Giveaway

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena

September 30, 2016 Ibu Dilah 1 Comments



Assalamualaikum

Dah lama rasanya dilah tak join giveaway kan.. bila blogwalking blog kawan2 nampak pulak Giveaway by El Darwena ni pulak kan... hadiah giveaway pun comel sangat.. mangkuk tingkat yg tengah hot skrg ni.. so, mengambil keberkatan hari Jumaat yg mulia ni, mari la kita mencuba nasib kan.. hehehe

Syarat2 untuk menyertai giveaway ni pun senang sangat.. just LIKE and FOLLOW je Instragam, facebook dan blog..


Jom ramai2 memeriahkan giveaway ni.. nak join boleh klik banner tu ya..


1 comments:

Wanted Ohsem Bloglist Blog Kaklong

September 29, 2016 Ibu Dilah 2 Comments


Assalamualaikum

Arini blogwalking blog kawan2.. ternampak la Kaklong buat wanted Ohsem Bloglist Blog Kaklong.. 
so, mari lah kita join sekali.. saje memeriahkan blog kawan2 kan..


Syarat untuk menyertai senang jer.. Jom la join ramai-ramai.. ;)  



2 comments:

Anak-anak,

WW60 :: Wefie dengan Anak-anak

September 28, 2016 Ibu Dilah 0 Comments


Assalamualaikum

Rasanya jarang kitorg ber'wefie' bersama2.. sekali sekala apa salahnya kannnn ;)

Tapi kakak cakap nak 'selefie' bukan 'selfie'.. penat ibu betulkan.. tp tetap sebut nak 'selefie' jugak.. hahaha

Jom layan anak-anak nak ber'wefie'..








0 comments:

Aktiviti bersama family,

Sepetang di Tanjung Balau

September 26, 2016 Ibu Dilah 6 Comments

Assalamualaikum

2 minggu lepas, kitorg pegi jemputan kawen rumah makcik dilah (adik tokbah) kat Felda Semenchu, Kota Tinggi... yg kawen ni anak makcik dilah yg bongsu.. kira sepupu kitorg la ni.. so family Dilah dari Melaka pun semua datang jugak.. alang2 dah mai datang Johor ni, diorg nak berjalan la sekali...

Lepas majlis dlm kul 4 gitu.. kitorg bergerak ke Tanjung Balau.. mula2 ingat nak ke Desaru.. tp dengarnya ramai org kat sana time cuti2 ni kan, jalan pun jem.. so kitorg tukar plan ke Tanjung Balau pulak.. boleh tahan ramai jugak la tp xdela pack sgt.. pantai tu terbuka dan tak tertumpu satu area jer...



Acah-acah nak wat LOVE with siblings.. huhu.. disebalik mak2 tu ada anak2 kecik tau.. haha..



Kitorg sampai kul 4 lebih.. dalam kul 6.30ptg cam tu gerak balik.. actually, kitorg xdela betul2 plan nak gi pantai ni.. tp disebabkan diorg semua bermalam kat hotel di Kota tinggi, so kitorg pun standby je la bawak baju lebih.. so bila pegi pantai ni cuma budak2 ngan bapak budak jer yg mandi.. mak2 ni semua gigih berbaju kurung ke pantai.. hahaha...

Kat situ ada mcm2 aktiviti yg boleh dibuat.. ada banana boat.. atv pun ada.. ada gak yg ala2 bercamping.. main bola pantai.. tp yg camping tu dan bola tampar pantai tu bawak peralatan sendiri la... 

Sambil2 tu ada jugak org jual aiskrim lalu kat tepi pantai tu.. ada la 2, 3 biji moto lalu.. so along pun tahan la aiskrim.. belanja semuaorg makan aiskrim.. Bila dapat makan aiskrim baru la bebudak ni behave kejap.. bunda suruh duduk beratur semua.. hahaha...





Cucu bunda tokbah dah ada 11org skrg ni.. so, berderet la semua makan aiskrim.. cuma baby aali jer tak leh makan aiskrim lagi.. rugi la aali.. hahaha.. Lepas dah makan aiskrim, main jer la pasir kat tepi pantai ni.. lagi best kan.. hehe..







Okla.. tu jer la cite kami ke Tanjung Balau, Kota Tinggi.. otw balik tu jalan jem giler2.. sabo jer la.. huawaaaa....

6 comments:

Cerita ibu

Alhamdulillah... Hutang PTPTN dah Habis Bayar!!

September 21, 2016 Ibu Dilah 3 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. dilah dah habis bayar hutang PTPTN bulan lepas.. rasa lega sangat bila dah habis bayar.. rasa macam dah free sangat skrg ni.. hutang kereta pun dah habis hujung tahun lepas.. so skrg ni tinggal hutang rumah jer, sbb loan atas nama dilah tp bayar share2 ngan ayahwan... 

Dilah pinjam 28k dr PTPTN masa amik degree Mechanical Engineering kat UTM. habis belajar 2007 dan start bayar secara konsisten tahun 2008. Tahun 2010 start tukar kepada ujrah yg 1% tu.. skrg tahun 2016 dah habis bayar.. alhamdulillah.. 


Dilah buat full settlement hutang PTPTN ni melalui KWSP.. hujung Julai or awal Ogos aritu start apply. dalam seminggu lebih urusan setel.. KWSP dah transferred ke PTPTN 8 Ogos 2016. lepas dari tu dilah tunggu la penyata dari PTPTN. Kalau tengok baki dalam PTPTN pun sistem, baki tinggal RM0.03. Tapi dilah nak pastikan akaun tu betul2 close baru boleh percaya yg dilah dah tak berhutang dengan PTPTN lagi..


Masalah timbul bila kita dah bayar habis tp ptptn tak automatik update bagitau peminjam yg kita dah habis bayar.. kite perlu call ptptn bagitau kita dah abis byr.. tapiiiii... bila dah call tu bukan diorg boleh close akaun tu at that time.. dia bagi email address pegawai yg uruskan akaun kita tu.. then, kita kena email pegawai tu (pegawai A), bgtau yg kita dah habis bayar.. dilah dah email pegawai tu after seminggu ke 2 minggu.. tp dia tak reply...


Dilah call lagi ptptn.. tanya mcmana.. rasa nak marah dah sbb apa la leceh sgt kan.. apsal tak automatik kan.. time nak duit bukan main lagi.. bukan sistem semua automatik update ke.. at least kita dah call sekali tu update la terus.. siap nak kena transfer ke pegawai2 lain pulak.. leceh betul kannn..


Ok..last dilah call ptptn 6 sept.. pegawai kat customer service tu bagi no telefon pegawai A ni pulak.. then dilah whatsapp pegawai A ni.. hari tu jugak. pegawai A ckp dia akan bagi surat pengesahan tamat hutang dalam masa seminggu tp dilah minta bg cepat sikit, dia janji hari jumaat tu dia bagi.. tp tunggu punya tunggu tak dpt jugak..




Semalam lepas (20 sept 16) dilah whatsapp pegawai A lagi utk tanya surat pengesahan tu. dia ckp dia akan bg sekejap lagi.. tak sampai 5min dilah dapat email dr pegawai A. dia bagi surat pengesahan tu.. akhirnyaaaaa.. dapat jugak surat yg ditunggu2..


Tapi pelik kan... tak sampai 5 min je dia buat surat tu.. tp nape la lambat sgt nak bagi sebelum ni.. hampir 1bln stgh tau.. 8 ogos ~ 20 sept tau.. tu dilah asyik push jer.. dekat 5x call ptptn.. whatsapp dan email lagi... cuba bayangkan kalau peminjam yg dah abis bayar tp tak call ptptn.. tunggu jer surat sampai rumah.. memang sampai ke sudah surat tak dapat2.. nape la pelik sangat procedure dia ni kan... harap sgt dia permudahkan prosedur diorg ni..


Alhamdulillah.. rasa seronok hidup ni bila bebas hutang (kecuali hutang rumah tu).. baru dapat menyimpan lebih sikit.. tp tu la, makin hari pun barang semua makin mahal.. keperluan anak2 pun makin meningkat.. bersyukur sangat bila dah habis byr ptptn ni.. tapiii... kereta pulak mula buat hal skrg ni.. adoiiiii

^__^



3 comments:

Homemade,

Cempedak Goreng Sedap

September 19, 2016 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Balik raya haji aritu tokbah bagi buah cempedak.. actually byk lagi hasil bekalan dari kampung.. hihi.. rambutan, cempedak, daging qurban.. ni entry Aidiladha 2016 aritu..



Cempedak paling sedap dimakan bila buat cempedak goreng.. memang heaven sgt la kannn... makan camtu jer pun sedap.. rasa manis2... lagi2 kalau yg jenis oren2 tu, besar2 ulas dia.. memang sedap kan...  tp kalau dapat digoreng lagi la soooodapppp!!! hahaha... 

Kalau beli cempedak goreng kat luar tu org ckp 3 biji RM2.. Betul ke?? mahalnyaaa.. dilah dah lama x beli cempedak goreng.. tp mmg tau la cempedak goreng memang mahal sgt skrg ni.. so dah alang2 ada buah cempedak kat rumah ni.. moh ler kite buat cempedak goreng yg sedap sgt tu.... 



Haritu sabtu aritu jumpa family dilah masa kitorg pegi jemputan rumah makcik dilah kat kota tinggi.. ni adik abah.. time tu abah bwk lagi cempedak.. 2 biji cempedak dia bagi.. sebiji jenis yg oren2 dan besar2 isinya.. sebiji lagi kecik2 jer cempedaknya tp byk.. kaler pun light yellow camtu mcm gambar atas ni.. tp tetap manis dua2 jenis.. tp gambar atas ni buah yg abah bekalkan masa balik raya haji aritu, yg ni size dia besar sikit dan byk isinya.. size ulas2 tu pun besar jugak..




Dilah jarang wat cempedak goreng ni, so nak masak aritu try la google resepi cempedak goreng yg sedap ni.. ala.. nak wat mcm pisang goreng tu pun ok tp ada certain bahan tu yg akan membuatkan aduanan tepung tu lebih sedap kan nnt.. so, meh dilah share resepi cempedak goreng yg sodap ni.. hihi

CEMPEDAK GORENG


Bahan2nya utk bancuhan tepung:
2 senduk tepung beras
1 senduk tepung gandum
1 suu besar tepung jagung
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit (bg nampak gold2 sikit)
sedikit garam
air secukupnya

sebiji cempedak
minyak utk menggoreng

Cara penyediaan:
1. Gaulkan semua bahan utk bancuhan tepung tepung di atas sehingga sebati.
2. Panaskan minyak utk menggoreng secukupnya.
3. Celup cempedak dalam bancuhan tepung dan goreng dlm minyak yg panas. 
4. Angkat cempedak bila cempedak keemasan.. siap!

TIPS :
Kalau nak tepung pada cempedak tu tebal, kurangkan air utk bagi bancuhab pekat. kalau nak lebih rangup dan nipis jer, air perlu lebih sikit bagi aduanan cair.

SELAMAT MENCUBA!!




0 comments:

Ayah Wan,

Bestnya Dapat Dating Berdua Jer...

September 15, 2016 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Selepas kawen dan ada anak, memang susah nak dapat peluang keluar dating berdua jer dgn ayahwan.. nak pegi mana2 mesti kitorg bawak semua anak2.. xde nak tinggal2 anak.. maklum la, kitorg tinggal jauh dari family.. kalau ikutkan family in law xdela jauh sgt pun.. hahaha.. boleh jer kalau nak tinggalkan anak sekejap.. tp dilah jenis tak sampai hati nak tinggalkan anak kat MIL utk dia tolong jaga sekejap pun.. rasa menyusahkan dia pulak nanti..

Sama jugak dgn babysitter anak2.. dilah ckp hantar pukul 7pg balik pukul 7mlm.. tu masa yg dilah tetapkan.. tp kadang2 hantar lambat sikit dan blk pun lambat sikit.. tu pun x lebih jam 7.30mlm.. kalau hari dilah x keje mmg dilah tak hantar.. kecuali kalau dilah sakit mmg MC.. so memang dilah biarkan anak2 kat rumah babysitter dulu sementara dilah dpt rehat sekejap..

Nak dijadikan cerita, last week ayah wan MC 4 hari sbb cabut gigi.. (minor operation cabut gigi geraham.. dilah pulak dah seminggu asyik rasa nak pitam dan pening kepala jer.. hari khamis lepas mmg dah tak tahan sgt.. terpaksa jugak pegi klinik.. 

Balik klinik terus kitorg gi breakfast..  then balik makan ubat dan nak rest jer.. harapnya dapat la tido sekejap.. sbb doktor ckp salah 1 ubat tu jenis mengantuk.. tp bila dilah makan xde nya dilah tido.. mengantuk memang ada tp xleh tido.. oo.. itu lagi 1 penyakit dilah, jenis yg susah nak tido.. huhu..

Last2 kul 1 lebih ayahwan ajak kuar.. dia nak gi bayar duit kete dan nak uruskan hal lain.. so dia ajak dilah sekali sbb tgk dilah tak leh tido.. okla.. jom la kite kuar.. ala2 gi dating gitu.. haha..

Selesai urusan bayar duit kete, kitorg gi maybank pulak.. tp tak dapat nak settlekan urusan kat maybank sbb staff yg uruskan tu xde.. then, dilah pandang ayahwan, ayahwan pandang dilah.. hahaha.. nak gi mana lepas ni?? punya la pikir nak gi mana ek?? maklum ler, jarang dpt kuar berdua kan.. sampai tak tau nak gi mana.. kalau nak gi tgk movie memang tak sempat la..

Last dilah ckp "mcm nak makan cheese cake pulak rasanya" hahaha... bagi hint ler tu.. haha.. ok, jom kite pegi secret recipe la.. kebetulan area tu mmg ada secret recipe.. so dating la si teruna dan dara ke secret recipe.. hahaha.. 

Jom layan gambar jer la...










Time tu dah pukul 3 lebih.. kitorg order chocolate moist cake ngan cheeze chocolate cake.. sementara tunggu cake sampai, tgk ada tea time special dgn setiap pembelian slice cake masa tea time.. ehh.. memang cantik sangat la.. beli cake dpt free coffee or tea.. kalau nak tukar minuman lain, top up RM2 jer (utk selected item).. so dilah order air iced butterscotch latte & hazellnut latte.. sedappp..




Air yg kitorg order tu harga dia RM10.90 kalau tak silap.. tapi time offer tu boleh beli dgn harga RM2 jer.. hoyehhh.. hahaha.. jimat banyak tu... alhamdulillah.. seronok jugak dapat sekali sekali dating berdua jer kan.. kalau tak mmg tak senang mak nak makan sbb melayan kerenah anak2.. hahaha





Semoga jodoh kali kekal hingga ke Jannah.. aamiin...

0 comments:

Menu Diet,

WW59 :: MENU DIET DILAH

September 14, 2016 Ibu Dilah 2 Comments


Assalamualaikum

Nak share menu diet yg dilah makan sepanjang sebulan diet ni..  ni antara yg sempat ambil gambar la.. xdela gigih tiap2 ari nak amik gambar kan.. hahaha.. Alhamdulillah.. dah dapat berat target yg ditetapkan.. hihi.. skrg tinggal nak kekalkan jer la.. tp payah jugak tu.. kejap naik kejap turun berat ni.. hihi

MENU BREAKFAST


Telur hancur + oat + sambal bilis kering


Telur rebus + sambal bilis kering + timun jepun

Oat + susu low fat + chia seed + honey

MENU LUNCH/DINNER

Sup sayur celery + carrot + ikan bilis + oat + telur

Salad + green apple + telur + celery + brokoli

ayam wrap telur dadar
(ayam bakar + salad + kwepiee)

MENU KUDAPAN

green apple + sambal bilis kering

Green tea setiap pagi dan malam..
Air 2.5 liter setiap hari

Selamat berdiet!!
^___^







2 comments:

Aktiviti bersama family,

Salam Aidiladha 2016

September 13, 2016 Ibu Dilah 0 Comments


Assalamualaikum

Yeahhh.. sape dah masuk keje arini?? sep sikitttt ngan dilah.. hahaha... sedihhh.. arini dah start keje.. tak dapat melepak lama2 ngan family dilah kat melaka.. hoho... nasib baik la adik yg bawah dilah pun dah balik umah MIL dia jugak.. so kurang la jeles tu.. hahaha.. boleh gitu???

Salam aidiladha untuk semua.. alhamdulillah.. tahun ni turn raya haji di Melaka.. kalau raya kat melaka mesti la meriah kann... walaupun takdela semeriah mereka2 yg sambut kat negeri2 pantai timur tu.. tp tetap meriah sebab berkumpul semua adik beradik.. dan suasana beraya kat melaka ni lebih terasa compared kalau beraya haji sebelah ayahwan.. hehe







Raya haji ni xdela kitorg bergambar sangat.. lagi2 dilah ni la.. xde sape nak amik gambo kite... sob..sobbb... asyik kite jer amik gambo anak2 ngan ayahwan.. gambo ibu xde org pun yg nak amikkan.. hahah.. sadis betul kannn... so, maknanya memang takde la gambo 1 family.. yg ada cuma gambo ayahwan ngan bujang kecik jer..



Menu hari raya tahun ni simple jer.. tp menu wajib mesti la sambal goreng jawa masakan dr bunda.. ehh.. mula2 org lain masak tau tp rasanya x cukup mantoppp.. tp selepas mak ejas2 baru la rasanya mantopppp.. baru betul masakan mak kan.. ni menu paling ditunggu2 setiap kali raya.. hari2 biasa jarang mak nak masak ni kecuali kalau ada kenduri dan buat nasi ambeng... baru mak wat sambal goreng jawa ni.. selain tu buat ayam masak merah dan ayam masak lapis utk budak2..




Raya kali ni jugak meriah dengan makanan dan buah2an.. yela... kitorg yg paling jauh kan, so bila ada buah2an yg abah tanam tu dah masak, dia akan simpankan utk anak dia yg jauh ni.. hihi.. so balik aritu dpt 1 bekalan 1 tupperware besar rambutan kuning, 1 tippuware besar cempedak.. semua tu dah siap kopek tau.. difrozen kan.. pastu, tambah lagi sebijik cempedak fresh lagi.. buah langsat pokok atok dilah pun ada... 

Seronok kan duduk kampung.. macam2 boleh tanam.. abah dilah memang rajin bercucuk tanam. pokok buah2an dan sayuran.. ehh... macam2 ada tau.. rambutan, manggis, cempedak, nangka, jambu air, jambu batu, mangga, duku.. dulu lagi banyak.. durian belanda, durian, sukun dan mcm2 lagi.. tu baru buah2an, belum sebut yg sayur2an lagi.. hahahaha.. limau nipis, limau kasturi, limau purut, pokok kari, pokok serai, pokok daun kesum.. ehhh... mcm2 lagi la.. haha.. untung kan duduk kampungggg...



ehh.. nak tau tak, aritu kan ada viral org wat rambutan letak asam boi ngan cili api kan.. ala.. sblm ni org wat jeruk mangga tu.. tp kali ni musim rambutan diorg buat cam tu jugak.. so, dah kebetulan rambutan banyak kat umah tu kan.. so dilah pun cakap la ngan bunda, cer try wat mcm tu.. perghhhh.. memang mantap rasanya.. walaupun dilah takut2 nak makan sbb takut batuk2 semula lps makan rambutan, tapi sekali makan memang tak boleh berenti tau... nasib baik lps tu tak batuk2.. huhu.. kalau tak memang mendapat la penyakit kannn.. hihihi..

Lepas magrib semalam bunda wat baca yasin, tahlil dan takbir kat rumah.. so lepas habis majlis baru kitorg gerak balik jb.. kul 9.45pm baru gerak.. lepas area yong peng tu jalan  mula jem.. lepas air itam lagi teruk.. slow sgt.. last2 kitorg kuar machap.. dari machap ke simpang renggam ok, tp lps simpang renggam tu start jem balik... huawaaaa.. time tu dah pukul 12 tgh malam.. ayahwan terus ckp, singgah tido sedenak jer la.. umah MIL dilah.. sampai sedenak kul 1am...  kalau terus balik skudai ntah kul bape la sampai.. sbb dengar nye mmg jem teruk ke arah jb..


Nasib baik pagi ni pegi keje tak mengantuk... walaupun  mood masih dikampung.. tp hidup perlu diteruskan.. hahaha... xpe.. weekend ni jumpa bunda tokbah lagi.. diorg turun jb lak.. nak gi kota tinggi anak buah tokbah kawen.. happy jer rasa bila selalu dpt jumpa family.. hihi


0 comments:

Demam,

Aksi Stunt Fattah Anas!!

September 02, 2016 Ibu Dilah 0 Comments


Assalamualaikum

Ni cerita sebelum merdeka aritu.. ingat tak entry sebelum ni dilah share perkembangan fattah anas.. fav dia sekarang ni main basikal.. samada tolak basikal.. panjat basikal atau duduk atas basikal.. ye.. ni hah.. aksi berani fattah anas buat stunt kat basikal abg.. hehehe..




Time anak kecik2 ni kitorg memang biarkan hall rumah tu lapang dan luas.. sofa semua letak kat tepi.. meja makan pun himpit tepi supaya ada ruang anak2 nak bermain.. lagi2 ibu ayah jenis bekerja kan.. balik keja sampai rumah dah pukul 7 / 7.30mlm. so memang takde masa nak main kat luar rumah.. bila rumah lapang, dapat la budak2 ni main basikal dalam rumah.. hihi..






Tengok la.. betapa beraninya budak kecik sorg ni.. selamber dia jer buat aksi stunt atas basikal.. time ibu nampak xpela.. kalau time xde org nampak kan bahaya.. kadang2 tu dia boleh panjat kerusi kecik ke, basikal ke.. berdiri atas tu untuk capai apa2 kat atas kabinet dapur..  memang bahaya.. takut dia capai kuali panas ke apa jer..




Segala stool or kerusi kecik semua memang kena letak kat tempat yg dia tak boleh nak capai.. kalau tak ade jer akal dia nak memanjat tau.. buat senyap2 jer pulak tu.. tau2 dah berdiri tinggi.. huhu.. memang bijak sangat budak ni tau.. hihi


Alhamdulillah,, arini fattah anas genap 1 tahun 5 bulan.. 2,3 hari ni fattah anas tak berapa sihat.. hari merdeka tu dia demam panas sampai 39++.. malam tadi masih dedor., tak panas sangat.. tapi memang tak berapa nak aktif sangat la mcm biasa..




Demam kali ni pun rasa lain sikit bila fattah anas ada masalah nak menyusu.. bila nak menyusu kejap je dia isap pastu keluar kan balik.. then isap balik tp terus keluarkan balik. pastu dia jelir lidah.. mcm ada something dalam mulut dia tu buat dia tak selesa nak isap.. tapi bila ibu tengok2 dalam mulut takde pape pulak.. tp dia asyik merengek jer tak selesa.. cian baby ibu...


Mudah2an hari ni baby sihat kat rumah babysitter.. risau jugak kan bila anak kecik demam.. selsema pun dah kurang dah tu.. cepat baik ye sayang.. nanti kita balik rumah bunda ya.. adik boleh main puas2..


0 comments: