Anak-anak,

Jeles tengok org masak2 utk family

June 14, 2016 Ibu Dilah 2 Comments

Assalamualaikum


Alhamdulillah.. hari ni dah masuk hari ke 9 ramadhan. Kejap jer kan dah nak habis 1/3 ramadhan.. time nak tunggu masuk bulan Ramadhan rasa mcm lambat jer.. sekali bila dah start puasa, sedar tak sedar dah 9 hari kita berpuasa kan.. alhamdulillah..



Bulan puasa kali ni memang dilah tak sempat nak masak2 sangat.. maklum la ada askar berderet 3 org tu memang tak sempat nak masak bila balik kerja.. kadang2 jeles jugak tengok masing2 up gambar masakan menu berbuka.. tapi dilah??? Redha jer la berbuka makanan beli kat pasar Ramadhan.. huhu..



Rasanya tiap2 tahun pun memang mcm tu.. dilah penah 2x kena berpuasa time tgh sarat pregnant kakak dan abg.. dan last year pulak time Fattah anas baru 3 bln.. so memang tiap2 tahun tak dapat nak masak2 sangat.. korang boleh bayangkan tak anak kecik yg berderet2.. mcmana mak nak wat keje?? Huhu..



Balik keje terus amik kakak abg kat taska. Kena amik before pukul 6 ptg. Then ambik Fattah anas pulak kat rumah babysitter.. sampai rumah pun dekat 6.30ptg.. kat area taman kitorg ni ada bazar Ramadhan.. so memang jalan jem x boleh nak elak.. tu yg sampai rumah pun dah lewat. Then sampai rumah pulak, biasa la budak2 kecik kan.. ada je yg meragam.. nak itu nak ini.. baby pun time tu nak bf.. tau2 dah nak azan…



So tugas beli makanan adalah tugas ayahwan.. dia balik kerja terus singgah bazar.. dilah just sediakan air panas shj.. Cuma sahur je la dilah masak. Tu pun masak yg simple2 jer.. 1 lauk jer yg siap sekali sayur.. senang.. alhamdulillah.. so far tiap2 bangun sahur. Belum ada yg terlajak lagi.. Insyallah, hujung minggu ni kalau boleh xnak ke mana2.. so harapan nya dapat la masak2 utk berbuka..  




Sepanjang bulan puasa ni, opis dilah bagi air kotak ni pada setiap org. Air kotak yg besar tau.. rasa last ye mcm dpt kotak kecik je.. tp this year dpt kotak besar pulak. Actually company dilah ni ada bagi peruntukan subsidi nasi putih, sayur dan buah2an utk setiap pekerja setiap hari. So bulan puasa ni utk org Islam takde la kan.. tu yg digantikan dengan air kotak ni..



Dah 9 hari puasa.. dah dapat 7 air kotak. Hari ahad takde. Dan hari ni belum dapat lagi.. banyak dah stok air kotak kat rumah ni hah.. tu pun 3 kotak dah bawak balik kampong last week. Kat rumah baru buka 1 kotak.. ntah bila la nak abis air kotak tu.. tak pun raya nanti bagi org minum air kotak tu je la kan.. hahaha…


You Might Also Like

2 comments:

  1. wah bagusnya ada peruntukan macam tu. hehehe ganti dengan air kotak pun syiok gak boleh buat buka kan

    ReplyDelete
  2. tula.. memang boleh minum time berbuka.. tp buka 1 kotak 2, 3 hari baru habis dear.. hahaha

    ReplyDelete