Resepi :: Udang Masak Lemak Cili Api
Assalamualaikum
Ni nak share resepi udang masak lemak cili api.. simple sangat.. menu berbuka last week hari ke 15 ramadhan..
Ni nak share resepi udang masak lemak cili api.. simple sangat.. menu berbuka last week hari ke 15 ramadhan..
Udang Masak Lemak Cili Api
(~ 3 org makan)
Bahan-bahan :
20 ekor Udang (anggaran shj)
4 ulas Bawang putih
3 ulas bawang merah
3cm kunyit hidup
4 biji cilia pi (nak pedas letak banyak)
1 btg serai
2 keping asam keping (atau air asam jawa)
1 helai daun kunyit
1 kotak santan (kotak kecik)
½ cawan air (anggaran shj.)
Garam secukup rasa
Cara memasak :
1) Tumbuk/kisar bawang putih + bawang merah + kunyit + cilia
api. Serai ketuk2 sikit.
2) Masukkan santan dan bahan tumbuk/kisar dalam periuk. Gaul
sebati. Then baru hidupkan api. Kacau santan sekerap mungkin utk mengelakkan
pecah santan.
3) Bila santan dah mendidih, masukkan udang, asam keping dan
daun kunyit yg telah dipotong halus.
4) tambahkan air sedikit. (ikut kepekatan yg korang suka. Ayah
wan suka pekat so dilah tambah sikit je air).
5) Letak garam secukup rasa. Kacau sebentar dlm 2,3 min.
siap!!
Selamat Mencuba!!
Selamat Mencuba!!
Terima kasih atas perkongsian resepi Saya ambil yang haq sahaja lain tiada. Dulu kini dan selamanya.
ReplyDeletetq share resepi.. dh masak pn... sedaappp!
ReplyDeleteINi masak same ke macam menggulai Kak?
ReplyDeletesangat sedap best
ReplyDeleteAlhamdulillah, simple dan sgt sedap. Trm ksh krn share resepi ini :)
ReplyDeleteMemang sedap dan senang je buatnya haa..👍
ReplyDelete