Selesai Sudah Register Sekolah Kakak Imani untuk Tahun 2017

August 04, 2016

Assalamualaikum

Fuhhh... setelah hampir seminggu akhirnya selesai jugak urusan pendaftaran sekolah agama kakak imani untuk kemasukan tahun 2017. Tahun depan kakak imani dah mula bersekolah betul.. (ehh.. ada ke sekolah tak betul?? hahaha)


Sebelum ni dilah dah apply sekolah kebangsaan di taman kitorg jer.. tapi tetiba bulan 3 minggu lepas, cikgu taska kakak tanya imani sekolah mana nanti? so bila cakap bersekolah di taman kitorg jer, dia cakap nape x apply sekolah Sri Pulai Perdana jer. dekat dengan taska. lagipun sayang la kalau pindah tempat lain.. nanti tak boleh sampai mengaji kat situ.. cikgu kakak suruh hantar ketiga2 sekali di taska.

Sebelum ni pun dilah memang dah terpikir benda yg sama. bila kakak dah masuk darjah 1, pagi2 dilah kena hantar anak2 ke 3 tempat. baby kat rumah babysitter. abg kat taska/ tadika skrg ni. dan kakak kat sekolah agama/keb. confirm kelam kabut nak uruskan anak2 nanti.. dah la masing2 semua bukan jenis yg pantas.. dah terbayang haru biru nye mak pagi2 nanti.

Tu belum citer lagi pasal transport kakak ke sekolah nanti mcmana. buatnya van sekolah buat hal.. risau pulak kite ni, anak dah la baru darjah 1.,. mau terpinga2 dia nanti.. risau keselamatan dia nanti.. lagi 1 kalau sekolah taman kitorg tu memang xdela kawan2 dia yg sama tadika skrg ni.. Dari segi yuran pulak.. bila kira total hantar skrg ni dgn kalau hantar taska semua sekali harga lebih kurang dlm rm900. 

Pro and con semua taska atau asing2

1) Yuran
Asing2- 250 baby (rumah babysitter) + 150 kakak (transit) + 380 abg (tadika) = RM780 belum termasuk transport ke sekolah utk kakak dan tiada fardu ain utk kakak.
Taska - RM900 complete utk 3 org anak - baby + abg (daycare + tadika) + kakak (transit + fardu ain) dan termasuk transport sekali. van tadika tu sendiri.

2) Fardu ain
asing2 - tiada. kalau nak hantar ke rumah org lain masa pack pulak. kos pun dah lain.
taska - memang ada masa diperuntukan utk fardu ain bagi anak2 transit. abg pun dah start fardu ain next year.

3) Kemudahan dan keselesaan
Asing2 - kakak imani akan terkejar2 nak pegi sekolah agama dan kebangsaan. kakak ni dah la jenis yg lambat bersiap. rasanya kalau kat rumah babysitter takut tertinggal transport pulak nnt.
taska - masa lebih terurus. lebih mudah untuk kakak ikut masa yg telah cikgu arrangekan. transport dari taska so kalau van rosak ke cikgu taska akan arrange org utk hantarkan. takde la terponteng sekolah ke apa kan. utk baby dan abg pun sama, diorang ada masa belajar kat sekolah.

4) Masa menghantar dan ambil
Asing2 - ibu akan kelam kabut. nak hantar 3 tempat. ambik pun sama.
taska - hantar dan ambil hanya di taska. lebih mudah.

Bila dah senaraikan baik buruk kedua2nya. nampaknya lebih banyak kebaikan bila hantar anak2 ke taska. so, disebabkan tu kiorg decide mulai next year, baby akan dihantar ke taska juga dan kakak imani tukar sekolah yg dekat dengan taska..

Alhamdulillah.. semua urusan pendaftaran dah selesai.. tunggu hujung tahun jer nanti utk briefing dari sekolah.. semoga dipermudahkan segala urusan kami nanti.. aamiin..

You Might Also Like

0 komen