Babywearing,

Southern Babywearing Festival 2016

October 24, 2016 Ibu Dilah 0 Comments


Assalamualaikum

Bulan Oktober merupakan bulan mengedong anak sedunia.. so sempena sambutan babywearing month ni, Selat Tebrau Babywearear (STB) telah menganjurkan Soutern Babywearing Festival 2016 (SBF 2016). Hari Sabtu lepas, 22 Oktober 2016, Dilah berpeluang mengikuti SBF 2016 yg diadakan di Perpustakaan Raja Zarith Sofia, UTM Skudai.. 


Sebenarnya sehari sebelum event tu Dilah baru decide untuk pergi event ni.. sbb sebelum ni venue SBF ni dijadualkan di sebuah hospital swasta di area Nusajaya.. Dilah nak kalau pegi confirm la kena bawak anak2 tu semua kan.. Ayah Wan pulak kerja aritu, so memang tak la nak bawak anak2 pegi event jauh2 ni.. Tapi bila venue bertukar ke UTM, Ayah Wan bagi keizinan utk Dilah join aktiviti ni.. alhamdulillah.. 





Aktiviti  bermula 8am dan berakhir jam 2 petang. Terdapat banyak aktiviti menarik seperti ceramah mengenai babywearing, flashmob, cabutan bertuah, dan sesi fotografi. Terdapat juga 20 booth yg menjual makanan dan minuman, babycarrier, pakaian dan lain2. memang meriah event ni.. oh ya, food truck pun ada jugak tau..

Sebenarnya, dilah ni memang ahli STB dan dah beberapa kali join event yg dianjurkan oleh STB ni.. apa yg menariknya, setiap event yg dianjurkan mesti akan menitik beratkan keperluan & keselesaan anak-anak. dah nama pun babywearing kan, so dah tentu la ramai anak-anak kecil yg ikut serta dalam event ni kan.. tapi jangan risau, tempat untuk anak-anak disediakan berdekatan dgn area ibu bapa.. ada tempat untuk anak2 bermain, ada tayangan video serta aktiviti mewarna untuk anak-anak.. jadi anak-anak bebas untuk melakukan aktiviti mereka..



Setiap kali event mesti ada lucky draw.. dan hadiah lucky draw ni semua best2 sgt tau.. ada baby carrier seperti SSC, ring sling, wrap dari brand baby carrier yg berjenama.. memang best sgt la ni.. voucher ada, makanan ada, pakaian ada.. memang banyak sgt hadiah untuk lucky draw yg disediakan di situ.. dan no Dilah naik sbg top 12 ok!! hampir2 berpeluang untuk memang baby carrier tau.. tp x dapat baby carrier, dapat baju ni pun dah cukup bertuah..hahaha.. berbaloi la last minute decide utk join event ni dapat lucky draw yg best kan.. hehhehe..

Okla.. jom la tengok gambar yg sempat amik.. InsyaAllah, next year nak join lagi.. hehe..





Jatuh cinta dengan babywearing sejak adanya budak kecit ni.. ;)

Happy  Babywearing uolls...



0 comments:

Faris Zakwan,

Faris Zakwan Dah Free Diapers!!

October 21, 2016 Ibu Dilah 1 Comments

Assalamualaikum

Dah sebulan lebih abg Faris free diapers. Misi untuk free diapers before faris turns 4 telah berjaya.. yeahh!!! Ye.. dilah tau, ni kira dah lambat jugak free diapers.. anak org lain belum masuk 3 tahun dah tak pakai pampers lagi... ada tu belum 2 tahun dah free diapers..  tu anak uolss.. tahniah diucapkan pd mak2 yg berjaya potty train anak before 2thn dan 3 thn ya..


Actually, plan asal memang nak potty train faris before dia umur 3 tahun. tapi memandangkan masa tu baru lepas bersalin dan baby pun masih kecik lagi, dilah tak cukup gagah nak potty train faris.. yela, nak train diorg ni kena la banyak bersabar, kena rajin layan kerenah dia nak kencing nak berak kan.. so, bila ada baby bawah 1 thn tu mcm tak cukup tabah nak handle.. hehe..

Tahun ni faris dah start duduk taska.. dah start masuk kelas dan belajar.. so, masa lebih banyak kat sekolah.. plan dari awal tahun nak potty train.. tp cikgu cakap kalau nak ajar kena time cuti sekolah.. time tu student tak ramai, so cikgu boleh tumpukan lebih perhatian kat faris.. yela, kita pun faham kan.. buatnya dia nak terkencing tp tak sempat dah bersepah  kat sekolah.. dah mengganggu budak2 lain pulak kannn..

So time cuti bulan 3 tu sempat train 3,4 hari.. tp tak berjaya sangat. lagi2 Faris ni jenis yg sangat leka kalau dah tengok TV.. kita cakap apa pun dia buat tak tahu jer.. sayang nak tinggalkan citer cartoon dia tu.. tu la salah satu sbb dilah tak dapat train dia awal2.. 

Cuti sekolah seminggu sebelum masuk bulan puasa aritu pun tak dapat nak train. sbb time tu adik fattah anas admitted kat KPJ 4H3M sbb demam panas.. so xde sape nak handle dia.  cuti seminggu time raya pun x boleh nak train sbb time tu kita tgh beraya kan.. mesti la banyak berjalan..

So, Dilah decided cuti sekolah seminggu time raya haji bulan lepas dilah nak train faris betul2.. lagi2 dia dah nak masuk 4 tahun kan.. so, before masuk 4 tahun mesti berjaya potty train dia..dan time tu pun faris mcm dah ready untuk bercerai dgn pampers dia.. so,  sedikit sebanyak membantu jugak proses training kali ni...


Minggu 1st dilah pakaikan faris spender bila pegi sekolah (kira hantar taska sbb ibu keje). ada la beberapa kali terkencing kat sekolah.. time tu dia belum pandai control lagi rasa nak kencing tu.. bila malam dilah pakaikan pampers..

2nd week, sekolah dah mula semula.. tp dilah tetap teruskan potty train faris.. tak boleh bertangguh2 lagi.. dah nak masuk 4 thn kotttt.. nak tunggu sampai bila kan.. so 2nd week ni faris dah boleh control sikit rasa nak kencing tu.. dah pandai cakap kat cikgu or pegi bilik air sendiri bila nak kencing. kat rumah pun sama.. walaupun ada sekali 2 masih terlepas lagi, tp it's ok la..

Bila malam pun free diapers jugak.. sebelum tido paksa faris kencing dulu.. oo.. faris kalau nak kencing dia akan jerit "nak kencingggg.." maka maknya pun berlari lintang pukang gi bilik air bukak pintu bukak lampu.. hahaha.... lawak okkk.. kadang2 kerahkan "kakakkkkkk!!!! gi bukak kan lampu bilik air.. abg nak kencing!!" terpekik mak ko suh anak bukak lampu bilik air kannn..


3, 4 malam pertama tanpa diapers faris berjaya tak ngompol.. hahaha.. tahu tak ngompol tu ape?? ngompol tu kencing malam dlm bahasa jawa.. hihi.. dilah letak alas tido yg utk potty train tu.. (ape nama dia dah lupa.. haha) tapi faris tak suka tido atas lapik tu.. eee.. geram tau.. dia mula wat drama, tak selesa la.. itu la.. ini la... ada sekali terlepas kencing jugak time tido.. tp selamat la pakai alas tu kan.. so takde la terkena tilam...

3rd week.. nak berak pun dah pandai pegi sendiri.. sebelum ni ajar dia berak kat tandas tu.. letak alas kat mangkuk tandas tu.. dia ok tp kadang2 mcm tak selesa.. tp lepas2 dari tu perasan bila dia dah pandai pegi tandas sendiri, dia tak guna pun alas tu.. bila tanya abg selesa ke berak mcm tu.. dia kata ok, selesa.. dah dia kata ok, xnak la paksa2 lagi kan.. bab cebuk dia memang dah pandai dah.. masa pakai pampers dulu pun kalau berak dah suruh dia cebuk sendiri..

Tapi masa 3rd week tu, faris banyak ter kencing malam.. dah la sampai kena kat tilam semua sbb dia tido ganas.. alas tilam tu dah bergerak2.. boleh dikatakan 3 hari berturut terkencing jer.. mula la ibu stress.. malam seterusnya terus pakaikan dia pampers balik..  huawaaa... tp 2 mlm jer la.. sbb dia pun rasa mcm dah tak selesa pakai pampers tu lagi.. ala... tu temporary jer.. mak stress banyak kain baju nak basuh dgn yg terkena kencing lagi.. hahaha..

This week dah 5 minggu Faris free diapers.. Alhamdulillah.. jarang dah terkencing lagi.. siang dan malam dah free diapers.. nak kencing pun dah pandai pegi sendiri.. dah boleh kencing tanpa bukak lampu bilik air.. nak berak pun sama.. kadang2 tetiba perasan dia tgh berak kat tandas tanpa bukak lampu bilik air.. gelap jer.. dia pun x cakap nak berak.. kira dah boleh berdikari la..

Time keluar berjalan pun memang tak yah dah nak standby2 pampers.. sebelum keluar rumah kencing dulu.. sampai kedai makan ke shopping mall tanya faris dulu nak kencing ke tak.. kalau nak terus bawak gi kencing dulu..

gambar google..

Sebagai ganjaran.. ibu bagi tobot XY bergabung sbg hadiah dia dah berjaya potty train.. memang dari last year dah berjanji ngan faris kalau dia berjaya free diapers, ibu akan bagi hadiah.. dan dia request TOBOT XY Bergabung.. hadiah pun salah satu dari penguat semangat dia utk berjaya tau..

Jimat duit pampers skrg ni.. tinggal beli pampers untuk Fattah Anas jer la skrg ni..



1 comments:

Faris Zakwan,

Siblings..

October 18, 2016 Ibu Dilah 1 Comments


Assalamualaikum


Siblings..
..
Masa baik..
Peluk cium sentiasa..
Main "Papa, Mama & baby Aish.."
Sweet sangat la rasanya..
..
Masa Gaduh..
Tarik rambut abg kakak..
Tolak menolak adik kakak..
Marah-marah adik abang..
Dah mcm ultraman dgn raksasa..
Tak pun boboiboy dgn adudu..
..
Macam tu la adik-beradik..
Bila dekat gaduh sahaja..
Bila jauh rindu je rasanya..
..
Yg penting sayang menyayangi la kalian bertiga..
Dah besar jaga la sama-sama..
Jangan terputus hubungan yg ada..
..
Ibu & Ayah sayang kalian bertiga..
Sehingga ke hujung nyawa..

..
#nurdiyanaimani #fariszakwan #fattahanas #siblings #dilahwanfamily

1 comments:

Botol Susu Besi,

TESTIMONI BOTOL SUSU TERMAL / TERMOS

October 13, 2016 Ibu Dilah 1 Comments



Assalamualaikum

Alhamdulillah.. sambutan terhadap botol susu semakin menggalakkan.. makin hari makin ramai yg membeli botol susu ni utk anak mereka.. dan dah ramai jugak yg repeat order untuk adik beradik dan kawan2 mereka.. yela, perkara baik mesti la nak share dengna kawan2 kan... hehe..

So, hari ni nak share sikit testimoni dan feedback dari customer yg dah beli botol susu termos ni untuk anak mereka.. dilah happy sangat bila dapat membantu ibu-ibu di luar sana..

Jom kita mulakan feedback dari diri sendiri.. hahaha..

-------------------------------------------------------------------------------
HAMPIR 2 TAHUN 3 BERADIK NI DAH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU TERMAL
--------------------------------------------------------------------------------



Ya.. ni anak-anak dilah.. mereka pun menggunakan botol susu termal ni.. kakak dan abg dah guna dekat 2 tahun.. adik pulak almost 18months dah guna botol ni.. Botol masih berfungsi dengan baik. just tukar puting sahaja.. 

So far sangat mudah bila ada botol ni lagi2 bila time travel. biasa time nak balik kampung, dilah dah buat susu siap2 dari rumah.. OTW balik kg bila anak merengek terus jer bagi diorg minum susu.. susu pun masih suam2 lagi.. 

Lagi satu, bila diorg tak minum susu, kadang2 dilah bagi diorg minum air guna botol ni.. just tukar bottle ring + puting tu kepada straw top.. dah jadi botol air.. boleh juga tambah handle set untuk memudahkan anak pegang.

------------------------------

SENANG UNTUK TRAVEL
------------------------------------

Bagi ibubapa yg kerap travel, kami memang menggalakkan untuk mereka menggunakan botol susu termal ini.. Ini bagi memudahkan mereka menyediakan keperluan anak-anak semasa keluar berjalan atau sedang dalam perjalanan yg jauh..


Hanya perlu menyiapkan susu sebelum memulakan perjalanan.. Jika dalam perjalanan (dalam kereta) anak nak minum susu, hanya bagi sahaja susu kepada mereka. begitu juga kalau keluar bersiar2 bersama family. tidak perlu bawa segala kelengkapan utk membuat susu.. Anak dapat minum susu yg suam-suam. 


-------------------------------------------------------------------

ANAK KERAP BANGUN MALAM UNTUK MENYUSU
--------------------------------------------------------------------

"Untuk malam, Kama buat susu siap-siap dalam botol tu. Nak guna baru tuang sikit-sikit dlm botol lain.."

"Malam minum 2oz tapi kerap la dia bangun malam.."
"Malas nak bangun buat susu banyak kali.."
"Susu boleh panas sikit dan susu tak cepat rosak"

- Puan Kamaliah -




Ya.. Puan Kamaliah mengalami masalah anak yg kerap bangun malam untuk menyusu.. tapi menyusu dalam kuantiti yg sedikit. Setelah menggunakan botol susu ni, masalah Puan Kamaliah telah dapat diatasi. Beliau hanya perlu membuat susu dalam botol susu termal ni sebelum tido. Bila anak bangun malam utk menyusu, beliau hanya mengisi 2oz susu ke dalam botol lain untuk anaknya minum dan suhu susu pun masih suam-suam.


Botol susu termal ini boleh tahan panas sehingga 6 jam atau lebih, bergantung kepada cara bancuhan. Namun begitu, susu tidak dijamin tidak akan basi jika telah diminum berulang kali. Air liur yg telah mengenai susu boleh menyebabkan susu cepat basi. Oleh itu, bagi menjamin susu tetap  elok utk diminum, Puan Kamaliah mengasingkan susu dlm amaun tertentu utk setiap kali sesi penyusuan.


------------------------------------------------------------
MUDAH UNTUK DICUCI/DIBERSIHKAN
-------------------------------------------------------------




Botol susu termal ini memang mudah untuk dicuci kerana material yg digunakan adalah stainless steel. So, susu tidak mudah melekat pada dinding botol.. jika melekat sikit pun sangat mudah dibersihkan.. berbanding botol plastik, susu yg melekat menyebabkan botol susu sedikit berminyak..

--------------------------------------------------------------------------------------
PUTING YG BERADA DI PASARAN SESUAI UNTUK DIGUNAKAN
--------------------------------------------------------------------------------------




Ya.. terdapat pelbagai brand puting yg dijual dipasaran.. Kebanyakan puting tersebut amat sesuai digunakan dengan botol susu ini..Botol susu ini boleh digunakan sehingga 5 tahun tetapi puting botol perlu ditukar selalu. Bagi memudahkan customer kami, jika mereka tidak mahu menggunakan puting yg asal, mereka juga boleh menggantikan puting asal dengan puting lain yg terdapat dipasaran..

Selain dari itu, ada sesetengah anak kecil hanya mahu menggunakan puting dari brand tertentu shj. mcm customer di atas ni, anak beliau hanya menggunakan puting pigeon shj.. Puting pigeon ni amat sesuai dengan botol susu ini. Jadi, tiada masalah untuk beliau menggunakan botol ini bersama puting pigeon.

Ni antara feedback dari customer Little Bambam dan juga testimoni dari diri sendiri.. hihi.. 
Ya.. dilah bagi anak2 guna botol susu ini dan dilah juga menjual nya.. Dilah ingin kongsikan kebaikan botol ini dengan ibubapa yg lain.. Mesti kita nak yg TERBAIK untuk anak-anak kita kannn...

Kalau anda juga berminat dengan botol termal ni  dan nak tahu lebih detail, boleh whatsapp Dilah ya.. Skrg ni pun ada offer tau untuk pembelian pakej KOMBO.

<< Whatsapp +6012-7275531 >>

<< Whatsapp +6012-7275531 >>

Terima kasih kepada semua customer yg sentiasa support Little Bambam..





1 comments:

Cerita ibu

Budak Kaca Mata....

October 12, 2016 Ibu Dilah 1 Comments


Assalamualaikum

Tajuk tak menahan kan.. hahah... Bila bingkai spec mata patah secara tiba-tiba, memang huru-hara jadinya.. lagi-lagi bagi mereka yg berkaca mata sepanjang masa mcm dilah ni hah.. memang parahhhh... rasa dunia gelap seketika.. walaupun takde la gelap pun.. hahaha.. tapi bila tengok benda semua nampak blurrrr jer.. memang stress.. 

Nak jadikan cerita, masa dilah pergi dinner aritu, tak lama lepas check in bilik, spec mata dilah PATAH..  time tu dilah tengah test tudung kat depan cermin.. fattah anas pulak duduk bertenggek kat meja depan dilah tu sambil main2.. tak perasan pun dia main spec.. tetiba jer perasan bingkai spec tu dah patah.. argghhhhhhh... nape la time ni dia nak patahhhhhh???

Kalau ikutkan, spec ni dah lama dah.. dlm 3 ke 4 thn kotttt... memang dah sampai masa pun utk ditukar tp asyik bertangguh2 sbb rasa byk benda lain yg lebih penting.. tapi  aritu dlm seminggu dilah asyik rasa nak pitam jer.. check darah semua ok.. so dilah suspect sbb power naik kot... 

Bila pergi kedai cermin mata, memang confirm power naik.. -__- . Power rabun jauh naik 50, power silau naik 50 jugak... patut la sampai nak pitam dan pening kepala.. tu yg x de la sedih sgt bila spec ni patah.. kalau tak patah mesti lagi bertangguh2 nak tukar kan.. hehehe

Cuma yg geram nya.. nape time tu jugak nak patah??? malam tu dinner kan, tak kan la tak pakai spec.. kalau nak beli contact lens pun tak boleh sbb power dilah tinggi, silau pun tinggi.. mmg kena order utk power silau yg tinggi.. nak tak  nak kena la immediate buat spec tu.. kalau tak meraba la nak jalan gi dinner.. hahahaha


Disebabkan masa sangat suntuk, tak sempat nak survey byk kedai.. tak sempat nak belek2 design spec yg ada.. nak tengok pun dah tak nampak kan.. tu mujur kitorg tido hotel tu.. so mall bawah hotel jer.. kalau tak, memang haru la.. hahaha...

So.. here my new spec.. design lebih kurang sama jer.. ingat nak yg half bingkai.. tp susah sikit nak jaga sbb dilah pakai sepanjang masa dan ada anak kecik.. senang pecah nnt.. lagi2 si fattah anas tu suka sangat tarik spec ibu.. hoho.. so.. amik jer la design lebih kurang sama.. hehe..


1 comments:

Aktiviti bersama family,

Dinosaur Water Theme Park at KSL Resort

October 11, 2016 Ibu Dilah 1 Comments


Assalamualaikum

Jom kita sambung citer weekend gateaway kami ke KSL Resort hari tu.. oh ya, ada yg bertanya kat mana KSL Resort tu?? lupa pulak nak inform, KSL Resort ni kat JB tau, betul2 area bandar JB.. so kalau nak round2 JB senang sangat la.. boleh tengok link bawah ni utk review hotel.

Review :: KSL City Resort, JB


Ok.. arini nak cerita pasal Dinosaur Water Theme Park pulak.. Theme Park ni berada di level 7. berhadapan dgn ballroom yg dilah dinner malam tu. disebabkan kesuntukan masa pada 1st day tu (hari dinner tu), so kitorg tak turun la ke water park ni.. tp mujur gak tak turun, kalau tak, kitorg nak naik bilik bertembung la dgn budak2 opis yg dah sampai awal utk dinner tu.. hahaha...

Air dan anak-anak berpisah tiada... ecehhh.. tapi memang betul kan. budak2 ni kalau jumpa air memang boleh lupa semua.. so berzikir la diorg bila kita nak gi pool? bila kita nak mandi?? haha.. tahan jer la telinga ni.. esok pagi kita pegi mandi ye... so keesokan harinya selepas breakfast, kitorg pun turun la ke level 7 ni...





Wahhhh.. bukan main excited lagi anak2 ni nak mandi pool.. lagi menariknya, water park ni bertemakan dinosaur.. memang banyak replika dinosaur kat situ.. ada 5~6 ekor kot.. then ada jugak maskot dinosaur.. yg lagi best tu, dinosaur ni bukan setakat replika biasa yg statik tu tau.. dinosaur ni boleh bergerak2 dan berbunyi.. salah seekor dinosaur tu siap boleh hembus air lagi tau dari mulut dia.. teruja betul anak2 ni tau...




Water Park ni memang sangat sesuai untuk anak-anak.. kedalaman pool tu paras pinggang faris.. paling dalam pun sampai ke bahu faris tu jer.. memang tak dalam mana la utk org dewasa ni.. slide pulak ada 3 tempat.. semua sesuai untuk anak2 tau..







Kemudahan lain, kat keliling kolam tu banyak disediakan tempat duduk.. memang betul2 keliling kawasan tu tau.. cuma tempat duduk tu tak berbumbung.. so kalau time pagi tu memang panas la kena cahaya matahari.. kalau tak nak panas, boleh duduk area locker room.. sbb membelakangkan bangunan kan, so redup la area tu..


Pelampung  boleh sewa di situ.. kalau tak silap RM10 kot.. kitorg tak sewa sbb dah bawak siap2 dari rumah.. towel pun boleh ambil area pool tu jugak.. tp tu bagi yg stay kat hotel la..

So far, puas hati la dengan water park ni.. yg penting anak2 happy sangat...
tu jer la cerita weekend gateaway kami  aritu..


Next trip ke mana kah kita???
Tungguuuu..

Sikit hint.. 
Anak-anak dan air berpisah tiada..




1 comments:

Birthday,

Faris Zakwan Turns 4

October 10, 2016 Ibu Dilah 0 Comments


Assalamualaikum

Hari Jumaat lepas, 7 October 2012 genap la usia abg Faris Zakwan 4 tahun.. rasa kejap jer dah besar anak bujang ibu ni tau.. time dia dpt adik last year mas tu umur 2 thn setengah.. tup tup arini dah 4 tahnu dah.. hahaha.. 


Kalau cikcu ngan auntie2 dia tengok masa usia dia lagi besar.. macam 5 tahun ke.. sebabnya faris ni tinggi ikut ayah.. dan badan dia tough sikit compared ngan kakak dan cousin2 dia yg lebih kurang sebaya.. tu yg rasa mcm dia ni dah besar jer.. tapi cakap masih ada pelat2 lagi.. haha.. dannnnn baru jer sebulan free diapers... (nanti ibu share pasal ni kat entry lain ye..)
-__-

Kalau ikut tahun, umur dah 4 tahun tp kalau ikut birthday baru ni masuk 4 tahun.. tu cakap pun ada pelat2 lagi.. pastu manja nya budak sorang ni tau.. tido mesti nak tido dgn ibu.. jarang2 la nak tido ngan ayah wan tu.. pastu kalau tegur sikit mula la sentap!! haha.. then nanti dia cakap..

"Abang nak sayang ibu..."

Hurmmm.. pandai kan dia.. nak tutup kesalahan dia nanti dia ckp la mcm tu.. ala2 nak manja2 gitu... adohaiiii... nak marah lebih2 pun tak jadi tau.. pandai nak umpan ibu...

Sekarang ni abg faris suka sangat menyakat kakak dan adik fattah anas.. hoiii.. kuat sangat menyakatnya skrg ni.. kakak tu diam2 tetiba dia datang kaco.. adik nak minum air.. baru amik botol air tetiba dia datang rampas nak minum jugak.. ehh.. macam x boleh nak tunggu adik minum dulu pulak kan... dia memang saja jer nak kacau adik tu bagi dia merengek... urut dada mak ko ni tau.. 
-___-

Sebulan sebelum birthday, abg Faris dah request nak kek boboiboy masa birthday dia tahun ni.. actually bukan dia tetiba request.. tp sebab si kakak tu yg sebuk2 asyik tanya bila birthday dia, birthday abg dan semua.. tu yg secara spontan si faris ckp dia nak kek boboiboy... hadiah birthday takde pulak dia minta, cuma kek jer la dia nak boboiboy..

Okla.. sbb dia xde request hadiah birthday, so ibu pun setuju la nak tunaikan impian abg faris nak kek boboiboy.. tapiiii.. ibu ni lambat nau order kat org.. 2 hari sblm birthday baru la sibuk2 cari.. hahaha.. kononnya nak order dari kwn ibu yg biasa beli brownies ngan dia.. tp akak tu tak boleh terima tempahan last minute pulak.. sbb edible dia kena tempah dulu..

Ada usha kak kedai lagi 1 ni.. last year ada order kek birthday kakak kat kedai tu.. harga boleh tahan la, harga kedai kan.. tp kek memang sedap... try tanya org tu jugak.. dalam masa yg sama, lepas amik anak2 dari sekolah singgah kedai SEASON.. kek dia boleh tahan sedap jugak.. tp xde yg cartoon2.. kalau nak order atleast 4 hari.. sob..sob...
-__-

Tanya faris, boleh tak kek takde boboiboy.. dia tak nak.. muka dah sedih dahhh.. cian anak ibu.. dia ckp kalau tunggu 2,3 hari pun boleh lagi asalkan ada boboiboy... tetiba dpt whatsapp dari kedai kek tu, dia ckp kalau nak yg ada boboiboy boleh, tp size edible tu kecik sikit la.. dilah ckp ok jer, asalkan ada boboiboy.. alhamdulillah.. dapat jugak belikan kek boboiboy utk faris..

So, hari Jumaat tu akak kedai bakery tu siap hantar kat rumah sbb dia dah nak tutup kedai.. time dapat kek tu budak2 tido.. so dilah simpan terus dalam peti sejuk.. bila tengok kek tu xdela kecik sangat pun size edible tu.. just nice jer..

Malam tu kitorg balik Sedenak. last minute punya plan.. ala, seronok la sikit nak celebrate ngan family kan.. meriah sikit... sebelum gerak tu bukan main budak2 ni ingatkan suruh beli kek boboiboy.. diorg tak tau yg kek tu dah ada dah.. huhu


Sampai rumah tokma, cepat2 diorg nak ajak potong kek.. sekali bukak kotak kek, bukan main suka lagi si faris tu.. melompat2 dia.. happy bukan main lagi dia.. alhamdulillah.. seronok tengok dia happy dapat kek idaman tu.. bukan dia kesah pun kecik ke besar gambar boboiboy tu.. ehh.. tp boleh tahan besar gak la sbb kek ni besar jugak tau..



Mari la kita potong kek.. adik pun teruja.. dah cocok kek tu sekali.. hahaha.. dalam kek coklat moist.. sedap sangat kek ni tau.. gabungan kek coklat dgn fresh cream tu mmg sedap sangat.. cream tu pun x manis sgt.. just nice jer.. memang tak muak makan.. laju jer memasing makan..




Last year birthday kakak beli kek choc moist ni jugak tp topping tu coklat jugak.. walaupun sedap tp rasa muak sikit la sbb fully chocolate kan.. walaupun dilah penggemar coklat, tp makan sikit je dah cukup sbb rasa muak.. tp kek kali ni mmg 1 slice tu tak cukup ok.. haha... budak2 ni pun suka sgt makan kek tu.. berbaloi la ibu beli kali ni.. puas hati sangat..

Siapa yg berminat nak order kek area skudai dan jb, boleh try dgn akak ni..
Facebook : Moms Bake House
No telefon : +60 19-776 9196


Buat anak ibu Faris Zakwan bin Md Aswan
Selamat Hari Lahir untuk abang..
Semoga abg panjang umur dan murah rezeki selalu,
Semoga abg membesar dgn baik dan sihat2 selalu..
Semoga Allah merahmati hidup abg..
Semoga berjaya di dunia dan akhirat..
Semoga abg menjadi anak yg soleh,
bijak dan taat kpd Tuhan..
Jadilah anak yg baik, berbudipekerti mulia..
Dengar cakap ibu dan ayah tau...

Ibu, ayah, kakak dan adik sayang sangat kat abg tau...






0 comments: