Kakak Imani dan Puasa
Assalamualaikum
Alhamdulillah.. hari ni dah masuk hari ke 23 Ramadhan.. cepat jer kannnn.. tahun ni jugak dilah start melatih kakak imani untuk berpuasa. Setakat ni kakak imani baru dapat 2 hari berpuasa penuh.. tu pun masa minggu 1st puasa aritu...
Kadang2 dilah kejut dia bangun sahur jugak lagi2 bila dia dah pesan nak bangun sahur sama2.. ada hari dia bangun tapi lepas tu mengantuk nak tido jer.. jenuh la kite nak melayan kerenah dia nak sahur.. dengan baby lagi yg dah bangun jugak.. sudahnya ibu x sempat nak sahur nanti.. kalau time dia bangun ceria tu okla kan..
Masa minggu 1st tu jugak, hari yg kakak tak bangun sahur tu dilah buatkan dia susu mcm biasa.. sebelum pegi school memang anak2 minum susu.. so dilah bagi jer la dia susu mcm biasa.. bila sampai sekolah inform cikgu dia tak puasa.. tapiiii.. bila balik sekolah dia cakap dia lapar.. cikgu tak bagi makan katanya.. atau sebenarnya dia segan ngan kawan2 dia yg dia tak puasa so dia tak nak makan...
So bermula dari tu, pagi sebelum pegi sekolah dilah akan bagi dia makan nasi dan minum susu.. ala2 bersahur la.. tp lambat.. hahaha.. sepanjang kat sekolah memang kakak puasa la kiranya.. langsung taknak makan dan minum.. faris makan depan dia pun dia boleh tahan... tp balik dia mengadu la cakap abg makan depan dia yg tengah berpuasa...
Tapiiii... masuk jer kete terus dia buka tudung.. buka bag amik air kotak ngan roti.. makan dan minum.. hahaha.. lapo sangat la tu.. tak sempat nak tunggu berbuka.. kadang2 pujuk dia jugak utk tahan sikit lagi, berbuka sama2 ibu ngan ayah.. tp dia tak tahan sangat.. so kira dia puasa 7.30am to 6.30am la.. kira puasa 10jam jer.. kira okla tu..
Boleh la untuk permulaan belajar puasa tahun ni kan.. time hari sekolah kakak memang puasa.. hari cuti dia tak puasa.. kira dia sendiri rasa nak berpuasa kat sekolah, bukan kita yg paksa..
Setiap kali time kakak nak berbuka dalam kete tu, time tu jugak si abg pun sibuk nak makan.. biasanya roti & air kotak abg dia dah minum dulu kat sekolah.. so time kakak nak minum dan makan tu time tu la dia rebut kakak punya.. dah bergaduhhh.. hahahaha.. kesian kakak, dah la lapar, then abg pulak rampas roti dia.. iskkkk... geram tau kat abg tu..
InsyaAllah.. tahun depan boleh ajar kakak puasa penuh pulak.. lagipun tahun depan dah darjah 1 kan... mesti ramai kawan2 puasa jugak.. dia pun dah ada experiencce berpuasa tahun ni.. mudah-mudahan lebih mudah untuk dia berpuasa nanti.. InsyaALLAH...
Namanya pun nak mengajar kan oerlahan2 nanti mesti boleh..anak sy pun ajar pelan2..tak paksa..dah masuk darjah tiga ni baru nmpk komited dengan puasa sungguh2
ReplyDelete