Alhamdulillah... Hutang PTPTN dah Habis Bayar!!
Assalamualaikum
Alhamdulillah.. dilah dah habis bayar hutang PTPTN bulan lepas.. rasa lega sangat bila dah habis bayar.. rasa macam dah free sangat skrg ni.. hutang kereta pun dah habis hujung tahun lepas.. so skrg ni tinggal hutang rumah jer, sbb loan atas nama dilah tp bayar share2 ngan ayahwan...
Dilah pinjam 28k dr PTPTN masa amik degree Mechanical Engineering kat UTM. habis belajar 2007 dan start bayar secara konsisten tahun 2008. Tahun 2010 start tukar kepada ujrah yg 1% tu.. skrg tahun 2016 dah habis bayar.. alhamdulillah..
Dilah buat full settlement hutang PTPTN ni melalui KWSP.. hujung Julai or awal Ogos aritu start apply. dalam seminggu lebih urusan setel.. KWSP dah transferred ke PTPTN 8 Ogos 2016. lepas dari tu dilah tunggu la penyata dari PTPTN. Kalau tengok baki dalam PTPTN pun sistem, baki tinggal RM0.03. Tapi dilah nak pastikan akaun tu betul2 close baru boleh percaya yg dilah dah tak berhutang dengan PTPTN lagi..
Masalah timbul bila kita dah bayar habis tp ptptn tak automatik update bagitau peminjam yg kita dah habis bayar.. kite perlu call ptptn bagitau kita dah abis byr.. tapiiiii... bila dah call tu bukan diorg boleh close akaun tu at that time.. dia bagi email address pegawai yg uruskan akaun kita tu.. then, kita kena email pegawai tu (pegawai A), bgtau yg kita dah habis bayar.. dilah dah email pegawai tu after seminggu ke 2 minggu.. tp dia tak reply...
Dilah call lagi ptptn.. tanya mcmana.. rasa nak marah dah sbb apa la leceh sgt kan.. apsal tak automatik kan.. time nak duit bukan main lagi.. bukan sistem semua automatik update ke.. at least kita dah call sekali tu update la terus.. siap nak kena transfer ke pegawai2 lain pulak.. leceh betul kannn..
Ok..last dilah call ptptn 6 sept.. pegawai kat customer service tu bagi no telefon pegawai A ni pulak.. then dilah whatsapp pegawai A ni.. hari tu jugak. pegawai A ckp dia akan bagi surat pengesahan tamat hutang dalam masa seminggu tp dilah minta bg cepat sikit, dia janji hari jumaat tu dia bagi.. tp tunggu punya tunggu tak dpt jugak..
Semalam lepas (20 sept 16) dilah whatsapp pegawai A lagi utk tanya surat pengesahan tu. dia ckp dia akan bg sekejap lagi.. tak sampai 5min dilah dapat email dr pegawai A. dia bagi surat pengesahan tu.. akhirnyaaaaa.. dapat jugak surat yg ditunggu2..
Tapi pelik kan... tak sampai 5 min je dia buat surat tu.. tp nape la lambat sgt nak bagi sebelum ni.. hampir 1bln stgh tau.. 8 ogos ~ 20 sept tau.. tu dilah asyik push jer.. dekat 5x call ptptn.. whatsapp dan email lagi... cuba bayangkan kalau peminjam yg dah abis bayar tp tak call ptptn.. tunggu jer surat sampai rumah.. memang sampai ke sudah surat tak dapat2.. nape la pelik sangat procedure dia ni kan... harap sgt dia permudahkan prosedur diorg ni..
Alhamdulillah.. rasa seronok hidup ni bila bebas hutang (kecuali hutang rumah tu).. baru dapat menyimpan lebih sikit.. tp tu la, makin hari pun barang semua makin mahal.. keperluan anak2 pun makin meningkat.. bersyukur sangat bila dah habis byr ptptn ni.. tapiii... kereta pulak mula buat hal skrg ni.. adoiiiii
^__^
Saya bayar PTPTN guna JomPAY melalui CIMB Clicks tanpa caj.
ReplyDeleteBoleh refer link bawah ni.
Bayar PTPTN tanpa caj melalui JomPAY
Surat tamat hutang tu dpt emel komputer generated ker dapat surat sampaj rumah?
ReplyDeletedocument perjanjian dulu perlu tak time habis bayar?
ReplyDelete