak explore aktiviti lain.. hihi..


1 comment: