Sepetang di Tanjung Balau - Ceritera Ibu

Sepetang di Tanjung Balau

Assalamualaikum

2 minggu lepas, kitorg pegi jemputan kawen rumah makcik dilah (adik tokbah) kat Felda Semenchu, Kota Tinggi... yg kawen ni anak makcik dilah yg bongsu.. kira sepupu kitorg la ni.. so family Dilah dari Melaka pun semua datang jugak.. alang2 dah mai datang Johor ni, diorg nak berjalan la sekali...

Lepas majlis dlm kul 4 gitu.. kitorg bergerak ke Tanjung Balau.. mula2 ingat nak ke Desaru.. tp dengarnya ramai org kat sana time cuti2 ni kan, jalan pun jem.. so kitorg tukar plan ke Tanjung Balau pulak.. boleh tahan ramai jugak la tp xdela pack sgt.. pantai tu terbuka dan tak tertumpu satu area jer...



Acah-acah nak wat LOVE with siblings.. huhu.. disebalik mak2 tu ada anak2 kecik tau.. haha..



Kitorg sampai kul 4 lebih.. dalam kul 6.30ptg cam tu gerak balik.. actually, kitorg xdela betul2 plan nak gi pantai ni.. tp disebabkan diorg semua bermalam kat hotel di Kota tinggi, so kitorg pun standby je la bawak baju lebih.. so bila pegi pantai ni cuma budak2 ngan bapak budak jer yg mandi.. mak2 ni semua gigih berbaju kurung ke pantai.. hahaha...

Kat situ ada mcm2 aktiviti yg boleh dibuat.. ada banana boat.. atv pun ada.. ada gak yg ala2 bercamping.. main bola pantai.. tp yg camping tu dan bola tampar pantai tu bawak peralatan sendiri la... 

Sambil2 tu ada jugak org jual aiskrim lalu kat tepi pantai tu.. ada la 2, 3 biji moto lalu.. so along pun tahan la aiskrim.. belanja semuaorg makan aiskrim.. Bila dapat makan aiskrim baru la bebudak ni behave kejap.. bunda suruh duduk beratur semua.. hahaha...





Cucu bunda tokbah dah ada 11org skrg ni.. so, berderet la semua makan aiskrim.. cuma baby aali jer tak leh makan aiskrim lagi.. rugi la aali.. hahaha.. Lepas dah makan aiskrim, main jer la pasir kat tepi pantai ni.. lagi best kan.. hehe..







Okla.. tu jer la cite kami ke Tanjung Balau, Kota Tinggi.. otw balik tu jalan jem giler2.. sabo jer la.. huawaaaa....

6 comments:

  1. Seronoknya bersantai di tepian pantai mcm tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis.. lagi2 gi ngan family ramai2 kan.. memang santai2 jer la.. hihi

      Delete
  2. Replies
    1. cantik kak rin.. tapi air xdela jernih.. pantai ni landai jer.. tu yg seronok budak2 main kat tepi pantai..

      Delete
  3. tempat wajib ciknaa balik umah mertua..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela.. dekat ngan rumah MIL ciknaa kan ni.. kira ada jugak la tempat nak jalan2 bila blk kg kan... hehe

      Delete