Aktiviti bersama family,

Jom Amalkan Gaya Hidup yg Sihat!!

August 17, 2016 Ibu Dilah 0 Comments



Assalamualaikum

Ecehhhh.. tajuk tak menahan kann.. hahaha.. sejak 2 menjak ni malas betul nak update blog la.. apa ntah nak jadi.. tiap2 minggu tepek gambar dgn wordless wednesday jer.. hahaha.. malas betul kan.. arini pun hampir2 wordless wednesday gak.. tapi kasi citer sikit la... boring lak asyik tepek gambo jer kan.. (ade ke yg kesah?? hahaha)







Ni nak citer yg skrg ni dilah tgh on diet.. hahaha.. sebenarnya takde la diet sgt pun.. bukan target nak kurus sgt pon sbb berat badan ni pun memang dah turun sikit2 sblm start diet lagi.. tp lebih pada nak mengempiskan perut dan peha ni hahhh.. dan jugak menjaga pemakanan,, makan makanan yg sihat.. lagi2 bila time raya aritu asyik batuk2 jer.. memang kena control makan betul2.. kalau tak memang bantuk memanjang kat opis & kat rumah..

Dilah perasan berat turun sebelum puasa lagi.. ramai sedara mara dan kwn2 yg jumpa cakap dilah dah kurus sikit.. mula2 dilah tak perasan pon sbb kat rumah takde timbang pun.. so tak tau la berat tu turun.. maybe sedara yg jarang jumpa tu memang perasan la kan.. time raya pun sama.. masing2 cakap dah susut.. time tu timbang berat 56kg dah.. kira memang dah turun la sebab rasa last time timbang last ye pun 60kg gitu..



So sejak join group ni, banyak support dari kwn2 dan cikgu.. diorg bagi menu makanan utk berdiet.. apa aktiviti yg perlu buat.. workout.. workout dan workout.. so skrg ni memang rajin la dilah workout bila balik keje dan time malam.. time weekend pulak ajak la anak2 dan husband pegi beriadah kat taman.. wahhh.. seronok betul anak2 dapat wat aktiviti mcm ni..


Skrg ni anak2 pun dah pandai ikut ibu workout.. si kakak tu kalau tunjuk gambar cara nak workout tu siap ckp "tu senang jer.. kakak pun boleh buat..." amboi sangat kan.... adik lak bila nampak ibu skipping bukan main suka dia.. tersengih2 dia tengok ibu skipping.. sampai dia pun nak ikut jugak.. terlonjak2 badan dia nak tiru ibu skipping.. haha..






Alhamdulillah.. sekarang dah amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yg sihat.. dilah tak target turun banyak pun.. cuma target nak hilangkan buncit dan kecilkan peha shj yg paling penting.. tang makanan pulak, disebabkan dilah mengalami batuk2 sejak raya aritu, so memang bab makan ni dah control dari time raya lagi.. memang elakkan makanan yg berminyak dan memang kurang makan.. so memang membantu la dalam proses diet ni..






Mudah2an dapat wat aktiviti riadah petang ni setiap minggu ngan anak2.. anak2 pun happy sebab bebas nak bermain dan beridah kan.. takdela bosan main kat rumah jer..




You Might Also Like

0 comments: